Thursday 13 November 2014

Macamana Nak Buat Anak Suka Sayur dan Buah

Masa kecil saya dibesarkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyihatkan. Kebanyakan sayur dan buah-buahan tu ayah tanam sendiri. Setiap kali makan, emak akan wajib ada lauk sayur.  Dan setiap kali makan sayur, ayah akan cakap, "Good Girl!" Jadi ianya jadi satu motivasi yang kuat untuk makan sayur supaya dapat gelaran "Good Girl" dari ayah.


Sehingga kini, dah besar pun saya suka makan sayur atas sebab 'feel good' factor. Siapa kata sayur sawi, kailan, peria tak pahit? Tapi semua tu jadi sedap di fikiran saya sebab saya tahu makan sayur adalah benda yang baik.  Masa kecil, manalah saya faham konsep keperluan zat dan vitamin kepada makan. Saya hanya makan sebab nak dapat pujian dari ayah dan emak. Mungkin sebab tu lah saya anak yang sihat bagai juara, tak pernah masuk wad masa kecil.  p/s: Masa saya masuk wad sebab nak bersalin anak pertama saya teruja sangat! Sebab tu pengalaman pertama masuk wad. Hahaa.


Walaupun saya tak berjaya tanam sendiri buah-buahan dan sayuran untuk anak. Tapi saya cuba tanam tabiat suka makan sayur dan buah-buahan tu dalam diri anak. Atas tu gambar buah nona moden. Masa kecik-kecik, saya suka sangat makan buah ni. Tapi buahnya kecik dan ulasnya lebih kental. Rindunya nak makan buah nona yang macam kat rumah Aunty Joyce. It taste sweeter and the texture is nicer.



Zat dan vitamin yang lengkap sangat penting untuk pembesaran fizikal dan mental. Sebab tu lah seboleh mungkin para ibu berusaha sedaya mungkin untuk tanamkan tabiat suka makan makanan berkhasiat pada anak-anak sejak kecil lagi.  Jangan ambil mudah akan kesan kekurangan nutrisi! Antaranya kesan tak cukup nutrien tertentu adalah seperti berikut:-
1) Kurang zat besi boleh akibatkan anemia
2) Kurang zinc sebabkan masalah kulit dan daya tahan melawan penyakit jadi lemah
3) Kurang vitamin B12 sebabkan anemia dan penyakit berkaitan dengan saraf
4) Kurang vitamin D tingkatkan risiko menghidap penyakit berkaitan dengan tulang seperti riket dan osteporosis
5) Kurang vitamin C sebabkan skurvi (gusi mudah berdarah)
6) Kurang vitamin A sebabkan rabun malam


Saya ada seorang anak yang sangat memilih dan tak makan sayur. Macam-macam helah dah saya buat. Antara helah yang agak berjaya ialah: Siapa makan sayur, otak jadi pandai, badan jadi kuat, kulit jadi cantik. Hehe..anak ni 'ladylike' sikit. Jadi kena masukkan unsur-unsur yang boleh pancing dia. Ataupun saya katakan, "Siapa makan sayur, atuk dengan nenek sayang". Maka semua berlumba-lumba nak makan sebab semuanya sayang atuk dengan nenek.  Ataupun helah lain, saya kisar sayur-sayuran atau potong kecil-kecil masuk dalam masakan. Walaupun saya tahu khasiatnya banyak terhapus dengan cara tu. Huhu.. 
 Rasanya bukan saya seorang yang berhadapan dengan masalah ni. 

Berikut saya share antara tips yang boleh kita guna jadikan anak suka makan makanan berkhasiat.
1) Ceritakan khasiat kebaikan makan sayur, buah-buahan dan makanan lain yang berkhasiat.
2) Puji anak setiap kali mereka memilih untuk memakan makanan yang sihat
3) Ceritakan kesan buruk makan makanan rapu dan yang tidak menyihatkan
4) Tunjuk gambar kesan akibat pemakanan tak sihat. Penerangan bergambaran akan menambah pemahaman mereka
5) Susun atur sayuran secara kreatif untuk menambah selera makan
6) Kurangkan gula-gula, makanan segera atau jajan. Makanan rapu yang sangat tinggi MSG dan garam akan menghilang deria rasa mereka terhadap rasa asli makanan seperti yang terdapat dalam sayuran.
7) Guna cara yang kreatif untuk memasukkan sayuran dalam makanan anak tanpa mereka sedari. Contohnya potong kecil-kecil

Disamping menggalakkan anak memakan sayur dan buah, kita juga boleh menampung keperluan zat makanan lengkap anak dengan pemakanan makanan tambahan yang dibuat daripada sumber asli seperti Shaklee Mealshake. Shaklee Mealshake mengandungi kesemua 19 jenis mineral dan vitamin yang penting terutamanya untuk anak-anak kita. Ramai ibu-ibu yang berpuas hati selepas memberi anak mereka minum Mealshake.  Bukan saja selera makan anak bertambah malahan taraf kesihatan mereka juga meningkat.  Anak yang mengamalkan Mealshake  sudah kurang bertandang ke klinik berbanding keadaan mereka sebelum bertemu dengan Mealshake.

Pengedar Shaklee Anda,
FAZA
whatsapp/sms: 012.335.3548
KLCC-Batu Caves-Seri Gombak


No comments:

Post a Comment