Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Friday, 3 October 2014

Dip N Dap

Ini cerita percubaan kali kedua saya main 'water color' dengan anak.  Kali pertama, disaster! Nanti di hujung entry ni saya kongsi ceritanya.

Di petang Ahad yang nyaman, saya sapu-sapu rumah. Lepas tu nampak kotak. Lepas tu terus teringat janji manisku dengan anak-anak. Lalu saya potong kotak, konon-konon buat bentuk bekas letak warna. Susun water color dan barang-barang yang sewaktu dengannya atas meja. Tak lupa 2 bekas besar air dalam bekas besar. Lalu saya panggil anak-anak untuk memulakan aktiviti. 


Kakak tolong adik
Kami guna painting brush yang beli kat Mr DIY. Masa 1st attempt kami guna batang pokok pisang (import jauh dari Semenyih) tapi tak menjadi. Kali ni guna yang moden, mudah dan cantik corakknya.  Kakak Auni lebih kreatif, dia cari berus gigi lama dan buat 'air spray'. Alhamdulillah..so far so good. Aman dan tenang dan gembira suasanannya. Maka saya tinggalkan mereka dan pergi sambung mengemas.


Seronok betul Haris main conteng-conteng
Tak lama lepas tu, tak sampai 10 minit je tinggal tiba-tiba Haris menangis.  Rupanya Haris kena marah dengan kakak sebab dia dah basahkan satu meja tu dengan air dalam jeluk air tu. Hohoho..art-class-turned-disaster version 2. 

Elok-elok dapur dah kemas, ruang tamu dah kemas ingatkan boleh berehat dah. Kena kemas dan mop semula ruang tamu. *___*  Tarik nafas panjang-panjang saya kemaskan semuanya. Art class ditamatkan dan saya ajak semua naik atas untuk solat Asar. 

Kemudian turun semula ke dapur dan nampak ini..

Hasil karya terpampang megah di pintu peti ais
Auni tampal hasil yang dia buat. Lukisan princess tu dia buat diam-diam lepas saya tamatkan kelas tadi. Lukisan Haris? Tak payah cari lah. Dah lunyai bersama-sama air yang dia tumpahkan tadi.  Lepas tu ada nota : Daripada Auni. *Mimi cair =)

Our wall of fame
It was indeed a good activity! Bukan je anak-anak happy dapat main dan berkreatif. Sebaliknya banyak pengajarannya pada saya juga.  Cubaan kali kedua ni berjaya dibuat dalam keadaan yang happy dan tenang. Happy ending.

Masa 1st attempt tu saya buat dalam keadaan kelam kabut, tak well prepared. Anak-anak pun tak dapat saya kawal. Buat aktiviti yang melibatkan air memanglah mencabar. Anak-anak memang sangat teruja dengan water color, mak pulak 'jangan' sana, 'jangan' sini sebab risau rumah sepah malas nak kemas. 

Ending 1st art class kami tu dengan sad ending. Ada yang merajuk lepas kena tegur dengan Mimi; lukisan tak habis buat, water color terbiar sepi takde siapa nak main. Huhuu. Sedih sebab dah buat anak-anak daripada rasa happy kepada tak happy. It should be fun activity but it's  not. 

Teringatkan bad experience tu la saya dapat bersabar dengan aksi Haris tumpahkan air. Sebab saya tak nak dah rosakkan kegembiraan mereka masa bermain.  Ya, jadi ibu kena banyak BERTENANG dan BERSABAR. Dan, kena pandai2lah pilih waktu yang sesuai kalau nak buat aktiviti mencabar dengan anak-anak. "Yang ko pergi ajak anak main cat pukul 10malam esoknya hari Isnin nak kerja siapa suruh? Tu cari pasal namanya!" <--- ni nota untuk diri sendiri je. Pengajaran daripada kelas pertama yang gagal tu.


Tuesday, 23 September 2014

Seminar Keluarga Sunnah 2.0

Seminar Keluarga Sunnah Bersama Ebbit Lew

Selama ni asyik dengar perkongsian Saudara Ebit Lew di radio ikim.fm. Alhamdulillah pada 14 September lepas saya dan keluarga dapat dengar perkongsian beliau secara 'live' di Seminar Keluarga Sunnah 2.0  yang dibuat di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia. 

Saya rasa ada lebih 2000 peserta yang hadir

Terima kasih tak terhingga kepada penganjur program yang prihatin dengan kekangan peserta program. Mereka sediakan tempat penjagaan anak-anak yang ada macam-macam aktiviti untuk occupied anak2 menunggu mak ayah yang seharian berkursus. Syukur sangat-sangat.

Tempat penjagaan anak-anak yang disediakan pengajur program.

"Tugas isteri adalah pengurus rumahtangga, dan mendidik anak".


"Para wanita kini ramai yang meninggalkan kubu masing-masing dan menyerahkannya kepada pembantu rumah.  Wanita berpendidikan tinggi namun keluar memberi tunjuk ajar kepada orang lain sedangkan tugas hakiki mendidik anak dilepaskan kepada pembantu rumah yang berpendidikan rendah.  Ini antara punca meningkatnya masalah remaja".


"Wanita harus bijak ilmu komunikasi".


Tiga perkara ini adalah fakta umum yang biasa saya dengar tapi hidayah untuk benar-benar menghayati serta memahaminya hanya saya perolehi ketika berada di dalam dewan besar UPM pada 14 September itu.

Saya ada terfikir bahawa saya tak perlu ke seminar sebab banyak perkongsian yang diberi pada hari tersebut mampu saya perolehi melalui cd ataupun baca tulisan oleh penceramah. Benar. Saya mungkin beroleh perkongsian tersebut tapi bukan hidayah Allah.  Barangkali asbab menghadiri majlis taman2 ilmu yang dipayungi para malaikat serta dihadiri insan2 yang disayangi Allah menjadi penyebab untuk saya beroleh kesedaran akan kepentingan tiga pesanan di atas.  

Bagi yang tak berkesempatan hadir, u can always turn to youtube. Dah banyak video dan audio ceramah Ebit Lew, Habib Zainal Abidin dan lain2. Itu juga yang saya buat selepas seminar, untuk refresh dan tambah pemahaman.

Overall, saya sangat puas hati dengan keseluruhan program. Perkara paling saya hargai ialah khidmat penjagaan anak-anak yang disediakan. Pelbagai aktiviti disediakan dan anak2 cuba dilayan sebaik dan semampu mungkin. Alhamdulilllah. Dapatlah saya dan suami ikut program dengan senang sebab hanya Haris dengan kami. Kakak-kakak excited nak gi main dengan kawan. Berikut antara point yang sempat saya catat. Sesi pertama bersama Ebit Lew tak sempat saya catat sebab sibuk menguruskan anak2.


Ebbit Lew

Beli buku tulisan Ebit Lew dan terus dapatkan authograph penulisnya.


" Jangan lihat apa yang diberi (isteri), tapi lihat siapa yang memberi (Allah). Isteri adalah anugerah yang Allah pilih dan beri kepada kita sebagai satu tanggungjawab." - Ebit Lew


Antara cerita menarik yang beliau kongsi ialah perkongsian seorang isteri tentang suaminya yang masih belum menunaikan ibadah wajibnya dengan sempurna.  Ebbit Lew berkongsi cerita latarbelakang keluarga beliau yang juga tidak sempurna menunaikan perintah agama. Perubahan terjadi di dalam keluarga semenjak beliau mengamalkan bacaan hadis di dalam rumahnya.  Suatu hari selepas beliau habis membaca hadis, ayahnya datang dan kata, "Ebit, tolong ajar ayah solat". Allahuakbar. 

Beliau beri cabaran kepada setiap peserta untuk mulakan amalan baca hadis setiap hari selama 40 hari di rumah, kemudian lihat perubahan yang bakal berlaku dalam rumah.  Selain itu beliau juga menyeru peserta untuk belajar menangis dan pohon bantuan Allah tiap kali buntu berhadapan dengan masalah. Beliau kata banyak keajaiban dan bantuan dari Allah yang akan datang kalau kita menangis dan minta sungguh-sungguh dari Allah.

Antara buku yang penuh dengan hadis dan potongan ayat Quran yang best beserta huraian.

Habib Ali Zainal Abidin.

  • Bersikap baik dalam semua keadaan: Suka dan duka. Bukan ketika dalam keadaan gembira sahaja. Bersikap baik kepada suami ketika suami tidak bersikap baik kepada isteri.
  • Kehidupan keluarga Rasulullah : paling romantis, berkasih sayang, maaruf sesama ahli keluarga. Keluarga contoh hasil didikan terus dari Allah.
  • Jabir r.a ditegur Rasulullah "hendaklah kamu berlemah lembut dengan 'al-khawarir' ( kaca yang mudah pecah)". Ketika itu Jabir jalan agak laju membuatkan isteri beliau yang berjalan bersama beliau tercungap2.


  • Siti Sofiya datang ketuk pintu rumah A'isyah untuk menghantar makanan kepada Rasulullah. A'isyah cemburu lalu berkata sesuatu yang kurang baik tentang Siti Sofiya. Walaupun A'isyah merupakan isteri yang disayangi Rasu..."Kalimah yang kamu katakan tadi, sekiranya dicampur dengan air di lautan, ianya akan merubah warna air laut (iaitu mengumpat)". Atas sebab sayang kepada A'isyah Rasullullah menegur terus. Bukannya romantik atau sayang isteri dengan tidak tegur kesalahan isteri. Bertegas tapi bukan dgn kekasaran. 
  • Siti Sofiyah anak kepada bangsawan Yahudi. Dia berkahwin dengan Rasulullah untuk mendapat kebebasan. Tiada orang yang dia paling benci ketika itu selain Rasulullah yang membuat sanak saudara dan ibu ayahnya terbunuh.  Namun di malam pertama perkahwinan, Rasulullah menerangkan sebab kenapa kaum keluarga Sofiya diperangi sehinggakan Sofiya jatuh cinta kepada Rasulullah.
  • Rasul juga menghadapi masalah khuluqi dalam rumahtangga namun beliau berhadapan dengan memperbaikinya kerana tugas beliau adalah memperbaiki akhlak manusia.  Antaranya sifat cemburu di kalangan isterinya. Contoh permaufakatan di antara Hafsah dengan Aisyah yang mengatakan mulut Rasulullah berbau busuk walhal. Masalah ke 2, masalah ekonomi. Juga berlaku dlm keluarga beliau.
  • Jgn cari kesalahan org lain namun cari penyelesaian utk menyelesaikan masalah org lain.
  • Apabila telah memasuki gerbang runahtangga hendaklah bersedia tanggungjawab yang ada.  Asas dalam rumah tangga ialah bersikap lemah lembut dalam permaslahan yg timbul.


Ust Pahrol Juoi

  • Biasakan memberi untuk menerima.
  • Besarkan pemberian suami walaupun sedikit insyaAllah cinta suami kepadamu akan bertambah.
  • Berikan kata2 yg menyenangkan ketika suamimu didalam keadaan yg moody crisis
  • Jadi lantai yang rendah kepada suami nanti suami akan jadi bumbung yg melindungi.
  • Jadilah tempat duduk yg lembut utknya, nescaya suami akan jadi penegak yg gagah utk melindungimu.
  • Krisis rumahtangga masih ada harapan utk diselamatkan sekiranya.suami masih bertangungjawab beri nafkah zahir. Hukum feqah nafkah batin sekurang2 dalam 4 hari.
  • Haram isteri menceritakan keaiban (material, fizikal atau apa saja) suami kepada orang lain.
  • Minta maaf sentiasa. Tak tunggu hari raya.
  • Orang yang paling bagus (suami) utk diberi kerja adalh org yang kuat(kesabaran) dan bijak. Isteri perlu ada akhlak yg baik dan ilmu penguruaan dalam rumahtangga.
  • Sabar. Lemah lembut.
  • Suami sebagai pelindung yg adil, pendidik yang menyanyangi.
  • Isteri sebagai pengurus-beri motovasi, dorongan dan kata2 semangat kepada suami. Kena ada kesabaran dan tahu teknik komunikasi.  

Perihal bersedekah. 

  • Lebih afdal memberi hutang daripada memberi sedelah sbb yg minta hutang sbb sgt memerlukan. Beri sedekah kepada org yg meminta sedekah.
  • Beri hadiah utk org yg x minta ianya menyuburkan mahabbah.
  • Beri sedekah afdal kepada ahli keluarga terdekat yang sangat dalam kesempitan. Tapi bila keperluan keluarga dah cukup, bersedekahlah kepada masyarakat. Sahabat tiada makanan di rumah tetapi beri makan kepada tetamu yang datang. Turun ayat al Quran tentang Allah meredhai keluarga tu.  Sedekah tu sangat luas, bukan setakat wang ringgit. Tolong orang dgn tenaga 4 kerat. Buang halangan di jln raya. 
Perkongsian berikut dari Ustaz Pahrol buat saya terkesima. Ya Allah, sampaikan hajat saya untuk bekerja dari rumah =(

" Wanita sekarang meninggalkan kubunya (untuk mendidik anak2 demi keluar bekerja, tinggalkan anak2 dengan pembantu rumah) sebab tu antara punca anak2 bermasalah. Ibu adalah madrasah pendidikan anak2.Quality time must come with quantity." - Ustaz Pahrol Juoi


Seterusnya kami solat di Masjid UPM. Anak-anak seronok main kat padang rumput kat situ. Ada pokok Kenanga yang rendang  Mimi pun suruh anak-anak main panjat pokok, among my favorite chilhood activity. Selain dapat pengalaman panjat pokok, anak2 dapat pengalaman kenal kerengga.  

Bila pulang, anak-anak bercerita keseronokan hari tu. Dalam perjalanan pulang, Auni kata, "Mimi, Auni suka sangat hari ni." Masa bercerita tentang kerengga pulak dia cakap, "Haa..kerengga tu yang gigit Auni masa kita pergi kursus hari tu kan?". Ya nak, masa KITA pergi kursus.  Alhamdulillah.

Model baju Nurhaya Collection =)
Moga besar nanti jadi mukmin yang professional. Amin

Thursday, 17 April 2014

Finance for Kids 101

Tajuk gempak habis =) Saje nak ambil feel nak menulis seciput pengalaman dan method yang dah berjaya di'apply' pada anak.

Setiap hari saya bekalkan Auni rm3 untuk duit belanja dia ke sekolah. Sebenarnya rm2 pun dah cukup sebab dia ada kupon makanan yang dia akan guna untuk beli makanan tengahari dia. Rm2 tu untuk dia beli sosej ke atau air kotak sebab sekolah dia dari pukul 8 sampai 4. Saya beri dia rm3 dengan pesanan,"Lagi rm1 ni Auni simpan, jangan guna. Balik rumah Auni masuk dalam tabung. Barulah duit Auni dalam bank bertambah nanti..bla..bla..". Sebulan dua berlalu, tak pernah berbaki duit belanja dia. Tiap kali ditanya, Auni akan justify bagitau dia terliur tengok kawan makan ni. Dia teringin makan tu.

First Methode: Carrot and Stick

Suatu hari saya bawa balik Garret Popcorn untuk anak-anak.  Auni demand sikit, dia tak nak popcorn biasa yang rm belas2 ringgit sebekas tu (maaf, saya lupa harganya). Auni sentiasa nak yang ada kacang. Yang itu harganya rm20++ sebekas. Keesokannya dia minta saya belikan lagi popcorn kacang untuk dia. Saya dapat idea. Saya bagitau, "Mimi boleh beli, tapi dengan duit Auni sendiri. Duit belanja sekolah tiap-tiap hari tu Auni simpan rm1 untuk beli popcorn". Maka bermula lah episod Auni menabung. Tiap-tiap hari dia akan tanya dah cukup ke belum duit untuk beli popcorn. Episod ni berlangsung selama sebulan ya sebab simpan rm1 sehari dan harga sebungkus popcorn kacang adalah rm20++. Ada masa saya rasa kesian dan hampir-hampir belikan dia popcorn tu tapi, cekalkan hati demi sebuah pembelajaran. *ayat BM A1 nih

Sebulan kemudian, pada suatu Sabtu yang indah dan Baba tiada di rumah sebab ada kelas ganti, Mimi decide that, this is the day! Hari yang dinanti-nantikan Auni. So here we go, the four of us =) Cuak jugak nak outing ke KLCC dengan 3 budak aktif ni. So pagi-pagi saya breakfast dengan ESP, dalam handbag dah prepare B Complex dan juga sebotol mealshake campur ESP sebagai bekalan.

Alhamdulillah, sampai KLCC dapat pula parking yang betul-betul naik ekskalator dan nampak Garret ni. Tengok muka excited Auni bila tercium bau Garret dan nampak kedainya. 
Sampai. Pilih.Bayar. Yeayy!! Auni made it =)

Masa bayar tu, saya biarkan Auni bayar sendiri dengan duit seringit. Biar dia rasa hasil kesabaran dia menabung.

Bayar dengan duit seringit-seringit. Hasil titik peluh menabung selama sebulan lebih.

That happy face. Priceless.
Lepas tu jalan-jalan la sekitar KLCC.

Besarnya Bunny polkadot nih

Haris masih kagum dengan Polkadot Bunny

Dua selipar Jelly Bunny 


First time berjalan dengan 3 budak ni tanpa Baba. Mimi sangat risau tak mampu handle. 

Kagum tengok 'komputer' orang dulu-dulu


for kids, ada special smoothies dalam special tumbler


Ending dengan lunch di KFC

Second Method: Prevention, Visualisation & Practical

Lepas dapat beli Gerret Popcorn tu, tak ada dah episod Auni menabung. Drive untuk menabung dah tak ada sebab apa yang dia nak dah tercapai. Suatu hari dalam kereta saya terfikir untuk ajar dia tentang konsep 'Duit Emergency'. Saya explain kenapa perlu ada duit emergency. Contohnya mungkin suatu hari guru minta kutip duit untuk beli barang-barang untuk kecerian kelas, atau mungkin suatu hari saya lupa bekalkan dia dengan duit belanja, maka dia ada duit Emergency untuk dia berbelanja pada hari tersebut.  Keesokkannya bila ditanya, memang Auni dah mula menabung duit Emergency. Tiap-tiap hari dia buat laporan tentang duit seringgit dia dah makin banyak. Dan 'amazingly' ada sesetengah hari dia hanya berbelanja rm1 di sekolah. Katanya dia dah kenyang makan makanan yang dibeli dengan kupon makanan. Jelas Auni dah tak ikut nafsu beli apa yang dia nak.  Nak dijadikan cerita, selepas seminggu Auni menabung duit Emergency suatu hari Babanya yang ditugaskan hantar Auni ke sekolah. Dan boleh agaklah kan apa yang terjadi. Hehe..Baba lupa bagi duit belanja. Bila Baba sms saya cakap dia kena ke sekolah Auni untuk bagi duit belanja,saya katakan tak perlu sebab Auni ada duit Emergency. Alhamdulillah, memang hari tu Auni survive dengan duit Emergency. Kejadian hari tu menjadikan Auni lebih faham dan menghargai konsep duit Emergency. Sehingga kini Auni masih kekal dengan tabiat menabung sebab konsep duit Emergency ternyata lebih relevant untuk menanam sifat menabung yang berkekalan.

Sunday, 2 March 2014

Perkongsian dari ibu Arwah Ahmad Ammar

Subhanallah Alhamdulillah.

Allah beri peluang untuk saya bertemu dengan ibu hebat kepada insan hebat, as-syahid Ahmad Ammar. Berita tentang arwah Ammar ni memang menarik perhatian saya kerana jika diteliti pada catatan di akbar atau di alam siber semuanya bercerita tentang keindahan budi pekerti beliau. Saya tercari-cari cerita ajaib, cerita hebat untuk pemikiran cetek saya ni dapat menerima kenapa arwah Ammar mendapat liputan dan penghormatan yang sebegitu hebat di hari kematian beliau. Sehingga kerajaan Turki menempatkan jasad beliau di makam yang menempatkan lebih 60 orang sahabat nabi, auliya; serta tokoh-tokoh hebat negara Turki.

Saya juga meneliti apakah yang beliau lakukan hinggakan beliau dinobatkan sebagai 'Syahid'-gelaran impian setiap umat Muhammad. Peluang berjumpa sendiri ibu kepada insan hebat in melalui program anjuran badan kakitangan wanita di pejabat saya memang tidak saya lepaskan.  Malangnya tiada cerita ajaib sepertimana yang saya bayangkan. Ahmad Ammar bukannya syahid di medan perang, namun belia meninggal dunia dalam keadaan menuju ke suatu tempat untuk mengajar ilmu  daripada kitab 'Risalah An Nur'.   Diceritakan oleh Pn Nur Azlina, beliau dipesan oleh salah seorang Tok Guru kepada Ahmad Ammar bahawa apabila pulang ke tanah air kelak, tolong beritahu orang ramai bahawa dia adalah ibu kepada ahli syahid. Pn Nur Azlina bingung bagaimana untuk membuat pengakuan sedemikian namun perancangan Allah yang Maha Hebat, perkara ini sampai kepada pengetahuan umum dan rakyat Malaysia melalui cerita sahabat-sahabat, bukannya dari mulut Pn Nur Azlina sendiri.

Sebenarnya cerita ajaib arwah Ahmad Ammar adalah pada akhlaknya. Seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusahkan perasaan ibu ayahnya.  Beliau seorang yang cepat matang sedari kecil. Beliau tidak pernah menyakiti hati sahabatnya dan sangat suka menolong. Diceritakan, semasa mahu pulang menyambung pelajaran di Turki, beg beliau penuh dengan barang-barang pesanan para ibu untuk anak-anak mereka yang sama belajar dengan arwah. Sedikitpun beliau tidak menolak permintaan mereka atau mengeluh apatah lagi merasa berat untuk melaksanakan permintaan mereka. Puan Nur Azlina berkata, begitu lah Ammar. Kerana Ammar seorang yang sangat yakin redha Allah akan bersama-sama dengan beliau. "Ammar seorang anak yang baik, adik yang baik, abang yang baik,sahabat yang baik" begitu gambaran beliau yang diberi oleh ibu beliau. Terfikir saya, "Di manakah lagi kalau bukan di syurga tempat bagi seorang anak yang sangat diredhai ibu dan ayahnya?".


Selepas pemergian beliau, ibu ayahnya berkata, mereka ibubapa yang tidak mengenali anak sendiri.  Kerap di dalam perbualan melalui telefon, Ammar berkongsi keputusan peperiksaan beliau, "Dapat markah 65% sahaja..dapat 70% sahaja" tanpa beliau nyatakan bahawa markah tersebut merupakan markah tertinggi di dalam kelas! Kawan-kawan arwah berkongsi cerita tentang gelaran 'The Killer' yang diberi kepada Ammar atas kepantasan dan kemahiran beliau dalam melibas bola dalam permainan sepak takraw dan pelbagai sukan lain. Sedangkan bila bersukan dengan ayahnya, ayahnya sentiasa berjaya mengalahkan Ammar kerana beliau adalah seorang yang kaki bangku.  Insan manakah yang akan berbuat demikian melainkan atas rasa hormat yang tinggi dan juga perasaan ingin membahagiakan hati insan yang paling disayangi? Di saat anak-anak lain berbangga berkongsi perasaan seronok meraih markah tertinggi di dalam matapelajaran (mengalahkan pelajar tempatan yang lebih menguasai bahasa tersebut) Ammar tidak begitu. Samaada beliau memendam rasa untuk mengelak rasa riak, atau beliau merasakan tiada yang lebih bijak melainkan Allah swt, tidaklah saya ketahui. "Dan tidaklah aku diutuskan ke muka bumi kecuali untuk menyempurnakan akhlak"-maksud ayat al Quran hadith berkenaan tujuan Nabi Muhammad diutuskan ke bumi sebagai khalifah.  Ahklak mulia dan tinggi budi pekerti-tiadalah perkara lain yang lebih magik daripada perkara tersebut!

Terlalu banyak yang saya pelajari dari sessi ini. Dan saya pasti perkongsian saya ini tidak adil malah mungkin saya berat sebelah kerana point-point yang bakal saya catatkan di bawah merupakan point-point yang dekat di hati saya.  Tapi apa yang dapat saya simpulkan, nasihat/perkongsian daripada Puan Nurazlina adalah perkara-perkara asas dan praktikal. Tiada yang magik2 atau luar biasa yang tak mampu kita buat.  Bagi yang menginginkan perkongsian yang lebih,saya sarankan anda mendapatkan buku berjudul "Cerita Cinta Ahmad Ammar" susunan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) yang diasaskan oleh Tuan Ahmad Azzam, ayahnda kepada arwah Ahmad Ammar.

Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar cetus fenomena

Berikut saya kongsikan tips-tips (yang dekat di hati saya) dari Puan Azlina berkenaan "Mendidik Kepimpinan Anak Sedari Kecil".

1) Niatkan anak untuk diwakafkan kepada masyarakat dan dakwah

Semenjak anak di dalam kandungan Pn Nur Azlina dan suami memang meniatkan bahawa anak-anak mereka milik masyarakat, ummat dan agama. Terutama sekali Ahmad Ammar sebagai anak lelaki, mereka meletakkan pengharapan yang lebih.  Ahmad Ammar disunatkan ketika berusia 3 hari dengan harapan beliau cepat matang serta senang untuk di bawa ke masjid.  ALhamdulillah sebagaimana yang diniatkan, sebegitulah hasilnya. Ahmad Ammar seorang yang cepat matang. Di usia rakan-rakan sebaya bergelak ketawa dan bergembira, Ahmad Ammar kelihatan serius memikirkan sesuatu. Beliau jarang tersenyum sehingganya suatu hari guru kelasnya menelefon ibunya kerana melihat Ahmad Ammar tersenyum. MasyaAllah.

2) Bahan bacaan anak ketika kecil bakal mencorak pemikiran mereka

Semasa arwah Ahmad Ammar berumur 8 tahun, beliau sudah khatam buku berkenaan cendikiawan Islam. Mungkin pendedahan awal inilah memberi pengaruh kepada pemikiran, semangat juang dan kematangan kepada beliau. Maka, jangan pandang rendah pada keupayaan anak kecil untuk memahami isi kandungan buku yang kita rasakan berat. Saya bayangkan buku tersebut bukanlah bahan bacaan utk kanak2 kerana hanya dalam masa 5 tahun kebelakangan ni sahaja munculnya buku2 berunsur pendidikan Islam khusus buat anak2. Disebabkan apa yang anak kita baca sangat memberi pengaruh kepada corak pemikiran anak kita, maka berrhati-hatilah dalam memperkenalkan jenis bahan bacaan. Pilihlah yg boleh mendidik iman mereka.

3) Ibu Ayah Memain Peranan dalam Mencorak Masa Depan Anak

Point ini saya rumuskan dari 2 pengalaman Pn Nur Azlina. Pertama,perkongsian berkenaan minat terhadap sejarah yang dimiliki oleh Ahmad Ammar. Ini mungkin kerana kedua ibu ayahnya meminati sejarah maka bahan bacaan yang banyak dibeli kepada anak-anak juga adalah bahan bacaan berkenaan sejarah. Pengalaman kedua ialah peristiwa Pn Nur Azlina memujuk Ahmad Ammar untuk menerima tawaran masuk ke Maktab Tentera Diraja (MTD) Ahmad Ammar pada mulanya memang berat hati untuk menerima tawaran tersebut sehingga Pn Nur Azlina terpaksa memujuk beliau sebanyak 4 kali. Walaupun sayu melihat air muka anaknya yang berat tidak mahu pergi dan ianya merupakan kali pertama Ahmad Ammar mengatakan 'TIDAK' terhadap permintaan beliau, namun Pn Nur Azlina tetap tegas dan yakin dengan 'instict' dan pandangan beliau bahawa MTD merupakan tempat yang terbaik untuk anaknya.

Kadang kala, naluri keibuan saya kalah dengan rayuan anak yang membuatkan saya tidak tetap pendirian dalam mendidik mereka dan menurut sahaja kemahuan mereka. Ini kerana saya terbaca pandangan bahawa kita sepatutnya membiarkan anak-anak untuk menentukan haluan mereka. Perkara ini merupakan antara salah satu soalan yang tidak saya temui jawapannya sehinggalah selepas mendengar perkongsian dari ibu Ahmad Ammar ini.  Kitalah yang lebih dahulu makan garam maka sememangnya kitalah yang bertanggungjawab membentuk mereka.  Selagi mana asas kita adalah demi kebaikan anak itu sendiri dan agama terutamanya.

4) Kata-kata ibu ayah adalah DOA! Doa lah yang baik-baik

Antara kata-kata Pn Nur Azlina ketika memujuk Ahmad Ammar untuk menerima tawaran masuk ke MTD ialah, "Ibu yakin, sekolah lama Ammar ini akan berbangga mempunyai pelajar seperti Ammar yang akan berjaya di MTD". Subhanallah doa itu dimakbulkan, Ahmad Ammar menjadi pelajar SPM terbaik di MTD.

Juga ketika Ahmad Ammar bercerita tentang beliau ditempat di Universiti Marmara,Turki. Beliau agak risau memandangkan semua mata pelajaran di universiti tersebut adalah di dalam bahasa Turki dan bukannya bahasa Inggeris seperti universiti yang menjadi pilihan utama beliau. Pn Nur Azlina meyakinkan Ahmad Ammar bahawa beliau yakin anakknya itu boleh berjaya dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk belajar nanti. "Ibu yakin Ammar boleh buat sebab sebelum ini pun Ammar sudah tempuh pelbagai ujian dan Ammar berjaya menempuhinya". Sekali lagi doa ibu yang tulus ikhlas ini telah Allah makbulkan.

5) Teladani dan fahami kisah dan pengajaran di dalam al Quran

Apabila ditanya amalan nya ketika mengandungkan beliau kata beliau tidak mengamalkan bacaan surah-surah spesifik. Beliau hanya meneruskan bacaan al Quran beliau namun beliau berkongsi yang beliau memang membaca terjemahan ayat-ayat dari surah Maryam dan Yusuf. Ujar Puan Nur Azlina lagi, beliau merasakan pemahaman akan isi kandungan al Quran jauh lebih penting berbanding hafazan ayat Quran semata. Ahmad Ammar bersekolah di Maktab Tentera Diraja ketika di tingkatan 4 dan 5 namun beliau masih meneruskan hafazan al Qurannya ketika di sana.

6) "Saya tak mampu.."

Ini jawapan Pn Nur Azlina apabila ditanya samaada beliau mempunyai teknik-teknik khusus dalam mendidik anak-anak. Beliau katakan beliau ada mencuba utk menggunakan beberapa pendekatan teknik tertentu namun belia tidak mampu meneruskan perkara tersebut. Dengan tuntutan kerja serta mereka tinggal bersama dengan datuk nenek yang mempunyai cara pendidikan anak yang berbeza, teknik yang cuba beliau terapkan tak mampu bertahan lama. Apa yang beliau buat adalah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengharap redha Allah dalam setiap apa yang beliau lakukan. Namun, beliau ada menggunakan 'flash card' kepada anak-anak beliau sejak mereka di dalam buaian lagi. Beliau berkata, mungkin teknik ini yang memupuk semangat suka membaca kepada Ahmad Ammar.


Akhiranya, sekiranya ditanya apakah tips penting yang menjadikan Ahmad Ammar menjadi insan yang sebegitu hebat. Atau mungkin ada yang mengatakan bahawa Pn Nur Azlina bernasib baik kerana dikurniakan Allah anak yang sebegitu baik dan mendengar kata, ingin saya simpulkan point penting ini:  Allah anugerahkan anak hebat Ini kepada Pn Nur Azlina dan pasangan adalah kerana mereka bekerja membantu agama Allah. Mereka merupakan aktivis badan dakwah Abim semenjak mereka di alam universiti lagi. Bahkan semasa mengandungkan Ahmad Ammar pun beliau tidak pernah meninggalkan kerja-kerja dakwah ini. Bukan sahaja masa bahkan wang ringgit telah mereka korbankan ke arah jalan dakwah.

"Bekerjalah membantu agama Allah, anak-anak anda pasti di bawah jagaan Allah"
 Kata-kata ini datangnya dari seorang yang sangat saya hormati iaitu Puan Mastura Muhammad. Beliau juga seorang yang giat menjalankan kerja-kerja dakwah melalui pelbagai medium antaranya Nisa'. Akhlak anak-anak beliau juga semuanya boleh diibaratkan umpama "sejuk mata memandang".

Hikmah kisah dari Sweeden

Saya sempat bertanya pendapat beliau akan hikmah atau pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah pasangan Malaysia yang kini ditahan di Sweeden pertuduhan memukul anak di rumah.  Puan Nur Azlina mendoakan agar Allah melindungi keluarga tersebut dan moga semuanya berakhir dengan jalan penyelesaian yang terbaik.  Sedikit pandangan beliau berkenaan isu 'pukul' sebagai elemen untuk mendidik anak, katanya "Pukul lah kalau kita rasa kita perlu pukul".  Sesungguhnya hanya kita yang lebih memahami keadaan dan keperluan untuk melakukan perkara tersebut. Peringatan dari beliau, kalau perlu anak itu diberi pengajaran melalui pukulan, pastikan kita melakukannya dalam keadaan tenang dan tidak marah. Beliau berkongsi pengalaman beliau memukul anak," Saya pernah memukul anak saya sekali. Ketika itu usianya dalam 2 tahun. Saya lupa atas kesalahan apa tapi saya sedikit pukul punggung anak saya. Selepas itu anak saya terus membalas pukulan saya dengan muka yang kelihatan amat marah! Itu lah pukulan pertama dan terakhir saya. Sejak itu saya tidak lagi menggunakan pukul sebagai elemen untuk mendidik". Tambah beliau lagi, "Ammar jangan cakap lah. Dia anak yang baik dan tidak pernah dipukul.

Sekian catatan saya. Saya amat hargai sekiranya ada yang sudi berkongsi di ruangan comment akan tips atau hikmah pengajaran  yang dipelajari daripada kisah arwah Ahmad Ammar ini. 


Wednesday, 15 January 2014

Solat di Masjid dan Anak-anak

Masjid Al Bukhary, Pudu.

Menjadi impian saya untuk bawa anak ke masjid dan sama-sama mengerjakan solat berjemaah. Impian berbelas tahun yang lalu oleh seorang yang belum berkahwin, yang belum merasai warna-warni kehidupan berkeluarga.

Sekarang dah ada 3 orang anak, impian tu hanya separa tercapai. Maksudnya, ianya belum lagi seindah yang saya impikan. Selalunya saya hanya boleh tengok orang solat berjemaah sambil jaga anak-anak, saya solat sorang-sorang lepas jemaah. Suami je yang dapat jemaah (dan pahala 27 kali ganda tu..huhu..jelesnya).

Baru-baru ni, kami on the way ke Low Yatt mencari charger handphone saya yang rosak. Masa tu dah nak masuk waktu Asar dan sebab tak biasa dengan Low Yatt, kami decide nak cari masjid untuk solat Asar dahulu..masyaAllah, masjid yang terdekat adalah masjid yang dibina oleh Syed Mukhtar Al Bukhari. Ianya masjid yang mendamaikan.

Banyaknya pelajaran yang saya dapat di situ. Saya hampir dapat merealisasi impian saya. Jotting it down for my own lesson learnt and for others as well (moga ada manafaatnya). Keadaan saya: ibu dengan 3 dan yang paling kecil berumur 1 tahun setengah, sangat manja nak berdukung aje.




1. Tiba awal di masjid sebelum masuk waktu. Ini sangat membantu, ibu boleh cepat2 ambil wuduk bersama-sama anak yang besar sementara ayah boleh tolong jagakan anak yang kecik. (so konfirm lah kita dah sedia dengan wuduk bila masuk waktu nanti).
2. Settle ambil wuduk, ibu boleh ambil anak dan bawa ke ruangan solat muslimah.  
3. Dengar je azan, suruh anak yang besar solat dahulu. Selalunya jemaah tak akan immediately solat lepas azan, ada gap masa yang cukup untuk anak solat. 

Tips ni saya belajar dari jemaah wanita di masjid tersebut. Kagum saya dengan dia,saya langsung tak terfikir nak buat macam tu sebelum ni. Selalunya saya sibuk kejarkan solat saya dan ajak Auni solat sama-sama. Tapi kalau Auni solat sama, solat saya tu kurang khusyuknya sebab hati risaukan Haris yang bergerak ke sana sini,Iman yang baru umur 4 tahun tu tak mampu nak kawal Haris sepenuhnya. 

Hari tu lepas tengok apa yang jemaah wanita tu buat, saya solat mengikut imam dahulu while Auni jagakan adik-adiknya. (alhamdulillah, dapat solat berjemaah) Selesai saya solat, saya suruh pula Auni solat sendirian. Dia tak yakin untuk solat sendirian maka saya duduk di sisinya sambil baca setiap bacaan solat. Bagus juga buat begitu sebab sambil2 tu saya boleh tegur dan betulkan bacaan/pergerakan solat Auni (sebelum ni kalau solat bersama,teguran tu dalam hati je,lepas solat terus lupa nak bebel apa..haha..solat tak khusyuk lagi di situ)

Pemilihan masjid yang mesra kanak-kanak juga penting.  Ada masjid tu, jemaahnya jelas nampak kurang senang dengan kehadiran anak-anak yang mungkin akan menyebabkan meraka kurang khusyuk. Tak payah la merealisasikan impian di masjid macam tu. Buat orang nak marah,dan kita pun sakit hati tengok lirikan mata meraka. Sudahnya pahala ke mana, persaudaraan ke mana..hehe..Sekarang dah banyak masjid yang mesra kanak-kanak. Ada ruang yang luas and even, ada yang menyediakan library untuk anak2 bermain. Masjid Persekutuan contohnya, ada ruangan tertutup tempat wanita buat persalinan. Ramadhan tahun-tahun lepas, saya akan ikut jemaah dari ruangan tersebut. Saya mungkin tak dapat pahala saf sebab saya terputus daripada saf solat, tapi insyaAllah solat saya masih dikira berjemaah sebab saya solat dalam kawasan masjid.  Masjid Besi di Putrajaya is the best lah so far, siap ada playground!


Kejar dunia seiring dengan kejar akhirat ya,anak-anak.


Ni gambar sekitar masjid Al Bukhari. By the time masuk compound masjid tu rasa tenang, entah,saya rasa binaan dia simple tapi cantik dan macam ada sifat humble pada binaannya. Saya tak pandai nak gambarkan, tapi itu lah apa yang saya rasa.  Di tepi sudut masjid,ada baaaanyak burung merpati tengah makan. Ada bekas air juga di situ. Suasana yang mirip masjidil haram Makkah dan masjid nabawi di Madinah. 

Ok, di bawah ni gambar situasi anak-anak zaman sekarang masuk kedai gadget. Excited macam masuk kedai mainan! Tunjuk sana, aww sini..and yeah, akhirnya jumpa gadget yang direka khusus untuk mereka. Membina atau merosak bangsa? Terpulang pada kita dalam mengawalnya. Setakat ni,saya tak begitu kuat untuk mengawal penangan gadget ni,maka sebolehnya saya hadkan masa anak-anak dengan gadget.




Jadikan gadget sebagai imbuhan lepas buat good deed.















Saturday, 11 January 2014

Breastfeeding: Senang dalam Susah

Breastpump: Aksesori wajib breastfeeding mum yang bekerja. Tertinggal handbag takpe, jangan beg susu!

Tiap individu ada 'driving factor' yang berbeza-beza dalam menjadikan susu ibu sebagai pilihan utama kepada anak-anak mereka.  Saya memilihnya sebab bagi saya ianya satu pilihan yang bakal memudahkan hidup saya. Malam-malam saya tak perlu berjaga malam untuk membancuh susu, sambil pejam mata pun saya boleh beri anak saya susu. Senang untuk travel, tak perlu saya mengangkut termos dan botol susu bila ke mana-mana.

Ya, ianya pilihan untuk menyenangkan saya. Tapi ianya bukan sesenang yang saya sangka. Ianya senang dalam susah!


Susah untuk..
... basuh  and sterelise all the breastpump parts and bottle tiap hari
...bersedia ke pejabat sebab kena make sure selain siapkan beg kerja, beg sekolah anak, beg baju anak ke rumah pengasuh, kena make sure beg susu juga tersedia. Termiss satu barang penting, disaster!
... make sure jangan lalai leka atau miss the pumping session. 3x sehari utk hasil yang optimum. Kalau dalam meeting? Pandai2 lah curi masa. Usah bicara tentang mengepam dekat stor atau dalam toilet kalau terpaksa.


Mungkin nampak remeh tapi ianya big deal utk saya. Tambah lagi bila ada anak 2, 3 ni dan kerja pejabat yang demanding. Bila tanggungjawab bertambah dan tiba-tiba rasa 24 jam sehari tu tak cukup.

Alhamdulillah ianya akan menjadi kurang sukar kiranya spouse turut sama mainkan peranan. Kawan saya berkongsi tips tentang buat perjanjian awal2, assign tugas menguruskan peralatan mengepam kepada si suami.  Ianya memang sesuatu yang sangat-sangat membantu. Terima kasih baba.



Auni sempat menyusu sampai 14 bulan je, Iman sampai 2 tahun lebih

Menyusu si Haris cabarannya berbeza. Mungkin sebab ini kali pertama menyusui anak lelaki.  Minumnya banyak dan tempoh menyusunya lama.  Kali ni saya agak serius mencari supplement untuk milk booster. Antaranya makan makanan yang telah saya kenalpasti berkesan bagi saya iaitu tomyam.  Saya tak pasti apa, tapi mungkin lengkuas ataupun serai, bahan utama tomyam yang memberi kesan tersebut.  Tapi iya lah kekerapan saya masak tomyam atau jumpa tomyam tidaklah setiap hari. So bukanlah setiap hari hasil susu saya banyak. Satu hari kawan saya share tentang ESP yang boleh membantu menambah susu dan juga memekatkan susu. Bila saya cuba, alhamdulillah. Bila menyusu Haris cepat kenyang, tak ada lah saya tidur mengiring sepanjang malam menyusukan dia.  Seterusnya saya consume Alfalfa dengan tujuan membantu Haris yang ada tanda-tanda ekzema.  Dua hari kemudian saya dapati susu saya jadi 'meriah'..hehe..sebab Alfalfa rupanya..Alhamdulillah.

Antara produk awal Shaklee yang menambat hati saya . Cubalah! Tak kenal maka tak cinta. Dah cinta nanti,jadi macam saya..jadi distributor terus sebab nak spread the love.




Wednesday, 8 January 2014

Spritual Parenting

Spritual Parenting

October 14, 2010 at 2:45pm

Self notes on 10 Oct 2010 from ESQ Parenting Training

Purpose of Life is to gain Allah respect; not people. My dear child, u should live to please Allah
Dah didik anak sesuai dgn tujuan sebenar kehidupan? Refers Surat Mukminun ayat 116.

I should teach my kids on the real objective Allah create you.

The objective to live in this world are:
i - Mengabdi diri kepada Allah
ii - Penuhi janji yg dibuat semasa di alam ruh ( Al-A'raf: 7)
iii- To be Khalifah of Allah (Al Baqarah: 30)
iv- To go through test from Allah and life challenges (An-biya':35)
v - Untuk dipertanggungjawabkan segala perbuatan (Al-Qiyamah"36)

Ahli syurga; amanah dari Allah

Lesson from surah Al Luqman: 12-19
i - Thankful to Allah
ii - Jgn sekutukan Allah
iii - Be kind to parent
iv - All deed count (event small to the size of biji sawi)
v - Teach solat, amal ma'ruf, nahi mungkar
Anakku, kita jumpa di jannah Firdaus ya..

Life test - Allah ways to tingkatkan darjat kita

PREGNANCY - it's the most critical point in child development
i- Baby can start hear at the age of 17 week in womb and the development of hearing is completed by 26 weeks
ii- What father/husband says to mothers during pregnancy will give direct impact to the child spiritual and emotional development
iii- Baby start learning while on mom's womb..and even, she start learn when/how to solat there! She love moms movement while performing solat..while we take wudu', baby feel happy already

Anak seperti kain yg putih, bagaimana mencoraknya? Adapt from 5 rukun Islam
i - Perlu ada foundation yg kukuh - SYAHADAH
ii - Kena ada mission/planning/discipline - SOLAT
iii - Self controlling - PUASA
iv - Collaboration - ZAKAT
v - Doa with ACTION - HAJJ

~ My child, if u amaze with something u says, Subhanllah,Masya Allah and selawat

How Intelligence is Build?
i - The process of joining of neuron
ii - Repetition wil strengthen the joining

Stage of neuron development
In womb - 100 billion neuron developed
Born - 25% neuron joined
6 month - 50% neuron joined
3yrs - 85% joined
6 yrs - 95% joined

Jgn sekat potensi anak, let them grow naturally
All child have potential to success


Thanks to Dr Ary Ginanjar, ESQ Parenting