Kami pergi Muzium Negara! Obviously that's mother's choice la. Something historic, walking down the memory lane is my kinda thing that become more obvious nowadays. Currently, I'm into History and Geography! I wish I had that interest during school days.
|
Bergambar depan gerbang utama Muzium Negara |
|
Keretapi lama |
Membosankan? Itu remark yang baba cuba nak convey bila saya bagitau nak bawa anak-anak ke sana. Well, since trip ni adalah Lady's Trip, lets put aside men's remark.
Kami sampai sana dalam pukul 11 pagi, Alhamdulillah masih ada parking untuk kami. Bayar parking RM3 dan off we go to nearby place, Muzium Orang Asli. It's free entrance! Dalam tu banyak tunjuk barang-barang kesenian orang asli macam ukiran-ukiran kayu. Apa yang kami pelajari kat sana ialah tentang kehidupan orang asli dalam hutan. Amaze juga bila tengok macam orang asli ni menggunakan hasil hutan yang sangat terhad untuk hasilkan macam-macam barang keperluan hidup. Salah satu fakta menarik yang kami belajar di sana ialah, kubur orang asli atas pokok! Mayat akan diletakkan dalam keranda yang diperbuat dari kayu. Kemudian keranda tersebut diikat di atas pokok.
|
Belakang tu adalah ukiran topeng yang dibuat dari kayu. Halus betul ukiran dia |
|
Haa..gambar ni win! Macamana dia nak bernafas masa main seruling ni ya? |
Lepas keluar Muzium Orang Asli, kami isi perut dulu. Makanan di cafe Muzium Negara sedap dan harga berpatutan. Tandas dia pun bersih dan selesa.
Lepas makan dan solat, baru kami masuk the real Muzium Negara! Entrace is free for below 12yrs and RM2 for adult. Sangat mesra poket =)
Pameran di Muzium Negara dibahagi mengikut fasa 4 zaman perkembangan tamadun manusia/Malaysia. Iaitu Era Pra Sejarah, Era Kesultanan Melayu, Era Kolonial dan Era Pasca Merdeka. Jadi kami masuk mengikut fasa lah. Di Dewan A kita belajar tentang keadaan awal dunia. Macamana plat tektonik berlanggar dan akhirnya daratan terpecah menjadi negara-negara seperti sekarang. Juga ditunjukkan peralatan yang digunakan oleh manusia pra sejarah.
|
Bentuk tengkorak manusia yang dikatakan berevolusi mengikut zaman. |
Tak banyak gambar yang diambil di Dewan A. Auni dan Iman sibuk berlari ke sana sini sebab semua benda menarik jadi semua benda diaorang nak tengok. Disimpulkan, banyak juga artifak era pra sejarah di Malaysia ditemui di Perak, Kelantan dan Pahang.
|
Ni pintu gerbang Istana Setul di Kelantan. |
Gambar atas ni adalah pintu masuk ke Dewan B. Teringat dinding rumah moyang kat kampung. Pintu ni dibuat tak guna paku, instead guna paku kayu. Kalau nak tau macamana rupa paku kayu, sila berkunjung ke Muzium Negara. =)
Next, layan gambar la pulak ya.
|
Kesenian Melayu - Wayang Kulit |
|
Takkan Melayu Hilang Di Dunia - Hang Tuah |
Dewan C dan D tak begitu menarik (bagi saya) sebab zaman dah moden. Ditunjukkan beberapa kesan peninggalan penjajah dan juga gambar-gambar masa zaman perang dulu. Bawah ni replika pintu gerbang sebuah kota di Kedah.
|
Matawang lama dulu-dulu. |
Dulu tengok dalam buku sejarah je wang lama ni. sekarang tengok depan mata. Perasaan teruja tu yang buat saya suka datang Muzium. Tengok 'the real thing' depan mata. Benda yang dah berusia beratus tahun lamanya. Rasa macam get connected dengan masa silam - that excite me.
|
Basikal yang digunakan oleh Tentera Jepun masa nak masuk Malaysia |
Di Dewan D yang paling best ada dibuat mini panggung cerita kemerdekaan. Kami di sana pun kejap je sebab kaki dah penat. Penghabis lawatan,kami masuk Pameran Senjata, yuran masuk agak mahal dan rasanya tak berbaloi bawa anak-anak masuk. Tapi takpe lah, dapat tengok replika pedang yang digunakan oleh sahabat Rasulullah. Besar!
Penutup lawatan, kita bergambar!
|
Auni |
|
Iman |
|
Mimi |
Okay, setakat ni dulu kelas Sejarah kita =) We did had a great time, kan?!
No comments:
Post a Comment