Tuesday 18 March 2014

Katalog Set Shaklee

Assalamualaikum.
Berikut saya kongsikan cadangan set lengkap Shaklee mengikut keperluan anda. Moga-moga persoalan anda terjawab di sini.

1) Set Kesihatan Sendi 
"Pendekatan semulajadi untuk kekal aktif"

2) Set Kesihatan Utama Lelaki
"Meningkatkan kesihatan & kecergasan"


3) Set ACE
"Memaksimakan perlindungan antioksida anda"


4) Set Cantik Bebas Cela
"Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan"



5) Set Pengurusan Badan
"Cara terbaik untuk kekal langsing dan ramping"



6) Set Detoks Terbaik
"Nyahtoksid untuk kesihatan yang hebat, tenaga berpanjangan dan wajah yang berseri"



7) Set Kesihatan Wanita
"Wanita Sihat, Hidup Ceria"


8) Set Anti Penuaan
"Penyelesaian untuk kelihatan hebat dan rasa lebih muda" 


9) Set Kelengkapan Rumah
"Pilihan Bijak seisi keluarga, produk yang semulajadi dan selamat untuk seisi keluarga. Pilihan tepat bagi mereka yang mengalami alahan kulit  "


Kami berharap anda dah berjumpa set idaman hati. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saya di 012 335 3549.

Tuesday 11 March 2014

Tips Sukat Kalori

Saya menerima soalan berkenaan teknik mengira kalori dari seorang rakan Facebook saya. InsyaAllah di sini saya kongsikan apa yang saya tahu. Pengalaman saya, teknik ini sangat membantu saya ke arah mengembalikan cara makan yang sihat. Diet bukanlah berlapar namun diet adalah langkah memprogramkan semula perut kita untuk makan sekadar keperluan sahaja. Saya dan perut saya adalah melayu. Saya tak mampu untuk menukarkan nasi dengan roti. Maka, sekiranya anda seperti saya yang ingin berdiet dan dalam masa yang sama masih kuat jati diri (perut) Melayunya, sukat kalori adalah kaedah yang tepat untuk anda.

Saya menggunakan applikasi ‘MyFitnessPal’ untuk menyukat pengambilan kalori seharian saya. Ianya boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar, juga ada di internet. Caranya, kita masukkan jenis makanan dan jumlah di ambil. Aplikasi tersebut akan kira  akan jumlah kalori yang kita dah ambil. Biasanya application tu dah ada database/maklumat tentang jumlah kalori dlm makanan tu. Mungkin juga ada jenis makanan yang tiada dalam aplikasi tersebut, sekiranya demikian carilah makanan yang hampir sama ataupun rujuk senarai kalori makanan melayu yang ada banyak di internet. Di bawah ini contoh applikasi tersebut.
'Goal' merujuk kepada sasaran jumlah pengambilan kalori dan 'Remaining' merujuk kepada
lebihan kalori yang masih ada. Contoh ini menunjukkan pengambilan kalori berlebihan
daripada jumlah yang disasarkan.


Bagi yang mahu mengira kalori, untuk permulaan sila senaraikan setiap makanan yang dah dimakan hari ni kemudian check kalori setiap makanan tu. Contohnya hari ni dah makan ayam goreng. Maka tengoklah berapa kalori ayam goreng. Sekurang-kurangnya esok kalau nak makan ayam goreng lagi kita dah tau berapa kalorinya. Makanan yg wajib tau jumlah kalori adalah makanan yg kita selalu makan contohnya: secawan nasi putih, sebungkus nasi lemak dengan sambal bilis+ikan bilis goreng+kacang goreng,  sekeping roti gardenia bersama sesudu kecil jem straberi, mihun goreng bersaiz secawan, segelas kecil teh tarik, segelas besar milo ais, ayam goreng bahagian dada, ayam goreng bahagian kepak, sambal bilis/sotong sebanyak sesudu besar.  Senarai di bawah sebagai contoh.

BIL
JENIS
KALORI
1.
Nasi putih (satu setengah cawan)
260
2.
Nasi lemak bersambal (sepinggan)
400
3.
Nasi goreng bertelur (sepinggan)
635
4.
Nasi briyani berayam (sepinggan)
880
5.
Nasi minyak kosong (sepinggan)
445
6.
Nasi ayam kosong (sepinggan)
300
7.
Mee goreng kosong (sepinggan)
660
8.
Mee sup (semangkuk)
380
9.
Meehun goreng (semangkuk)
550
10.
Roti putih (2 keping)
156
11.
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping)
200
12.
Capati tanpa kuah (sekeping)
180
13.
Pau ayam (sebiji)
203
  
Permulaan menyukat kalori memang leceh. Tapi aktiviti SANGAT besar manafaatnya kerana ianya beri kita kesedaran akan betapa banyaknya kalori yang ada dalam setiap makanan. Lama kelamaan kita akan tahu apa yg elok utk kita makan dan sebaliknya. Saya berdisiplin tinggi dalam 2 minggu pertama untuk kira semua kalori yang masuk dalam badan dan masih meneruskan untuk bulan ke  dua. Bulan keseterusnya perut saya sudah boleh mula menyesuaikan diri dan saya pun dah agak mahir mengagak jumlah kalori dalam setiap makanan,saya dah berhenti menggunakan aplikasi tersebut. Pun begitu, amat disarankan untuk kekal dengan aktiviti sukat kalori ini untuk menegelakkan kejadian ‘lupa diri’.

Ok, mula-mula kita kena ketahui jumlah kalori yang badan kita perlukan dalam 1 hari. Ianya dikira berdasarkan maklumat2 di bawah. (boleh google metabolism calorie rate). Baiklah, di sini mari kita ambil contoh Suzy (bukan nama sebenar) dengan maklumat seperti di bawah.

Umur
35 tahun
Gender
Wanita
Berat
90 kg
Tinggi
165 cm
BMI
33.1 (moderately obese)
Aktiviti seharian
Sedentari (saya andaikan Suzy seorang yang bekerja pejabat, 8 jam duduk di hadapan computer)

Kadar metabolisma badan Suzy perlukan ialah 1595 sehari. Maksud nya, sekiranya Suzy makan 1595 kalori setiap hari, Suzy akan dapat kekalkan berat badannya sekarang.  Jumlah pengurangan kalori yang sihat ialah pengurang 500 kalori daripada jumlah keperluan kalori seharian. Pengurangkan 500 kalori sehari akan emnyumpang kepada pengurang berat sebanyak 0.5kg seminggu.  Maka, untuk Suzy sekiaranya dia berhasrat untuk menurunkan berat badan, Suzy perlu ambil hanya 1095 kalori sehari. ( 1595-500=1095). 

Ok, sekarang Suzy memilih untuk menurunkan berat badan dan beliau telah mengambil makanan berikut. Mari kita lihat jumlah pengambilan kalori Suzy, adalah ianya bertepatan dengan saranan sihat iaitu kurangkan 500calori sehari? Jom tengok.

Masa
Menu
Jumlah Kalori
Nota
Sarapan
3 keping* kuih keria
270 cal

*Sekeping=90kalori
Tengah hari
Nasi putih 1 senduk
Sup kambing semangkuk

242 cal
277 cal
Jumlah kalori utk makan tengahari=519 cal
Petang
3 biji gula2 cadbury
Secawan kopi O dgn 2 sudu the gula

105 cal
120 cal
sebiji =35 cal
Jumlah kalori=225 cal
Malam
8 biji* cekodok pisang
361 cal

*4 biji =108.5 cal
Jumlah pengambilan kalori dalam sehari
1335 cal
Lebih  240cal dari target utk kurus iaitu 1095 cal sehari.

Pandangan saya, Suzy telah berusaha keras untuk mengurangkan pengambilan kalori beliau dengan hanya makan kuih keria sebagai sarapan dan cekodok pisang di waktu malam.  Tapi cuba lihat jumlah kalori yang ada pada 3 keping kuih keria. Ianya menyamai kalori sebungkus nasi lemak! Perut melayu saya mengatakan, saya lebih kenyang memakan sebungkus nasi lemak berbanding kuih keria. Kenapa kuih keria tinggi kalorinya? Kerana ianya digoreng dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Begitu juga dengan 8 biji cekodok pisang yang diambil sebagai makan malam. Ianya tinggi kalori kerana kandungan gula yang tinggi serta digoreng dalam minyak yang banyak, sangat tidak menyihatkan.   

Suzy juga perlu berhati-hati dalam memilih sup sebagai lauk. Saya dahulu pun beranggapan sup merupakan pilihan yang baik untuk diet. Tanpa saya tahu betapa banyaknya kalori dalam sup hasil sumbangan lemak yang ada pada daging dan juga minyak tumisan. Cuba bekukan sup ayam/daging ke dalam peti sejuk. Keesoknya anda boleh nampak dengan jelas minyak beku berkumpul di atas sup tersebut. Walaupun Suzy terlebih 240 kalori daripada jumlah kalori yang dicadangkan, namun beliau telah berjaya mengurangkan 26o daripada keperluan kalori seharian beliau.  Beliau akan dapat kurangkan berat namun hasilnya agak lama.

Saya bimbang sekiranya Suzy meneruskan diet sebegini, Suzy tak mampu meneruskannya untuk tempoh yang lama kerana pemilihan makanan beliau sangat terhad. Saya percaya  sekiranya kira ‘enjoy’ buat sesuatu perkara barulah kita boleh melakukannya secara  berterusan. 

Sebelum mengamalkan kaedah kira kalori, saya juga dahulu seperti Suzy. Saya anggap untuk diet,saya kena kecilkan portion makanan saya tapi saya tak tahu bahawa makanan bergoreng dan manis itu lebih banyak kalori berbanding semangkuk mihun sup.  Seeloknya pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya kerana makanan begini akan memberi kesan rasa kenyang yang lebih lama.  Sayur-sayuran dan kekacang contohnya.  Adalah sesuatu yang baik sekiranya anda hanya makan salad sebagai ganti nasi dan lauk di tengahari NAMUN ianya 2x5 sekiranya salad tersebut dibanjiri mayonis atau thousand island. Boleh ambil, tapi dalam kuantiti yang terhad, sekadar memberi rasa. 

Selepas berdisiplin dalam menyukat kalori, saya dapat simpulkan beberapa kesilapan besar saya dalam pemilihan makanan dan minuman. Saya kongsikan di bawah untuk dijadikan pengajaran:-
1) Saya suka membanjiri nasi saya dengan kuah ayam masak merah atau sambal goreng daripada tilapia goreng pedas. Saya rasa saya sudah diet sebab hanya ambil nasi segenggam. Sedangkan saya sedang menipu diri sebab kuah dan sambal yang saya ambil itu mengandung TERLALU banyak kalori tesembunyi.
2) Saya suka memilih makanan bergoreng. Kebanyakan makanan Malaysia digoreng di dalam minyak yang banyak ataupun “deep fry”. Kaedah masakan yang bukan saja tinggi kalori malah menyumbang kepada peningkatan kolestrol dalam badan.
3) Minuman utama saya ialah air manis. Kandungan kalorinya tinggi namun ianya tidak mengenyangkan. Maka ianya kalori yang merugikan, kecuali lah anda seorang pelari marathon yang memerlukan kalori tambahan dalam kadar yang pantas untuk meneruskan larian.

Saya simpulkan di sini, factor yang boleh memberi kejayaan kepada usaha menurunkan berat badan:-
1) Matlamat yang jelas
2) Keazaman yang kuat
2) Pemahaman dan  ilmu yang tepat
3) Sumber rujukan yang betul
4) Sistem sokongan yang baik (kawan, aplikasi kira kalori)

Anda boleh memuat turun panduan kalori dalam makanan Melayu di sini : http://www.mod.gov.my/phocadownload/panduannilai_kalori.pdf


Saya harap perkongsian ini ada manafaatnya. Setiap pembelian Set Lengkap Pengurusan Berat dengan saya adalah beserta KONSULTASI PERCUMA dari saya. PM saya di 012 335 3549 sekiranya berminat.

Wednesday 5 March 2014

The Soy Story


Saya mulakan entri ini dengan tiga fakta asas dan penting dibawah sebelum kita pergi ke watak utama, The Soy.

Protein vs Karbohidrat: 
Protein merupakan sumber tenaga TERBAIK berbanding karbohidrat kerana indeks glisamik (G.I) rendah. GI rendah merujuk kepada kecepatan gula terbebas ke dalam darah. Makanan tinggi GI akan buat kita rasa cepat lapar dan tidak bagus untuk pesakit Diabetes sebab tingkatkan kandungan gula dalam darah.  Orang yang ingin menurunkan berat badan amat digalakkan mengambil makan yang rendah GI. Disamping itu, berbanding karbohidrat, badan kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk memproses protein. Lebih banyak kalori terbakar adalah sifir untuk turun berat badan.
Nota: Jangan buang terus karbohidarat dalam diet anda. Kerana badan anda masih memerlukan karbohidrat untuk menjalankan fungsinya contohnya otak untuk memproses maklumat.

Fungsi Protein:
Fungsi utama protein adalah seperti berikut: Membaiki sel-sel rosak dan memelihara kesihatan keseluruhan badan kerana rambut, kulit, mata, otot dan organ kesemuanya terdiri daripada protein. Ianya juga sumber tenaga kepada badan dan juga penting dalam penghasilan hormon. Selain itu, sistem pertahanan badan atau antobodi juga terbentuk daripada protein.  

Protein Tumbuhan: 
Berbanding produk tenusu, protein tumbuhan merupakan sumber protein TERBAIK sebab ianya tiada kolestrol dan rendah lemak. Protein dari soya mengadungi kesemua sembilan Asid Amino Penting (Essential Amino Asid) yang diperlukan oleh badan. 

Kelebihan Shaklee ESP 

1) Energizing Soy Protein (ESP) adalah sumber protein TERBAIK KUASA DUA sebab sumbernya adalah tumbuhan DAN ianya dihasilkan daripada kacang soya asli, bukan GMO. Produk yang mana genetiknya telah diubah atau GMO (Genetically Modified Organism) ini dikaitkan dengan penyebab kanser, mengganggu sistem imun, penyebab reaksi alahan (allergy)  dan pelbagai lagi. Nak tahu berapa banyaknya produk GMO di pasaran? Pengeluar terbesar soya dunia adalah Amerika Syarikat (AS).  90% daripada kacang soya di pasaran AS adalah terdiri daripada kacang soya GMO. Gambar bawah ni gambaran ekstrem tentang produk GMO. Luar persimmon kat dalam grape fruit. Kulitnya pisang, isinya buah delima. Saja nak bagi mudah faham =) Buah yang kita makan, dah tak sama dengan buah yang sebenarnya!



Bawah ni pula lakaran mudah tentang proses penghasilan produk GMO.


Bahan asing dimasukkan ke dalam dna bahan asal.
Ini mengubah keadaan asal genetik bahan tersebut.

Petua Orang Tua


Semenjak kecil saya didedahkan dengan petua orang tua kepada wanita mengandung. "Minumlah air soya. Nanti anak jadi putih dan kulit dia pun cantik". Namun kebelakangan ni, makin ramai yang menolak petua ini atas alasan, "Bayi yang mak dia banyak minum soya masa mengandung, bila besar kulit dia jadi super sensitif. Kulit tak cantik. Jangan ikut la petua tu". Saya diam dan tak sanggah kata-kata tu walau dalam hati saya ada pendapat berbeza. Semasa emak saya mengadungkan adik bongsu saya, mak saya minum baaaanyak sangat  air soya dan juga taufu fah. Mak saya seorang yang rajin, dia buat sendiri air soya dan taufu fah tu. Hasilnya, adik bongsu saya memang paling putih antara kami semua. Kulitnya cantik marvelleous, sampai sekarang. Jom tengok gambar dia masa kecik.


'Snow white' dalam keluarga.
Lebih putih dari Siti,anak patungnya.

Ini pendapat peribadi saya, punca kulit bayi jadi super sensitif tu adalah berkaitan rapat dengan sumber soya yang ibu itu ambil masa mengandung. Kemungkinan, minuman soya yang ibu minum sumbernya dari soya GMO, soya yang dah diubah genetiknya. Sebab, antara kesan buruk GMO ialah memberi kesan alahan yang tidak sepatutnya terjadi kalau menggunakan bahan semulajadi. Bukankah ianya satu pernyataan yang bercanggah bila kita kata soya menyebabkan kulit tak cantik sedangkan khasiat sebenar soya, antara lain,adalah mencantikkan kulit.

Itu belum lagi cara soya tersebut diproses. Dalam proses penghasilan 'soy flake' atau empingan soya (yang kemudiannya diproses jadi serbuk soya), prektis kebanyakan pengeluar adalah menggunakan alkohol. Penggunaan alkohol ini memusnahkan banyak khasiat soya terutamanya isoflavone yang mana antara fungsinya untuk meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Akibatnya, susu soya yang diminum sudah berkurangan khasiatnya.  Adik saya sekarang dah berusia 25 tahun. Saya rasa 25 tahun lepas produk GMO di pasaran tak sebanyak seperti sekarang. Dan lagi, ibu saya buat sendiri air soya tersebut. Maka khasiatnya dan segala kebaikannya soya masih terpelihara. Zaman sekarang majoriti ibu-ibu turut bekerja untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga.  Mereka tentunya tak punya masa untuk buat sendiri susu soya sebalik memilih untuk membeli susu soya yang banyak dijual di pasaraya ataupun di gerai-gerai. Namun, sejauh mana boleh kita pastikan yang susu soya tersebut sumbernya bukan produk GMO? 


Anda tak perlu gusar. Kini sudah ada penyelesaiannya iaitu, ESP. Shaklee ESP adalah serbuk pati soya asli dan dipasarkan di dalam canister. Satu canister ESP dengan berat 850 gram adalah dihasilkan daripada 30kg kacang soya asli bukan GMO. Dengan ESP, anda tak perlu bersusah payah untuk mendapatkan susu soya asli. Anda hanya perlu bancuh dengan air sejuk dan susu soya asli dan sangat berkhasiat kini sudah tersedia untuk anda.

Shaklee menggunakan kaedah pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai "Identity Preservation Program" (IPP) untuk memastikan kacang soyanya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Disamping itu, Shaklee menggunakan  air dalam pemprosesannya. Maka yakin lah kebaikannya sangat terpelihara. Selain untuk memberi tenaga tambahan ketika mengandung, saya sarankan ibu mengandung mengambil ESP untuk membantu ketidakselesaan ketika hamil dan juga membantu pembesaran bayi yang sihat. Bonus pulak, mana la tau kot-kot petua orang tua tentang bayi jadi putih tu masih menjadi. Pengambilan ESP boleh dteruskan semasa berpantang dan seterusnya semasa menyusukan anak.


2) Ramai yang kata "Kulit yang kusam jadi cantik lepas ambil ESP".  Tak kurang yang kata "Parut jerawat dah hilang! Kulit pun makin anjal dan pejal". Ini semua memang 'angkara' ESP yang dah bekalkan protein terbaik untuk baiki sel-sel rosak dan membentuk sel-sel baru. Bila sel badan jadi sihat, organ seterusnya tubuh badan jadi sihat, kuat, cantik. Fungsinya ESP yang buat sel jadi sihat inilah menyebabkan semua orang yang ambil supplement MESTI ambil ESP. Sebab, sel yang sihat akan menyerap nutrien dan vitamin-vitamin dengan lebih effisien. Senang cerita, supplement yang kita makan tu, cepat kita rasa dan nampak kesannya.

Sel-unit terkecil dalam badan yang akhirnya bergabung membentuk 75% daripada tubuh badan kita! Unit terkecil cantik, tubuh badan laaaagilah cantik =) Bawah ni saya kongsikan satu testimoni bagaimana ESP menjadikan kulit anda sihat & cantik. Nak tengok banyak lagi testimoni? Silakan google.


3) "Shaklee tak ada product bina otot. Saya nak muscle berketul-ketul"

Bagi yang berminat bina badan,mereka harus sedar mana satu protein terbaik untuk anda: WHEY PROTEIN-sumber dari susu atau SOY  PROTEIN? Kebaikan Whey Protein adalah kadar kepantasannya terserap dalam badan. Maka ianya sangat bagus dalam membaiki otot2 yang tercedera ketika latihan. NAMUN, dek sebab serap pantas sangat, otot tak sempat berehat. "Bila rosak, baiki terus. Penat ai" ujar si otot. Selain itu, bila pantas terserap ni ianyanya protein yang tidak bagus untuk membina otot baru. Soy Protein pula kadar penyerapannya lambat. Ini menjadikan ia protein yang terbaik untuk membina otot baru. Sebab itu, pakar bina badan menasihatkan untuk mengambil kedua-dua jenis protein ini ke arah pembinaan otot yang mantop =) .

To all Mr Universe wannabe, "Meet ESP your buddy in muscle building".

4) Protein Tumbuhan Sumber EFAs terbaik dan kaya dengan EAA !

"Essential Fatty Acids" atau EFAs merujuk kepada asid lemak yang badan kita TAK DAPAT hasilkan tapi AMAT DIPERLUKAN badan untuk menyokong fungsi badan. Kurang EFA akibatkan kegagalan fungsi hati &buah pinggang,  rendahkan tahap imunisasi badan melawan penyakit, 'depression', kulit kering, dll. Pengambilan EFA yang cukup akan  kurangkan risiko kanser payudara, menghalang atheorosclerosis, kurangkan insiden penyakit jantung & stroke, legakan sakit sendi dan 'menstrual pain'.

Essential Amino Acids  ni sepupu sepapat EFAs. Ia merujuk kepada rangkaian asid amino yang TAK DAPAT dihasilkan tapi AMAT DIPERLUKAN BADAN. Dah penting nak dapat kat mana? Melalui makananlah. Soya dikenalpasti sebagai sumber makanan yang mempunyai asid amino penting yang lengkap. Ianya penting dalam pembentukan hormon, antibodi dan sistem imun badan, mengawal metabolisma badan, menghasilkan kolagen dan lain-lain. 

Kesimpulan mudah , ESP = Sihat + Cantik + Sihat + Cantik.

Hubungi saya sekarang untuk dapatkan promosi hebat ESP bulan ini!
Setiap pembelian beserta konsultasi EKSKLUSIF  dan PERCUMA dari saya =)

Pengedar Sah Shaklee anda,
Faza -  012.335.35.49



Sunday 2 March 2014

Perkongsian dari ibu Arwah Ahmad Ammar

Subhanallah Alhamdulillah.

Allah beri peluang untuk saya bertemu dengan ibu hebat kepada insan hebat, as-syahid Ahmad Ammar. Berita tentang arwah Ammar ni memang menarik perhatian saya kerana jika diteliti pada catatan di akbar atau di alam siber semuanya bercerita tentang keindahan budi pekerti beliau. Saya tercari-cari cerita ajaib, cerita hebat untuk pemikiran cetek saya ni dapat menerima kenapa arwah Ammar mendapat liputan dan penghormatan yang sebegitu hebat di hari kematian beliau. Sehingga kerajaan Turki menempatkan jasad beliau di makam yang menempatkan lebih 60 orang sahabat nabi, auliya; serta tokoh-tokoh hebat negara Turki.

Saya juga meneliti apakah yang beliau lakukan hinggakan beliau dinobatkan sebagai 'Syahid'-gelaran impian setiap umat Muhammad. Peluang berjumpa sendiri ibu kepada insan hebat in melalui program anjuran badan kakitangan wanita di pejabat saya memang tidak saya lepaskan.  Malangnya tiada cerita ajaib sepertimana yang saya bayangkan. Ahmad Ammar bukannya syahid di medan perang, namun belia meninggal dunia dalam keadaan menuju ke suatu tempat untuk mengajar ilmu  daripada kitab 'Risalah An Nur'.   Diceritakan oleh Pn Nur Azlina, beliau dipesan oleh salah seorang Tok Guru kepada Ahmad Ammar bahawa apabila pulang ke tanah air kelak, tolong beritahu orang ramai bahawa dia adalah ibu kepada ahli syahid. Pn Nur Azlina bingung bagaimana untuk membuat pengakuan sedemikian namun perancangan Allah yang Maha Hebat, perkara ini sampai kepada pengetahuan umum dan rakyat Malaysia melalui cerita sahabat-sahabat, bukannya dari mulut Pn Nur Azlina sendiri.

Sebenarnya cerita ajaib arwah Ahmad Ammar adalah pada akhlaknya. Seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusahkan perasaan ibu ayahnya.  Beliau seorang yang cepat matang sedari kecil. Beliau tidak pernah menyakiti hati sahabatnya dan sangat suka menolong. Diceritakan, semasa mahu pulang menyambung pelajaran di Turki, beg beliau penuh dengan barang-barang pesanan para ibu untuk anak-anak mereka yang sama belajar dengan arwah. Sedikitpun beliau tidak menolak permintaan mereka atau mengeluh apatah lagi merasa berat untuk melaksanakan permintaan mereka. Puan Nur Azlina berkata, begitu lah Ammar. Kerana Ammar seorang yang sangat yakin redha Allah akan bersama-sama dengan beliau. "Ammar seorang anak yang baik, adik yang baik, abang yang baik,sahabat yang baik" begitu gambaran beliau yang diberi oleh ibu beliau. Terfikir saya, "Di manakah lagi kalau bukan di syurga tempat bagi seorang anak yang sangat diredhai ibu dan ayahnya?".


Selepas pemergian beliau, ibu ayahnya berkata, mereka ibubapa yang tidak mengenali anak sendiri.  Kerap di dalam perbualan melalui telefon, Ammar berkongsi keputusan peperiksaan beliau, "Dapat markah 65% sahaja..dapat 70% sahaja" tanpa beliau nyatakan bahawa markah tersebut merupakan markah tertinggi di dalam kelas! Kawan-kawan arwah berkongsi cerita tentang gelaran 'The Killer' yang diberi kepada Ammar atas kepantasan dan kemahiran beliau dalam melibas bola dalam permainan sepak takraw dan pelbagai sukan lain. Sedangkan bila bersukan dengan ayahnya, ayahnya sentiasa berjaya mengalahkan Ammar kerana beliau adalah seorang yang kaki bangku.  Insan manakah yang akan berbuat demikian melainkan atas rasa hormat yang tinggi dan juga perasaan ingin membahagiakan hati insan yang paling disayangi? Di saat anak-anak lain berbangga berkongsi perasaan seronok meraih markah tertinggi di dalam matapelajaran (mengalahkan pelajar tempatan yang lebih menguasai bahasa tersebut) Ammar tidak begitu. Samaada beliau memendam rasa untuk mengelak rasa riak, atau beliau merasakan tiada yang lebih bijak melainkan Allah swt, tidaklah saya ketahui. "Dan tidaklah aku diutuskan ke muka bumi kecuali untuk menyempurnakan akhlak"-maksud ayat al Quran hadith berkenaan tujuan Nabi Muhammad diutuskan ke bumi sebagai khalifah.  Ahklak mulia dan tinggi budi pekerti-tiadalah perkara lain yang lebih magik daripada perkara tersebut!

Terlalu banyak yang saya pelajari dari sessi ini. Dan saya pasti perkongsian saya ini tidak adil malah mungkin saya berat sebelah kerana point-point yang bakal saya catatkan di bawah merupakan point-point yang dekat di hati saya.  Tapi apa yang dapat saya simpulkan, nasihat/perkongsian daripada Puan Nurazlina adalah perkara-perkara asas dan praktikal. Tiada yang magik2 atau luar biasa yang tak mampu kita buat.  Bagi yang menginginkan perkongsian yang lebih,saya sarankan anda mendapatkan buku berjudul "Cerita Cinta Ahmad Ammar" susunan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) yang diasaskan oleh Tuan Ahmad Azzam, ayahnda kepada arwah Ahmad Ammar.

Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar cetus fenomena

Berikut saya kongsikan tips-tips (yang dekat di hati saya) dari Puan Azlina berkenaan "Mendidik Kepimpinan Anak Sedari Kecil".

1) Niatkan anak untuk diwakafkan kepada masyarakat dan dakwah

Semenjak anak di dalam kandungan Pn Nur Azlina dan suami memang meniatkan bahawa anak-anak mereka milik masyarakat, ummat dan agama. Terutama sekali Ahmad Ammar sebagai anak lelaki, mereka meletakkan pengharapan yang lebih.  Ahmad Ammar disunatkan ketika berusia 3 hari dengan harapan beliau cepat matang serta senang untuk di bawa ke masjid.  ALhamdulillah sebagaimana yang diniatkan, sebegitulah hasilnya. Ahmad Ammar seorang yang cepat matang. Di usia rakan-rakan sebaya bergelak ketawa dan bergembira, Ahmad Ammar kelihatan serius memikirkan sesuatu. Beliau jarang tersenyum sehingganya suatu hari guru kelasnya menelefon ibunya kerana melihat Ahmad Ammar tersenyum. MasyaAllah.

2) Bahan bacaan anak ketika kecil bakal mencorak pemikiran mereka

Semasa arwah Ahmad Ammar berumur 8 tahun, beliau sudah khatam buku berkenaan cendikiawan Islam. Mungkin pendedahan awal inilah memberi pengaruh kepada pemikiran, semangat juang dan kematangan kepada beliau. Maka, jangan pandang rendah pada keupayaan anak kecil untuk memahami isi kandungan buku yang kita rasakan berat. Saya bayangkan buku tersebut bukanlah bahan bacaan utk kanak2 kerana hanya dalam masa 5 tahun kebelakangan ni sahaja munculnya buku2 berunsur pendidikan Islam khusus buat anak2. Disebabkan apa yang anak kita baca sangat memberi pengaruh kepada corak pemikiran anak kita, maka berrhati-hatilah dalam memperkenalkan jenis bahan bacaan. Pilihlah yg boleh mendidik iman mereka.

3) Ibu Ayah Memain Peranan dalam Mencorak Masa Depan Anak

Point ini saya rumuskan dari 2 pengalaman Pn Nur Azlina. Pertama,perkongsian berkenaan minat terhadap sejarah yang dimiliki oleh Ahmad Ammar. Ini mungkin kerana kedua ibu ayahnya meminati sejarah maka bahan bacaan yang banyak dibeli kepada anak-anak juga adalah bahan bacaan berkenaan sejarah. Pengalaman kedua ialah peristiwa Pn Nur Azlina memujuk Ahmad Ammar untuk menerima tawaran masuk ke Maktab Tentera Diraja (MTD) Ahmad Ammar pada mulanya memang berat hati untuk menerima tawaran tersebut sehingga Pn Nur Azlina terpaksa memujuk beliau sebanyak 4 kali. Walaupun sayu melihat air muka anaknya yang berat tidak mahu pergi dan ianya merupakan kali pertama Ahmad Ammar mengatakan 'TIDAK' terhadap permintaan beliau, namun Pn Nur Azlina tetap tegas dan yakin dengan 'instict' dan pandangan beliau bahawa MTD merupakan tempat yang terbaik untuk anaknya.

Kadang kala, naluri keibuan saya kalah dengan rayuan anak yang membuatkan saya tidak tetap pendirian dalam mendidik mereka dan menurut sahaja kemahuan mereka. Ini kerana saya terbaca pandangan bahawa kita sepatutnya membiarkan anak-anak untuk menentukan haluan mereka. Perkara ini merupakan antara salah satu soalan yang tidak saya temui jawapannya sehinggalah selepas mendengar perkongsian dari ibu Ahmad Ammar ini.  Kitalah yang lebih dahulu makan garam maka sememangnya kitalah yang bertanggungjawab membentuk mereka.  Selagi mana asas kita adalah demi kebaikan anak itu sendiri dan agama terutamanya.

4) Kata-kata ibu ayah adalah DOA! Doa lah yang baik-baik

Antara kata-kata Pn Nur Azlina ketika memujuk Ahmad Ammar untuk menerima tawaran masuk ke MTD ialah, "Ibu yakin, sekolah lama Ammar ini akan berbangga mempunyai pelajar seperti Ammar yang akan berjaya di MTD". Subhanallah doa itu dimakbulkan, Ahmad Ammar menjadi pelajar SPM terbaik di MTD.

Juga ketika Ahmad Ammar bercerita tentang beliau ditempat di Universiti Marmara,Turki. Beliau agak risau memandangkan semua mata pelajaran di universiti tersebut adalah di dalam bahasa Turki dan bukannya bahasa Inggeris seperti universiti yang menjadi pilihan utama beliau. Pn Nur Azlina meyakinkan Ahmad Ammar bahawa beliau yakin anakknya itu boleh berjaya dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk belajar nanti. "Ibu yakin Ammar boleh buat sebab sebelum ini pun Ammar sudah tempuh pelbagai ujian dan Ammar berjaya menempuhinya". Sekali lagi doa ibu yang tulus ikhlas ini telah Allah makbulkan.

5) Teladani dan fahami kisah dan pengajaran di dalam al Quran

Apabila ditanya amalan nya ketika mengandungkan beliau kata beliau tidak mengamalkan bacaan surah-surah spesifik. Beliau hanya meneruskan bacaan al Quran beliau namun beliau berkongsi yang beliau memang membaca terjemahan ayat-ayat dari surah Maryam dan Yusuf. Ujar Puan Nur Azlina lagi, beliau merasakan pemahaman akan isi kandungan al Quran jauh lebih penting berbanding hafazan ayat Quran semata. Ahmad Ammar bersekolah di Maktab Tentera Diraja ketika di tingkatan 4 dan 5 namun beliau masih meneruskan hafazan al Qurannya ketika di sana.

6) "Saya tak mampu.."

Ini jawapan Pn Nur Azlina apabila ditanya samaada beliau mempunyai teknik-teknik khusus dalam mendidik anak-anak. Beliau katakan beliau ada mencuba utk menggunakan beberapa pendekatan teknik tertentu namun belia tidak mampu meneruskan perkara tersebut. Dengan tuntutan kerja serta mereka tinggal bersama dengan datuk nenek yang mempunyai cara pendidikan anak yang berbeza, teknik yang cuba beliau terapkan tak mampu bertahan lama. Apa yang beliau buat adalah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengharap redha Allah dalam setiap apa yang beliau lakukan. Namun, beliau ada menggunakan 'flash card' kepada anak-anak beliau sejak mereka di dalam buaian lagi. Beliau berkata, mungkin teknik ini yang memupuk semangat suka membaca kepada Ahmad Ammar.


Akhiranya, sekiranya ditanya apakah tips penting yang menjadikan Ahmad Ammar menjadi insan yang sebegitu hebat. Atau mungkin ada yang mengatakan bahawa Pn Nur Azlina bernasib baik kerana dikurniakan Allah anak yang sebegitu baik dan mendengar kata, ingin saya simpulkan point penting ini:  Allah anugerahkan anak hebat Ini kepada Pn Nur Azlina dan pasangan adalah kerana mereka bekerja membantu agama Allah. Mereka merupakan aktivis badan dakwah Abim semenjak mereka di alam universiti lagi. Bahkan semasa mengandungkan Ahmad Ammar pun beliau tidak pernah meninggalkan kerja-kerja dakwah ini. Bukan sahaja masa bahkan wang ringgit telah mereka korbankan ke arah jalan dakwah.

"Bekerjalah membantu agama Allah, anak-anak anda pasti di bawah jagaan Allah"
 Kata-kata ini datangnya dari seorang yang sangat saya hormati iaitu Puan Mastura Muhammad. Beliau juga seorang yang giat menjalankan kerja-kerja dakwah melalui pelbagai medium antaranya Nisa'. Akhlak anak-anak beliau juga semuanya boleh diibaratkan umpama "sejuk mata memandang".

Hikmah kisah dari Sweeden

Saya sempat bertanya pendapat beliau akan hikmah atau pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah pasangan Malaysia yang kini ditahan di Sweeden pertuduhan memukul anak di rumah.  Puan Nur Azlina mendoakan agar Allah melindungi keluarga tersebut dan moga semuanya berakhir dengan jalan penyelesaian yang terbaik.  Sedikit pandangan beliau berkenaan isu 'pukul' sebagai elemen untuk mendidik anak, katanya "Pukul lah kalau kita rasa kita perlu pukul".  Sesungguhnya hanya kita yang lebih memahami keadaan dan keperluan untuk melakukan perkara tersebut. Peringatan dari beliau, kalau perlu anak itu diberi pengajaran melalui pukulan, pastikan kita melakukannya dalam keadaan tenang dan tidak marah. Beliau berkongsi pengalaman beliau memukul anak," Saya pernah memukul anak saya sekali. Ketika itu usianya dalam 2 tahun. Saya lupa atas kesalahan apa tapi saya sedikit pukul punggung anak saya. Selepas itu anak saya terus membalas pukulan saya dengan muka yang kelihatan amat marah! Itu lah pukulan pertama dan terakhir saya. Sejak itu saya tidak lagi menggunakan pukul sebagai elemen untuk mendidik". Tambah beliau lagi, "Ammar jangan cakap lah. Dia anak yang baik dan tidak pernah dipukul.

Sekian catatan saya. Saya amat hargai sekiranya ada yang sudi berkongsi di ruangan comment akan tips atau hikmah pengajaran  yang dipelajari daripada kisah arwah Ahmad Ammar ini.