Friday 26 September 2014

Kacang Pool Kuala Lumpur

Kacang Pool ni antara makanan Johor yang terkenal.  Saya pun baru je kenal kacang pool ni masa gi Johor awal tahun ni.  Adik saya lah yang cadangkan suruh cuba. Masa dengar nama tu,saya bayangkan ianya macam bubur kacang dan rasanya manis. Tapi bila adik saya cakap, makan cicah roti pastu ada telur mata kerbau, otak saya terus jem. Macamana pulak bubur kacang ada telur mata nih.. "Aishh..pelik nih. Tak mungkin sedap" Sebab pelik tu lah saya gigih meng'google', meng'foursquare' lokasi Kacang Pool Haji yang famous tu.

Taraaaaa.....!! Lepas siri lawatan ke flat perumahan serta bekas tapak balai bomba Larkin (thanks to Waze and google for this..haha) , kami sampai juga ke destinasi impian hati. Siapa-siapa yang menggunakan perkhidmatan Mr Google, ketahuilah bahawa kedai kacang pool haji yang femes ni dah bukan dekat balai bomba larkin. Kedai tu sekarang berada di Plaza Larkin.



Plaza Larkin, here we are!

Pertama kali bertentang mata dengan Kacang Pool original Johor mari..


Memang berbaloi tahan perut sebab sesat cari tempat. Roti tebal yang crispy. Kuah kacang dengan daging cincang berempah. Ditabur potongan bawang dan cili besar, perah asam limau- bless!  Plus, telur mata dengan kuning cair2..awww..meleleh air liur sambil menaip nih.

Penangan Kacang Pool Haji memang tak terhenti di situ. Tiap saat lepas balik KL tu, kami masih teringat-ingat. Haha..overrr..so misi pencarian Kacang Pool di Kuala Lumpur bermula.  Dipendekkan cerita selepas beberapa misi gagal, kami berjaya menjejak Kacang Pool di Kuala Lumpur! Err, Putrajaya to be extact, Pekan Sehari dekat Masjid Besi, Putrajaya setiap Selasa dan Jumaat.  Cuti Hari Malaysia yang lepas jatuh pada hari Selasa, maka kami meraikannya dengan Kacang Pool. 

Kacang Pool Putrajaya - rupa ada, rasa dah sipi2 dengan yang kat JB. 
Ha..cari gerai ni ya. Tempatnya berubah2. Kena tawaf la mencari.

Menarik betul Pekan Sehari Putrajaya. Macam-macam ada. Antara yang menarik perhatian kami Aiskrim goreng, char kuey teow dan Kambing Bakar!! Kami jumpa 3 gerai Kambing Bakar. Rasanya memang puashati. 


Anak-anak pulak excited dengan gerai2 yang jual baju dan mainan Frozen. Dan double happy sebab berjaya mencairkan hati Mimi untuk belikan patung Frozen. RM20 untuk 2 anak patung Anna Elsa yang cantik kualitinya - memang Mimi cairlah.. Then kami singgah solat di Masjid Besi. Wah, rasa boleh sesat ala2 kat masjidil haram pulak tempat parkingnya.

Iman tu girl ya..sejak rambut pendek susah hati dia kena justify dia girl. Tapi tengok gaya tu, tak ke bukan macam girl? Originally pakai skirt macam kakak, tapi kotor dah tinggal seluar..alahaiii..makin la macam boy.

Sempat buat kawan masa main-main kat tempat main kat Masjid Besi
From Masjid Besi with Love =)

Ok, untuk yang nak ke Johor Bahru dan rasa nak cuba kelazatan Kacang Pool, bawah ni alamat ke Plaza Larkin. Saya ambil dari sini. Siapa yang tak berkesempatan ke Johor, boleh ke Pekan Sehari Putrajaya setiap Selasa dan Jumaat. Atau, siapa yang tak boleh nak imagine dan tak sabar nak tau rasanya, boleh cuba Coney Dog 1901. Bagi saya, rasanya ala-ala kacang pool.

Restaurant name: Kacang Pool Haji
Address: K14, Selera Johor (next to Plaza Larkin)
Maphttp://goo.gl/maps/hIJR
GPS: 1.497875,103.743231
Hours: Daily 

No comments:

Post a Comment