Tuesday, 31 March 2015

Tips Menghadapi GST

Tips GST Untuk Surirumah

Menunggu perlaksanaan GST mengalahkan tunggu nak sambut Aidilfitri. Mana taknya, setahun sebelum 1 April 2015, badan kerajaan dan swasta dah pulun buat sistem untuk 'menyambut' kedatangannya.  Separa surirumah seperti saya pula berdebar menunggu harga barangan lepas GST. Eh,tapi kempen dalam tv heboh cakap tiada kenaikan harga barang. #mitosjekot. Sekadar nak kongsi 3 cerita yang mungkin boleh jadi panduan sempena menyambut kedatangan GST yang ditunggu-tunggu *ikon-gelak-keluar-air-mata pliss



Weekend lepas saya menyibukkan diri borong beli barang rumah. 'Things like' diapers anak, sabun pencuci dan rakan2, susu anak. Stok untuk 2 bulan je pun. Tak mampu jugak nak buat stok setahun. Konon2 at least kurangkan sikit impak gst di awal 2 bulan ni. But 'seriously', sakit hati rasa memikirkan gst ni. Saya feeling saya buat penjimatan hebat lah sebab gi borong dekat pasaraya yang terkenal murahnya, NSK. Balik rumah saya ternampak pelembut pakaian jenama Softlan Magic Moment yang suami beli di Pasaraya Speedmart. Eh, saya dah beli ni kat NSK. Bila bandingkan harga,  harganya di NSK RM7.50 lepas tu di Speedmart pula hanya RM5.99. Hamboi..beza harga kedua produk yang sama ni sudah melebihi 6% GST. Ini belum GST lagi, kalau lepas GST? Tak tahulah.

Pagi tadi pulak saya buat ujikaji sempoi masa basuh pinggan. Saya memang guna pencuci pinggan Shaklee. Dikatakan setitik je pencuci ni tapi sangat berkuasa meninggalkan kotoran. Selama ni saya tak pernah la guna setitik. Paling kurang 3 titik yang dicampur dengan pencuci pinggan lain yang tak power. Pagi tadi timbul keinginan nak buat eksperimen pulak. Saya bancuh setitik dishwash Shaklee dalam sebesen air. Lepas tu saya masukkan pinggan mangkuk adalah dalam 15 biji dalam besen tu.  Sebelum letak tu saya dah lalukan air la kat kotoran sambal udang dan nasi lemak yang lekat di pinggan mangkuk (ewah, nak cakap juga masak nasi lemak semalam). Dan, saya gunakan kain sapu tangan (yang selalu dapat hadiah majlis kenduri kawin tu) untuk menyental. Dan hasilnya, memang amazing. Betul lah yang Shaklee claim bahawa setitik pun sangat power!

Ujikaji Shaklee Dishwash yang sangat menjimatkan

Petang pulak saya gi kedai mainan budak-budak. Hadiah untuk Haris lepas kena sedut kahak lepas tu siap berdarah bagai. Jap, side track jap. Saya gi Klinik Wangsa yang Dr Nadir Khan tu. Kat Internet memang dia popular sebagai pengamal teknik sedut kahak budak. Sehari sebelum tu saya dah pergi tapi tak dapat register. Saya sampai di klinik pukul 3 tapi appointment dah penuh sampai pukul 5! Dah jadi macam klinik kanak-kanak specialist in batuk kahak la pulak. Hasilnya pada Haris? Hmm, ok lah,keluarlah lendir2 dan sedikit kahak hijau. We'll see. Tapi masa menunggu kat kaunter nak ambil ubat, ada sorang makcik tu bagitau, dia memang bawa anak dia yang sekarang dah umur 30 tahun sampailah ke cucu-cucu dia ke klinik Dr Nadir Khan ni.  Ok, selesai side track. Sambung cerita mainan semula. Masa nak bayar tiba2 harga mainan tu mahal RM10 daripada harga yang display kat mainan. Bila saya tanya kenapa beza, dia cakap sistem dah capture harga baru dan dia tengah nak 'adjust' harga tu. Ahemmm...kenaikan harga hampir 10% okay! I bet tu harga lepas GST nanti. Esok lusa saya nak gi check harga mainan tu balik. Hamboi-hamboi..melampau sangat aih pekedai nih.

So, dari 3 cerita ni saya nak simpulkan 3 panduan di bawah.

Tiga Panduan Menghadapi GST 


Pertama, SELIDIK harga barangan. Kalau boleh memang kena simpan perbandingan harga barangan yang kita selalu guna di rumah. Tak semestinya kita beli di pasaraya yang 'tagline' dia cakap pasaraya murah, harga jimat etc etc, harganya betul-betul jimat. Dengar kata Pasaraya Mydin tanggung GST. Mungkin ni bakal jadi pasaraya pilihan untuk saya beli barang rumah lepas ni. Tapi ingat, kena ada list harga. 

Kedua, pilih barangan yang boleh membantu anda berjimat. Macam pencuci pinggan Shaklee Dish Wash yang saya guna tu. Tapi kalau dah beli barang yang macam tu, kena ikut la arahan barang tu betul-betul. Jadi untuk teknik jimat sabun cuci pinggan, anda mungkin boleh amalkan cara yang saya buat. Bancuh dalam besen besar - buang kotoran - rendam pinggan dalam besen - dan guna kain lap. Eh, saya pernah share Dishwash ni hebat boleh buang kotoran degil pada kenderaan. Boleh check entry ni

Tips ketiga, kena bandingkan harga barang yang kedai pamer dengan harga yang dia key-in masa nak bayar DAN wajib tahu jenis barangan yang kena GST. Lepas ni memang kena 'check' resit lepas bayar. Ambil masa until 'study' harga terutamanya ruangan GST. Untuk senarai harga barangan yang dikenakan GST, boleh rujuk sini.

Sharing last, bff saya pesan, GST yang perlu kita risaukan sepatutnya yang di bawah ni =) Yup, 'after all' kehidupan yang kekal abadi di akhirat kalau nak bahagia, kita tak boleh ada GST ni.


Tuesday, 16 December 2014

Kelas Sejarah Dengan Mimi

Kami pergi Muzium Negara! Obviously that's mother's choice la. Something historic, walking down the memory lane is my kinda thing that become more obvious nowadays. Currently, I'm into History and Geography! I wish I had that interest during school days.

Bergambar depan gerbang utama Muzium Negara
Keretapi lama
Membosankan? Itu remark yang baba cuba nak  convey bila saya bagitau nak bawa anak-anak ke sana. Well, since trip ni adalah Lady's Trip, lets put aside men's remark. 

Kami sampai sana dalam pukul 11 pagi, Alhamdulillah masih ada parking untuk kami. Bayar parking RM3 dan off we go to nearby place, Muzium Orang Asli. It's free entrance! Dalam tu banyak tunjuk barang-barang kesenian orang asli macam ukiran-ukiran kayu. Apa yang kami pelajari kat sana ialah tentang kehidupan orang asli dalam hutan.  Amaze juga bila tengok macam orang asli ni menggunakan hasil hutan yang sangat terhad untuk hasilkan macam-macam barang keperluan hidup. Salah satu fakta menarik yang kami belajar di sana ialah, kubur orang asli atas pokok! Mayat akan diletakkan dalam keranda yang diperbuat dari kayu. Kemudian keranda tersebut diikat di atas pokok.

Belakang tu adalah ukiran topeng yang dibuat dari kayu. Halus betul ukiran dia

Haa..gambar ni win! Macamana dia nak bernafas masa main seruling ni ya?
Lepas keluar Muzium Orang Asli, kami isi perut dulu. Makanan di cafe Muzium Negara sedap dan harga berpatutan. Tandas dia pun bersih dan selesa.


Lepas makan dan solat, baru kami masuk the real Muzium Negara! Entrace is free for below 12yrs and RM2 for adult. Sangat mesra poket =)

Pameran di Muzium Negara dibahagi mengikut fasa 4 zaman perkembangan tamadun manusia/Malaysia.  Iaitu Era Pra Sejarah, Era Kesultanan Melayu, Era Kolonial dan Era Pasca Merdeka. Jadi kami masuk mengikut fasa lah. Di Dewan A kita belajar tentang keadaan awal dunia. Macamana plat tektonik berlanggar dan akhirnya daratan terpecah menjadi negara-negara seperti sekarang.  Juga ditunjukkan peralatan yang digunakan oleh manusia pra sejarah. 

Bentuk tengkorak manusia yang dikatakan berevolusi mengikut zaman. 
Tak banyak gambar yang diambil di Dewan A. Auni dan Iman sibuk berlari ke sana sini sebab semua benda menarik jadi semua benda diaorang nak tengok.  Disimpulkan, banyak juga artifak era pra sejarah di Malaysia ditemui di Perak, Kelantan dan Pahang.

Ni pintu gerbang Istana Setul di Kelantan.

Gambar atas ni adalah pintu masuk ke Dewan B. Teringat dinding rumah moyang kat kampung. Pintu ni dibuat tak guna paku, instead guna paku kayu. Kalau nak tau macamana rupa paku kayu, sila berkunjung ke Muzium Negara. =)


Next, layan gambar la pulak ya.

Kesenian Melayu - Wayang Kulit

Takkan Melayu Hilang Di Dunia - Hang Tuah


Dewan C dan D tak begitu menarik (bagi saya) sebab zaman dah moden. Ditunjukkan beberapa kesan peninggalan penjajah dan juga gambar-gambar masa zaman perang dulu. Bawah ni replika pintu gerbang sebuah kota di Kedah.


Matawang lama dulu-dulu.  
Dulu tengok dalam buku sejarah je wang lama ni. sekarang tengok depan mata. Perasaan teruja tu yang buat saya suka datang Muzium. Tengok 'the real thing' depan mata. Benda yang dah berusia beratus tahun lamanya. Rasa macam get connected dengan masa silam - that excite me.
Basikal yang digunakan oleh Tentera Jepun masa nak masuk Malaysia
Di Dewan D yang paling best ada  dibuat mini panggung cerita kemerdekaan. Kami di sana pun kejap je sebab kaki dah penat.  Penghabis lawatan,kami masuk Pameran Senjata, yuran masuk agak mahal dan rasanya tak berbaloi bawa anak-anak masuk. Tapi takpe lah, dapat tengok replika pedang yang digunakan oleh sahabat Rasulullah. Besar!

Penutup lawatan, kita bergambar!
Auni

Iman

Mimi

Okay, setakat ni dulu kelas Sejarah kita =) We did had a great time, kan?!



Tuesday, 2 December 2014

Cerita Cuci Kereta Dengan Sabun Ajaib

"Ma selalu guna sabun pencuci pinggan je buat cuci kereta". Itu yang mak saya kongsikan tips dia untuk cuci kereta kalau takde sabun khas cuci kereta.  Maka petang tu bila anak-anak bosan duduk dalam rumah, saya ajak anak-anak cuci kereta.  Tapi bila nak ambil sabun pencuci, saya waswas pulak. Takut pulak Sunlight tu nanti rosakkan kereta. Walhal masa kecik-kecik dulu memang kami belasah je guna Sunlight buat cuci kereta. Bila nak guna kat kereta sendiri waswas la pulak.

Pastu teringat lah baru-baru ni saya ada beli pencuci pinggan Shaklee ni.  Katanya diperbuat daripada bahan organik iaitu kelapa dan jagung. Ianya dikatakan  lembut pada tangan maka saya harap ianya akan lembut juga pada kereta saya.

Nak tunjuk rupa rim tayar kereta yang kotor. Tapi gambar ni tak nampak kotor la pulak. Hakikatnya warna dia sangat kelabu seolah-oleh kena sembur dengan cat. Mula-mula kami anggap memang dah nasib tayar tu lah, langgar sesuatu yang tak boleh tanggal sebab lepas cuci kat carwash pun masih begitu warnanya.

Sebelum dicuci dengan Shaklee Dish Wash

Tadaaaa..selepas dicuci. Shine bright like diamond! 
Haa..untuk tunjuk perbezaan sebelum dan selepas, cuba tengok gambar di bawah ni. Ada secalit bahagian tayar yang saya lalukan dengan kain yang dicelup Shaklee Dish Wash.



Tengok kotorannya. Pekat macam minyak hitam atau tar,kan?!

Close up lagi..kasi nampak jelas...


Untung guna pekerja bawah umur ni. Upah biskut pun dah happy  *haha


Pekerja yang tak berbaju tu muncul di saat nak ambil gambar je. Tapi ambil upah sama dengan pekerja lain


" Haris jadi Supervisor la Mimi"..



Memang puas hati dengan hasilnya. Siapa sangka kotoran degil yang tak berjaya di cuci di kedai cuci kereta dengan mudah je hilang dengan Dish Wash ni.  Benar apa yang ditulis di botol Dishwash tu..

"If we hesitate to mention that fresh scented Dish Wash is soft on hands and the earth, it’s only because you might think it’s soft on grease. But trust us. You need only a few drops to tackle a pile of greasy dinner aftermath. Really just a few. This is an exercise in restraint."

ataupun dalam bahasa saya,

"Bukan tak nak cakap Dish Wash ni lembut pada tangan. Tapi kalau cakap gitu, nanti orang anggap Dish Wash ni tak cukup 'power' untuk hapuskan kotaran degil pada pinggan mangkuk. Tapi PERCAYALAH! Beberapa titik Dish Wash ni mampu bersihkan semua kotoran tu. Hanya BEBERAPA TITIK!".

Apa yang penting, KERJASAMA SEMUA KERJA - nyanyian Iman dan Auni masa kecik2 dulu.

Lagi fakta menarik tentang Shaklee Dish Wash ni yang saya petik dari laman rasmi Shaklee. Kesimpulannya memang pilihan bijak kalau setiap rumah ada pencuci pinggan ni. Pengalaman sendiri, walaupun saiz botolnya kecil, saya guna pencuci lebih sebulan. Tak perlu guna banyak tapi kotoran dan minyak pada pinggan mudah hilang. Kalau basuh bekas yang ada makanan/minuman basi, bau basi tu cepat hilang. Best!  Nak tau lebih lanjut, boleh pm saya di facebook/faza ncy ataupun whatsapp saya di 012 3353549. I'll be more than happy to share more =)

DISH WASH CONCENTRATE

  •     Mild on your hands
  •     Natural, sustainably sourced plant-based cleaners
  •     Long-lasting suds
  •     Leaves dishes sparkling clean
  •     Just a few drops to clean a sink full of dishes


Did You Know?
Some dishwashing liquids use petroleum-based surfactants, containing detergents such as diethanolamine (DEA) and sodium dodecylbenzensulgfonate. Both ingredients can be skin and eye irritants.Get Clean Dish Wash Concentrate does not contain these or other hazardous ingredients

The Shaklee Difference

Safe

  •     Nontoxic
  •     Hypoallergenic
  •     No chlorine
  •     Mild on your hands
  •     pH balanced
  •     No hazardous chemicals
Powerful

  •     Tough on grease
  •     Concentrated: wash more dishes with less
  •     Long-lasting suds
Green

  •     Natural, sustainably sourced ingredients (derived from corn and coconuts)
  •     Biodegradable
  •     No phosphates
  •     No dyes
  •     Recyclable packaging
  •     Safe for septic systems and gray water

Monday, 1 December 2014

Kesan Penuaan Sel


Vivix membantu melambatkan mekanisme penuaan sel dengan memberi perlindungan daripada 4 impak penuaan sel. Apa dia impak penuaan sel tu? Kenapa 4 je yang Vivix kawal, bukan 5 atau 10? The more the better, kan?

Impak penuaan sel merujuk kepada cara-cara sel menjadi tua. Dan cara-cara penuaan sel hanyalah ada 4! Maka, kalau boleh saya 'redefine' semula cerita tentang Vivix ayatlah ialah : Vivix memberi perlindungan daripada SEMUA impak penuaan sel. Hebatkan? Bukan 1 atau 2. Tapi SEMUA!!!

Ok, seterusnya, "Why we should be bothered by cell aging?". Kenapa sibuk sangat nak elak sel dari jadi tua? 

Sel adalah unit yang penting yang menentukan fungsi badan yang betul. Sel yang rosak tidak akan dapat berfungsi dengan betul. Sifat sel pula ianya akan 'duplicate'. Sel yang sihat akan duplicate sel yang sihat. Sel yang tidak sihat akan duplicate sel yang tidak sihat. Impak penghasilan sejumlah besar sel yang tidak sihat adalah penyakit! 

Biasa dengar tak penyakit-penyakit berikut ???
Diabetes aka kencing manis
Kanser
Penyakit Jantung
Alzheimer
Ini merupakan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan penuaan sel.

Ok, cukup setakat ini. Nanti saya akan huraikan bagaimana Vivix membantu dalam mengelak penuaan sel. Penutup entry, saya hadiakan informasi hebat berkenaan Vivix.

Pilihan di tangan anda. Buat pilihan yang bijak supaya tak menyesal di kemudian hari. Juga, masih tidak terlambat untuk menghadiahkan kesihatan dan kehidupan yang lebih baik kepada mak ayah. 

Nak tau lebih lanjut, boleh pm saya di facebook/faza ncy atau whatsapp 012 335 3549.

Thursday, 13 November 2014

Macamana Nak Buat Anak Suka Sayur dan Buah

Masa kecil saya dibesarkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyihatkan. Kebanyakan sayur dan buah-buahan tu ayah tanam sendiri. Setiap kali makan, emak akan wajib ada lauk sayur.  Dan setiap kali makan sayur, ayah akan cakap, "Good Girl!" Jadi ianya jadi satu motivasi yang kuat untuk makan sayur supaya dapat gelaran "Good Girl" dari ayah.


Sehingga kini, dah besar pun saya suka makan sayur atas sebab 'feel good' factor. Siapa kata sayur sawi, kailan, peria tak pahit? Tapi semua tu jadi sedap di fikiran saya sebab saya tahu makan sayur adalah benda yang baik.  Masa kecil, manalah saya faham konsep keperluan zat dan vitamin kepada makan. Saya hanya makan sebab nak dapat pujian dari ayah dan emak. Mungkin sebab tu lah saya anak yang sihat bagai juara, tak pernah masuk wad masa kecil.  p/s: Masa saya masuk wad sebab nak bersalin anak pertama saya teruja sangat! Sebab tu pengalaman pertama masuk wad. Hahaa.


Walaupun saya tak berjaya tanam sendiri buah-buahan dan sayuran untuk anak. Tapi saya cuba tanam tabiat suka makan sayur dan buah-buahan tu dalam diri anak. Atas tu gambar buah nona moden. Masa kecik-kecik, saya suka sangat makan buah ni. Tapi buahnya kecik dan ulasnya lebih kental. Rindunya nak makan buah nona yang macam kat rumah Aunty Joyce. It taste sweeter and the texture is nicer.



Zat dan vitamin yang lengkap sangat penting untuk pembesaran fizikal dan mental. Sebab tu lah seboleh mungkin para ibu berusaha sedaya mungkin untuk tanamkan tabiat suka makan makanan berkhasiat pada anak-anak sejak kecil lagi.  Jangan ambil mudah akan kesan kekurangan nutrisi! Antaranya kesan tak cukup nutrien tertentu adalah seperti berikut:-
1) Kurang zat besi boleh akibatkan anemia
2) Kurang zinc sebabkan masalah kulit dan daya tahan melawan penyakit jadi lemah
3) Kurang vitamin B12 sebabkan anemia dan penyakit berkaitan dengan saraf
4) Kurang vitamin D tingkatkan risiko menghidap penyakit berkaitan dengan tulang seperti riket dan osteporosis
5) Kurang vitamin C sebabkan skurvi (gusi mudah berdarah)
6) Kurang vitamin A sebabkan rabun malam


Saya ada seorang anak yang sangat memilih dan tak makan sayur. Macam-macam helah dah saya buat. Antara helah yang agak berjaya ialah: Siapa makan sayur, otak jadi pandai, badan jadi kuat, kulit jadi cantik. Hehe..anak ni 'ladylike' sikit. Jadi kena masukkan unsur-unsur yang boleh pancing dia. Ataupun saya katakan, "Siapa makan sayur, atuk dengan nenek sayang". Maka semua berlumba-lumba nak makan sebab semuanya sayang atuk dengan nenek.  Ataupun helah lain, saya kisar sayur-sayuran atau potong kecil-kecil masuk dalam masakan. Walaupun saya tahu khasiatnya banyak terhapus dengan cara tu. Huhu.. 
 Rasanya bukan saya seorang yang berhadapan dengan masalah ni. 

Berikut saya share antara tips yang boleh kita guna jadikan anak suka makan makanan berkhasiat.
1) Ceritakan khasiat kebaikan makan sayur, buah-buahan dan makanan lain yang berkhasiat.
2) Puji anak setiap kali mereka memilih untuk memakan makanan yang sihat
3) Ceritakan kesan buruk makan makanan rapu dan yang tidak menyihatkan
4) Tunjuk gambar kesan akibat pemakanan tak sihat. Penerangan bergambaran akan menambah pemahaman mereka
5) Susun atur sayuran secara kreatif untuk menambah selera makan
6) Kurangkan gula-gula, makanan segera atau jajan. Makanan rapu yang sangat tinggi MSG dan garam akan menghilang deria rasa mereka terhadap rasa asli makanan seperti yang terdapat dalam sayuran.
7) Guna cara yang kreatif untuk memasukkan sayuran dalam makanan anak tanpa mereka sedari. Contohnya potong kecil-kecil

Disamping menggalakkan anak memakan sayur dan buah, kita juga boleh menampung keperluan zat makanan lengkap anak dengan pemakanan makanan tambahan yang dibuat daripada sumber asli seperti Shaklee Mealshake. Shaklee Mealshake mengandungi kesemua 19 jenis mineral dan vitamin yang penting terutamanya untuk anak-anak kita. Ramai ibu-ibu yang berpuas hati selepas memberi anak mereka minum Mealshake.  Bukan saja selera makan anak bertambah malahan taraf kesihatan mereka juga meningkat.  Anak yang mengamalkan Mealshake  sudah kurang bertandang ke klinik berbanding keadaan mereka sebelum bertemu dengan Mealshake.

Pengedar Shaklee Anda,
FAZA
whatsapp/sms: 012.335.3548
KLCC-Batu Caves-Seri Gombak