Wednesday 19 February 2014

Rahsia Susu Banyak

Selepas melahirkan dan masa dalam pantang, alhamdulillah susu  badan saya cukup untuk ketiga-tiga anak saya. Tapi jangan fikir production susu saya banyak atau cukup sepanjang masa. Saya juga mengalami zaman gelap: production menurun. Jadi di sini, saya nak share my lessons learnt, pengalaman susu merundum, penyebabnya beserta usaha-usaha yang dikenalpasti berjaya menambah kembali hasil. Moga-moga ada manafaatnya.

Production susu saya yang paling merundum dua minggu lepas. Masa ni saya hanya dapat 2oz dalam satu sesi pum. Puncanya Haris kena HFMD, mulutnya penuh ulser dan dia tak dapat direct feeding.  Saya pula mampu pam sekali sahaja sepanjang hari. Handle dua anak yang kena hfmd memang buat saya tak menang tangan. Situasi pam 1x sehari ni berlaku selama 4 hari.  Next week bila masuk pejabat tu lah saya dapat 2oz sahaja. 

Pengalaman mahal ni menambah keyakinan saya akan apa yang lactation counsellor (LC) cakap iaitu kekerapan mengosongkan 'breast' (B) dan juga 'direct-feeding' sangat-sangat lah memberi kesan kepada jumlah production susu. Fungsi supplement adalah membantu menghasilkan atau meningkatan prolaktin dalam badan. Prolaktin adalah sejenis hormon yang penting dalam merangsang penghasilan susu. Jumlah susu yang banyak pula bergantung kepada kekerapan kita mengosongkan B kita. Kalau B tak dikosongkan, tiada susu baru dihasilkan, maksudnya jumlah susu maintain setakat tu je. Ibarat air dalam cawan, kalau nak tambah air lagi kita kena kosongkan dulu.  Begitu analogi mudah untuk faham. 

Cuma bezanya B kita dengan cawan, B kita pandai.  Kalau kekerapan mengosongkan B tu berkurangan, lama kelamaan B akan kurangkan jumlah penghasilan susu. B kata " Eh, baby tuan aku ni perlukan banyak ni je..so tak payah produce banyak". Jadi, kalau nak susu banyak, kita kena bagi signal yang baby kita erlukan banyak susu. Apa signal yang tepat? Kekerapan sesi mengosongkan B.  LC beritahu, untuk maintain production susu yang baik, jumlah pengosongan B mestilah sekurang-kurangnya 8 kali sehari. Ikutlah, 8 kali pengosongan melalui pumping atau 4 kali pumping dan 4 kali direct feeding atau lain-lain kombinasi ikut kesesuaian anda.  Tips saya, kalau anda perah susu guna pam, sudahi sesi tu dengan pam guna tangan. Sebab ianya akan pastikan B anda benar-benar kosong. Belajarlah tekniknya, nampak macam susah tapi sebenarnya tidak.

Selain faktor kekurangan sesi 'mengosongkan' B, saya dapati stress, penat, badan tak sihat, diet yang melampau juga beri kesan kepada hasil B.  Kesemua faktor ni mengakibatkan kurang susu dihasilkan kecuali diet yang melampau. Kesan berdiet adalah susu badan jadi cair, tak bagusnya susu cair ni anak kita lambat nak kenyang bila menyusu. Akibatnya sepanjang malam anak menyusu, lenguh pinggang dan badan tidur mengiring. Itu tak apa lagi,boleh tahan. Tapi kesiannya bila anak merengek dalam tidur, tandanya perut tak kenyang. 

Macam ibu-ibu lain, bila 'production' merundum, usaha meningkatkan 'production' akan giat dijalankan lah. Rasanya saya dah share tentang ni dalam post saya sebelum ni.  Post kali ni saya nak share tentang kebaikan mengambil supplement dalam membantu saya meningkatkan 'production'. Kalau ada yang tanya, perlu ke ambil supplement? Bagi saya jawapannya 'YA'.  Bukankah seronok kalau usaha kita nak tambah susu berjaya dan cepat nampak hasilnya.

From 2 oz to 15 oz

Alhamdulillah, saya berkesempatan mencuba setiap supplement dalam Set Menyusu Shaklee ni sejenis dalam satu-satu masa.  Jadi di sini saya simpulkan apa supplement terbaik mengikut keadaan badan saya.

 1) Ostematrix


Ostematrix (Oste) merupakan supplement terakhir di dalam rangkain Set Menyusu Shaklee yang saya cuba. Tujuan asal saya ambil Oste sebab saya nak memenuhi keperluan kalsium dalam badan.  Pinggang saya lenguh-lenguh selama seminggu sebelum 'period' dan juga gigi yang cepat berlubang, itu lah antara petanda kurang kalsium yang saya rasa.  Kebetulan pula, saya mula ambil Oste ni ketika bercuti jaga anak-anak yang kena HFMD.  Satu hari saya disiplinkan diri ambil Oste ni betul-betul dan ubah cara makin.  Keesokan harinya semasa di pejabat saya mengepam sampai melimpah-limpah basah baju.  Menariknya hari tu memang saya tak sempat makan Alfalfa, Vitalea atau ESP lagi. Maka sah-sah lah,dengan izin Allah,  Oste ni lah pembantu yang meningkatkan produksi susu saya dari 2oz sebelum ini kepada 15 oz. Teruja dengan hasilnya yang hampir sama dengan hasil perahan masa anak umur 4 -5 bulan, saya kongsikan bersama gambar di atas tu. Kongsi ni untuk beri semangat bahawa 2oz ke 15 oz adalah TIDAK MUSTAHIL! Oh ya, saya wajib beritahu ni. Pada hari tersebut, saya terpaksa tambah bilangan sesi mengepam sebab terasa susu banyak. So, again, number of pumping session is really important cay!

Antara petua orang tua untuk menambah susu ialah makan badam. Cuba tengok perbandingan kandungan sebiji kapsul Oste dengan Badam. Bestkan?!


2) Alfalfa 

Alfalfa ni pun saya makan untuk tujuan lain, bukan untuk tambah susu. Saya ambil alfalfa sebab doktor diagnose Haris ada skin problem, allergy. So kawan mencadangkan Alfalfa. Dua hari lepas makan alfalfa saya perasan susu saya bertambah banyak. Lepas tu, Alfalfa memang jadi 'best friend' saya lah, terutama di hari produksi merundum.  Minggu yang stress dengan kerja pejabat, contohnya. Di bawah ni senarai khasiat-khasiat lain Alfalfa yang digelar 'King of Herb' ini. 

Alfalfa ni adalah 'Signature Formula' Shaklee tau!
3) ESP
ESP adalah kawan baik saya ketika saya rasa saya perlu diet nasi. Iya, saya ada masalah berat badan. So ada lah hari-hari yang rasa bersalah sangat sebab makan banyak,saya akan kurangkan atau elak makan nasi.  Badan saya pula kalau tak makan nasi,  susu badan akan terus jadi kurang. Bila makan ESP, kesannya agak serta merta pada saya. Susu jadi pekat bila waktu pam sekiranya  pagi tu saya breakfast dengan ESP.  

Yakinlah, ESP diperbuat daripada soya asli, bukan yang diubah genetiknya (non GMO). Minumlah dengan gembira =)
4) Vitalea

Vitalea ni adalah termasuk dalam supplement utama yang dicadangkan untuk kesihatan asas. Melengkapkan kompong-lompong nutrisi yang diperlukan dalam badan.  Suatu masa tu, saya agak 'concern' dengan berat badan anak yang doktor kata ada kemungkinan kurang zat besi. Memandangkan anak saya menyusu badan, maka doktor cadangkan saya ambil supplement tambahan. Sebab Vitalea ni adalah multivitamin yang diperkaya dengan Zat Besi, makan saya disiplin sikit makan. Satu hari saya ubah cara makan Vitalea, wow..kesannya susu terasa sangat bertambah. Saya dah rasa macam-macam kebaikan Vitalea ni selaian tambah susu. Antranya ianya tambah tenaga dan juga kuatkan badan.  Kalau rasa nak demam atau selsema, saya ambil Vitalea sebagai pencegah dan Alhamdulillah ianya membantu.


Saya ringkaskan rahsia menambah susu dalam point-point berikut:

TIPS 1: Pastikan anda kosongkan B sekurang-kurangnya 8 kali sehari
TIPS 2: Pastikan B anda benar-benar kosong setiap kali lepas mengepam untuk pastikan hasil yang optimum.
TIPS 3: 'Direct feeding' oleh bayi sangat-sangat membantu menambah produksi susu. Sebab itu di awal kelahiran, kuatkan hati kalau bayi anda asyik menyusu je. Itu adalah proses penting untuk menghasilkan susu dan itu bukan petanda anda kurang susu!
TIPS 4: Stress, keletihan dan sakit boleh menurunkan produksi susu. Cari jalan untuk kawal stress dan jaga kesihatan diri. 
TIPS 5: Carilah makan tambahan atau cuba petua orang tua yang boleh membantu usaha anda.
TIPS 6: Kadang kala, cara, masa dan jumlah pengambilan makan tambahan boleh memberi result yang berbeza, bergantung kepada keadaan dan keperluan badan kita.  Penyebab kurang produksi susu ada pelbagai, satu jenis penyelesaian mungkin tidak sesuai untuk membetulkan semua keadaan. 

Saya pernah rasa sedihnya bila tengok hasil susu menurun. Saya juga faham betapa gigihnya para ibu dalam usaha nak menambah susu. Saya harap sedikit sebanyak perkongsian ni boleh membantu.  Hubungi saya sekiranya anda perlukan supplement untuk membantu penyusuan anda. InsyaAllah saya cuba membantu berdasarkan sedikit pengalaman yang ada.

Anda juga boleh rujuk pada artikel berikut:


Sharing is LOVE,
-Faza-
Your Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp: 012 335 3549

Friday 14 February 2014

Dr Oz: 10 Detox Food

Saya kenal Dr Oz ni lepas tengok program Oprah. Masa tu, Oprah selalu jemput dia untuk slot kesihatan. Sekarang dia dah ada program TV sendiri. Dalam rancangannya, dia menjemput Dr Alejandro Junger. Beliau merupakan pakar kardiologi yang telah menemui cara detoks ni semasa beliau berusaha menyelesaikan masalah kesihatannya. Beliau kini dah bertukar bidang dan sekarang digelar sebagai "Father of Detoxs".  

Ramai yang dah cuba program ni dan 60% daripada mereka dah berjaya kurangkan berat! 

Badan kita sudah ada sistem dan organ untuk melakukan detox ni. Program detoks oleh Dr Alejandro ni bertujuan untuk membolehkan sistem dan organ tubuh kita melaksanakan proses detoks secara lebih efision dengan disokong oleh nutrien-nutrien yang sepatutnya. 

Sebelum tu, jom kita fahami apa itu DETOX. Kenapa detox ni penting dan kenapa ianya selalu dikaitankan dengan proses menurunkan berat badan. Macam ni, detox dalam kata mudah adalah proses untuk meningkatkan keupayaan badan kita dalam memproses dan membuang keluar toxin.  Toxin ni boleh datang dari pelbagai sumber; udara, bahan kimia dalam makanan, dari bahan kimia yang tersebar di tempat kerja ataupun di rumah kita. Badan kita akan memberi tindak balas pertahanan terhadap toxin ni dengan cara memerangkapnya ke dalam lemak badan supaya toxin ni tidak membahayakan badan kita. 

Nah, di sini ada dua perkara penting yang berkaitan. (i) Kalau badan banyak toxin, badan akan cenderung untuk simpan lemak daripada makanan kita.  Sebab badan perlukan lemak yang banyak untuk 'sorok' toxin yang banyak. Banyak lemak=gemuk,kan? (ii) Badan yang banyak lemak, ada kemungkinan menyimpan banyak toxin. Kesan  proses detoks yang tak sempurna antaranya: masalah pencernaan (sembelit, 'bloating' atau badan berangin), masalah kulit, mudah letih, sakit kepala, penambahan berat badan, masalah cognitive (mudah lupa), kahak, masalah bau badan/mulut berbau.

Akibat toxin pada badan kita pula seperti berikut: keletihan yang melampau, alergik dan asthma,autoimmune disease (cth SLE, pspsoriasis), masalah kegemukan, masalah hormon, masalah kesuburan,  masalah buang air. Organ terpenting dalam badan kita yang menjalankan fungsi detoks ni ialah hati. So love your heart.

Dr Alejandro Junger dah kenalpasti 10 jenis makanan utama untuk proses detoks. Apa yang Dr Alejandro cadangkan adalah tinggalkan makanan lain dan gantikannya hanya dengan 10 jenis makanan ni sahaja.

Jom kita tengok apa dia 10 jenis makanan detox yang telah dikenalpasti berfungsi untuk bersihkan tubuh badan kita, mengoptimumkan fungsi pencernaan dan kurangkan 10 pounds (bersamaan  4.5kg) berat badan dalam masa sebulan tanpa berlapar atau bersenam tu. Saya tau, ramai yang suka dengan statement yang saya hitamkan tu =)



1) Sayur berdaun hijau : Dikatakan inilah makanan detox no. 1. "King of Detox Food". Sebab sayuran hijau ni kaya dengan klorofil.  Klorofil ni akan jadi makanan kepada bakteria baik di dalam perut kita. Fungsi bakteria baik adalah untuk buang apa yang tak patut seterusnya bantu kurangkan berat badan. Disamping itu, kandungan serat dalam daun ini akan menghalang rasa lapar. *eh, patut la Alfalfa dikenalpasti sebagai salah satu supplement utama dalam program diet Shaklee

2) Ikan Laut Dalam : Ianya sumber protein yang baik kepada hati untuk menjalankan tugasnya dengan efektif. Bila Dr Oz tanya kenapa ikan laut dalam, jawapannya ialah kerana ikan laut dalam kurang toxin dan kurang kandungan bahan logam yang merbahaya berbanding ikan biasa. Ikan bagus sebab kaya dengan asid lemak dan omega-3. *ahaa..patut la ada OmegaGuard dalam set Shaklee. Dan ianya memang diperbuat daripada ikan laut dalam. Oh, Shaklee memang ohsem.

3) Ayam (yang bebas dari suntikan): Ayam sebagai sumber protein yang bagus untuk badan. Cadangan saya, jom beli ayam az-Zain. Produk yang dibuat atas dasar memenuhi fardhu kifayyah iaitu menyediakan makanan berkhasiat dan halalan thoyyiban. Jom sokong product ni! Cari kedai Az Zain yang berdekatan anda di sini http://www.azzain.com.my/. Perbezaan ayam Az Zain :  http://www.azzain.com.my/kelebihan/index.html

4) Berries: Selain kaya anti-oksida ianya  kurangkan selera makan dan juga kaya dengan fiber. *alahai...teringat pulak si kecil manis Vivix Shaklee. Now baru faham kenapa Vivix diwarwarkan sebagai supplement yang boleh bantu kuruskan badan.

5) Cuka Epal: Ianya menggalakkan perembesan asid hidroklorik untuk menggalakan pencernaan. Ini pun memang sebahagian makanan sunnah. Nabi junjungan kita memang makan cuka apple ni. Pst, ni pun ada jual kat az-Zain. 

6) Lemon: Meskipun ianya bersifat asid tapi bila diminum ia memberi kesan alkali terhadap tubuh badan. Ni Dr Oz dan Dr Alejandro yang cakap ya.bukan saya main-main tambah. 

7) Teh Herba: Kandungan taurine di dalam teh herba akan menambah tenaga, meningkatkan kecekapan dan daya tahan diri. *Shaklee Cinch Herba Tea bukan sahaja mengandungi ekstrak teh hijau yang umum dah tau sangat tinggi anti-oksida malahan juga ada teh putih dan juga teh Rooibos dan ditambah stevia sebagai pemanis. Orang yang diet sangat digalakkan ambil Cinch Tea ni untuk pastikan anda sentiasa bertenaga. 

8) Santan Kelapa (asli, tak tambah gula): Ianya sumber lemak yang baik. Ia akan cantik dan kuatkan rambut dan kuku. Ianya juga sumber protein yang baik kepada hati untuk berfungsi dengan lebih baik.

9) Minyak Kelapa: yeay!! Kredit kepada minyak kelapa! Dulu orang barat beria2 highlight minyak jagung depa and kutuk2 minyak kelapa kita

10) Plant Based Protein: Sumber protein yang baik terutamanya bagi yang tak makan daging. *Shaklee ESP la tu =) Ianya sumber protein yang dihasilkan dari soya bukan-GMO. Genetically Modified Organic ni tak bagus tau! oh ya, Shaklee juga ada Cinch Shake, satu lagi sumber protein berasaskan tumbuhan. Cinch Shake ni lagi power sebab dia ada Leucine. Leucine ni fungsinya untuk pastikan berat yang hilang tu asalnya dari lemak, bukannya otot. Kita tak nak hilang otot. Hilang otot akibatnya metabolisme kita menurun, makin susah nak turun berat tau!

Di bawah ni Dr Alejandro berkongsi resepi berdasarkan 10 jenis makanan ni untuk makan pagi, tengahari, snek petang dan malam. Jom Cuba!

Ok, so saya akan mulakan pagi saya dengan Vivix. Di pejabat bancuh  ESP shake. 

Makan tengahari ni boleh dapat kat Isetan. Ada jual salad timbang kilo..amboi, kilo tu..hehe

Minum Petang- kasi perut kenyang supaya dinner tak makan yang melampau.

Makan Malam..hamboii..kena balik masak ni! Mana nak cari

Kepada yang berminat nak cuba diet ni,  jom cuba resepi di atas! Di samping tu mari saya cuba mudahkan hidup anda.  Kenalkan, set menurunkan berat badan oleh Shaklee! Menariknya, semua supplement Shaklee yang dicadangankan di bawah ni adalah menepati cadangan Dr Alejandro.   Saya share dengan anda supplement-supplement  tersebut. Tadaaaa....

Ke arah hidup yang lebih sihat, JOM!!! 

Hubungi saya dan saya akan cadangkan supplement yang sesuai untuk anda dan poket anda. Rest assured that, all Shaklee product have gone through a thorough lab analysis. Produk Shaklee disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang dah diterbitkan dalam 90 kajian penerbitan.  Sebab itu tanpa segan silu saya katakan ianya dijamin Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.



Love,
Faza
Your Shaklee Independent Distributor
sms/whatsapp: 012 335 35 49


Sunday 2 February 2014

Yang Pertama di Dunia


The first in the world =) Kecik-kecik dulu, suka sangat berebut di antara adik-beradik untuk jadi orang yang pertama. Orang yang pertama masuk dalam kereta, orang yang pertama merasmikan makanan yang mak masak, 'the first' yang pandai bawa basikal dan macam-macam lagi lah pertandingan yang direka, saja nak suka-suka.  Kenapa nak sangat jadi yang 'the first'? Sebab yang 'the first' ni lah yang hebat. Orang lain tak buat lagi, dia dah berjaya buat.  Orang lain tak tahu lagi, dia dah tahu.


Kali ni nak bercerita tentang multivitamin yang pertama. The first in the world!  Ianya ditemui oleh Dr Forrest C. Shaklee pada tahun 1905. Ia dikenali sebagai Vitalized Minerals yang kemudiannya disingkatkan menjadi "Vita-Min", dan perkataan 'Vitamin yang kita kenali hari ini adalah berasal daripada hasil ciptaan Dr Forrest C. Shakee, pengasas Shaklee Corporation. Di Shaklee, ianya dikenali sebagai Vitalea.



Salah satu sifat Vitalea yang perlu semua tahu : Ianya tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia teralrut dalam air dan juga tubuh manusia. Kenapa kita perlukan multivitamin yang menyerap pantas? Supaya badan kita dapat manafaat yang paling optimum. Tablet Vitalea ini juga disalut dengan serbuk nutrisi-Spirulina.  


Antara manafaat utama Vitalea:
  • Penambah Tenaga Segera- pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkapan Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat tabiat pemakanan yang tak seimbang
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisme- Sangat Membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuan
  • Element Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan nsel baru, membantu proses pembesaran,pertumbuhan rambut, otit, kulit, kuku,dan hormon serta menjaga kesihatan tirod
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati


Scientifically Advanced formula-Based on 7 Clinical Studies. Formula berasaskan kajian saitifik dan telah dibuktikan melalui 7 ujian klinikal.  Ujian klinikal menunjukkan pegambilan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%!

Nak berkongsi pengalaman sendiri, pengambilan Vitalea berjaya meningkatkan susu badan bila saya ubah masa saya makan Vitalea ni.  Sekarang jadi risau pula takut masalah untuk 'putus susu' nanti. Anak dah setahun setengah, dek kerana susu mak dia semakin 'meriah', dia kurang suka dah susu botol. 

Ke arah kehidupan yang lebih sihat,JOM berVITALEA!

Bulan ni ada harga promosi untuk Vitalea. Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA.


Love,
Faza
Shaklee Independent Distributor.SMS/Whatsapp: 012 335 3549