Friday, 12 September 2014

Cerita Makan-Makan

Cerita Makan-Makan

Food, that's describe me.  My definition of HAPPINESS. Lepas tu komplen cakap gemuk. And that's why i suka sangat baca blog mamatiamia sebab lepas gi blog ni mesti banyak je idea nak masak/makan apa.  Well, blog mamatiamia tu memang best pun!

Hari tu lepas tengok orang makan lobster kat rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, otak saya start la kreatif fikir nak cari kat mana.  And suddenly terfikirkan satu kedai Thailand kat Sungai Tua.  Restoren tu best sebab ada pondok untuk satu keluarga makan. Lepas tu kat situ ada otak-otak yang sedap! So, ke situ lah kita tuju malam tu untuk dinner.

Bila sampai kedai, Auni yang akan pilihkan tempat duduk

Ada zirafah comel. Bontot buat dari tempurung kelapa. Badan dari buluh, kot.
Mula-mula Auni nak duduk kat pondok lain. Tapi Baba tak setuju sebab situ secluded sikit, dekat dengan pokok dan banyak nyamuk. Mimi pun tak setuju sebab jauh dengan restoren (payah nak panggil waiter untuk tambah order nanti..hahaha).  Akhirnya kami pilih pondok yang paling hujung. Berdepan dengan tempat solat yang bersih dan selesa. Dan dekat dengan water fountain, ralik Haris tengok air terjun dan ikan. 


Baba Hensem. Haris tak hensem.
Haris Hensem. Baba tak hensem. 

Masa order, Mimi minta tomyam. Then Auni menyampuk, "Nak yang udang besar tu Mimi. Yang macam dalam tv tu". Well, we think alike my girl =) Selera kita pun selalu sama. Sebab tu Auni selalu cakap nak order makanan yang sama dengan Mimi. So here what we ordered that night.

Tomyam Udang Galah. 4 bintang! Ada santan sikit so tomyam pekat and creamy. Nyumm!

Bawal Sweet Sour. 3 binatang je. Mimi buat lagi sedap. Tapi ikan dia best,garing.


Somtam. Antara yang TERBAIK! Semua just nice. Gambar blur, rasa dia tak.

One happy customer. Lauk best macamana pun, Iman maintain makan nasi kosong.  Tapi bila kena paksa makan ikan, bertambah2 pulak makannya, tapi makan ikan aje lah.
Total bill, tak sampai RM50. Murah!! Sebab kita order air macam-macam jugak.  Lepas bayar, Baba cakap, "Esok boleh datang sini lagi". Hahaa..kenyang perut, senang hati.  Highly recommend lah kedai ni sebab complete pakej: makanannya sedap, ambience & tempat makan yang best, ada bilik solat yang selesa, dan MURAH!!!

Tapi saya tak ingat la nama kedai nya. Kedai ni belah kiri jalan on the way ke kawasan air terjun Ulu Yam, sebelum stesen minyak PETRONAS. Err..kalau nak tahu jugak kedainya nanti saya kena gi semula lah. Kalau ada orang nak tahu lah.

Wednesday, 10 September 2014

Haji: Jemputan dari Penguasa Alam

Ibadah Haji


Ibadah Haji merupakan kemuncak ibadah dari rukun Islam yang lima.  Ianya suatu jemputan istimewa dari Allah buat hambaNya :  Dhuyufurrahman atau Tetamu Allah.

Musim haji kali ni saya agak beremosi.  Air mata mudah mengalir bila dengar berita berkaitan haji. Dan lagi, ada tiga orang yang dekat dengan saya yang menjadi Tetamu Allah dan akan meninggalkan anak pada usia 2 tahun lebih. Sama dengan umur Iman ketika saya tinggalkan dulu.  Air mata saya pulak yang terlebih2 mengalir dulu daripada mereka. Sebab saya faham perasaan berat di dalam hati mereka. Perasaan yang tak mampu dirungkai. Perasaan yang saya lawan dengan kata pada diri sendiri "Ini suatu jemputan dari Allah. Semestinya Allah rancangkan semua yang terbaik untukku pada masa sekarang dan akan datang. Anak2 ku pasti di bawah jagaan Allah".

Anak ke dua, Iman, saya tinggalkan tanpa saya latih dia untuk putus susu.  Berpisah dia dengan saya itulah perpisahan diri dengan susu ibu. Alhamdulillah segalanya Allah mudahkan. Saya bengkak susu sekali saja semasa di Madinah. Allah mudahkan urusan tetamunya. Tetamu Allah, semestinya layanan teristimewa kerna Dia-lah yang memerintahkan supaya melayan tetamu sebaiknya.

Hanya beg ini yg boleh di bawa ke Masyair (Arafah-Mudzalifah-Mina)

Rindu


Semasa di sana, ada saya telefon anak-anak untuk melepas rindu. Tapi ia bukan sesuatu yang baik untuk anak2. Rindu saya mungkin sedikit terubat namun emosi anak2 saya tergugat.  Sedang elok mereka belajar untuk meneruskan kehidupan tanpa baba dan mimi di sisi tiba2 bilamana saya menelefon, perasaan sedih ditinggalkan tu timbul kembali.  Sudahnya saya belajar kuatkan semangat. Perasaan memuncak teringatkan anak adalah selepas ibadah haji sudah selesai.  Siksa rasa nak menunggu hari berlalu untuk pulang. Tapi ia satu perasaan yang merugikan. Pulang ke tanah air beerti berpisah dengan bumi berkah yang kita tak tentu samada akan berpeluang menjejaknya lagi atau tidak.

Seperkara lagi pengalaman bermakna ketika di sana adalah tentang kebergantungan total hanya kepada Allah. Setiap masa, tiap ketika dalam apa keadaan sekalipun, sama ada sedar atau tidak, tiap kejadian adalah atas izin Allah. Kita hamba yang lemah, adalah sangat2 mengharapkan kasih sayang dan perlindungan Allah.  Maka, doa. Doa. Doa.  Doa mohon pada Allah untuk semua perkara. Hatta sekecil-kecil hajat untuk dapatkan tempat solat di masjid pun doa. "Ya Allah, Kau berikan aku tempat solat yang terbaik dan selesa untukku beribadah ya Allah.  Depan hajarul aswad, ya Allah".

Berdoa


Berdoa setiap detik, untuk setiap perkara mohon Allah kurniakan yang terbaik.  Intipati yang saya dapat daripada buku Travelog Haji oleh Profesor Mohd Kamil Ibrahim.   Dan ianya antara pesanan utama yang saya bawa ke sana.  Dan kuasa berdoa memang LUARBIASA! Tabung Haji tetapkan insan lain sebagai roomate, namun Allah tentukan insan lain, YANG TERBAIK!

Pesan suami saya, amalan2 baik dan ibadah2 sunat yang kita lakukan di Tanah Haram, bukan khusus semasa di sana sahaja. Ianya sesuatu yang perlu dipraktikkan sepanjang masa, di seluruh bumi Allah. Aduh, satu teguran tajam yang sangat benar dari suami ketika saya bersedih tak dapat berlama-lama beribadah di Masjidil Haram.

Berdoa mohon yang specifik pada Allah.  Bijaksana dalam merencana ibadah sepanjang di sana. Jaga pertuturan. Baik sangka dan berfikiran yang baik-baik. Jaga perhubungan sesama manusia kerana akhlak itu terjemahan kepada iman kita. Ianya dibawah nilaian Allah. 


Mungkin ini antara pengajaran atau pesanan yang boleh saya kongsikan untuk teman yang bakal ke sana.  Selain tu, ikhtiarkan juga untuk menjaga kesihatan kerana ibadah haji merupakan ibadah yang majoritinya melibatkan pergerakan fizikal. Dahulu sebelum saya kenal Shaklee, saya bawa bekalan Multivitamin, Vitamin C dan COQ10 yang dibeli di farmasi.  Sebab kurang ilmu dan jurujual di farmasi pun tak dapat nak cadangkan apa supplement yang perlu saya bawa, maka itulah yang saya beli.

Haji Ibadah Fizikal - Jaga Kesihatan

Sekarang, dah ada ilmu sikit dan rasa seronkm nak berkongsi bila ada orang tanya jenis supplement yang perlu di bawa ketika di sana. Antaranya yang selalunya saya cadangkan adalah Nutriferon, ianya untuk tingkatkan antibodi melawan penyakit.  Seterusnya Vitalea-multivitamin untuk bekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk menyokong kesihatan badan. Ia juga jadikan badan kita bertenaga.  Saya juga sangat menggalakan bawa Performance Drink dan B Complex. Ini untuk mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelak kelesuan dalam cuaca panas ketika di sana. B Complex beri tenaga untuk kita beribadah dan moga-moga fikiran tenang, takde stress-stress bila berhadapan ujian di sana.  Untuk yang sakit-sakit lutut atau urat, saya cadangkan bawalah Ostematrix dan juga Advance Joint Health.  Ostematrix tu selain legakan sakit2 badan/pinggang, ia jadikan kita tidur lena dan bangun pagi dalam keadaan segar serta mudahkan urusan qada' hajat. Ini antara cadangan yang ada di fikiran saya setakat ni. Lain orang, lain keperluannya. Boleh hubungi saya untuk cadangan supplement yang sesuai.

Moga-moga tulisan ini memberi manafaat kalaupun tak banyak, sedikit kepada siapa yang membacanya. Feel free to share. 


fazariah.ncy@gmail.com
Shaklee Independent Distributor
COD Gombak-KLCC-Selayang
Antara supplement cadangan untuk bakal haji/hajah.

Tuesday, 26 August 2014

Homemade Natural Masker

A DIY Project With Kids

Cuba bayangkan apa akan jadi sekiranya Vivix dan ESP digabungkan? Tadaaaa!!!! Masker Muka yang hebat yang rasanya sedap di mulut dan sedap di muka. Diperbuat daripada bahan semulajadi yang dijamin selamat!  Kalau susah nak bayangkan hasilnya, sila rujuk model di bawa.

WELCOME TO MIMI & IMAN'S SPA!!!
  
 Abaikan potongan timun yang tebal macam nak makan cicah dengan budu itu. Model turun dapur dan potong sendiri.

Bahan Semulajadi

Kedua-dua bahan masker ini adalah hasil alam semulajadi dan selamat.  Tonik anti penuaan sel, Vivix merupakan supplement premium Shaklee. Vivix adalah supplement dalam bentuk cecair berwarna merah pekat, rasanya masam-masam manis hasil gabungan bahan-bahan semulajadi. Vivix ni kaya dengan resveratrol dan kajian membuktikan reveraterol ni berkesan melambatkan penuaan sel. Sebab tu, orang-orang yang mengidap penyakit yang berkaitan dengan penuaan sel seperti sakit jantung, diabetes akan rasa lebih sihat lepas amalkan Vivix

ESP atau Energizing Soy Protein pulak adalah produk Shaklee yang paling top, kegemaran semua orang.
Ianya sumber protein dalam bentuk serbuk yang dihasilkan daripada soya asli dan bukan GMO.  Apa bahaya produk GMO? Boleh baca di sini.  


Vivix diperbuat daripada bahan semulajadi yang terbaik

Khasiat Masker Soya

Hasil google menunjukkan pakai masker soya selama 15 minit je akan dapat khasiat-khasiat berikut : mencerahkan tona kulit, kurangkan garis halus dan tingkatkan kolagen. Dikatakan juga soya ni buat muka kita lembabkan dan lembut. Tu dia, tu baru pakai kat muka. Cuba kalau makan? Sebab tu ramai yang tak boleh putus stok ESP, sebab nak awet muda ya?! Banyak lagi khasiat soya di sini

Kak Ton rasa kak Ton cantik

Resipi Masker ESP dan Vivix

Ok, now resipinya. 1 sudu makan ESP dan 1/2 sudu teh vivix.  Nak tips penjimatan tak? Dek sayang nak bazirkan Vivix, saya ambil Vivix yang melekat dekat penutup botol. So sambil2 cuci bersihkan penutup botol, terus buat masker lah. Sebenarnya ini lah rahsia kenapa tiba-tiba kami bermasker.Penjimatan yang hebat dan bijak di situ..hoho. Mix air Vivix tu dengan ESP. Tak perlu banyak sangat air tu. Buat adunan yang sederhana pekat supaya boleh melekat di muka dan senang nak oles. Seriously, 1 sudu ESP tu banyak ya. Jangan membazir.

Gabungan 2 produk hebat menghasilkan masker yang Ultra Hebat =)

Aunty2 dan kakak2 sila lah cuba. Iman dan cuba, rasanya best! Kalau terkena mulut boleh jilat terus.
Saya cadangkan, di samping makan ESP dan Vivix, buatlah masker ni sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk hasil yang memuaskan. Sihat dalam, sihat luaran. InsyaAllah. Kami suka! Sebab lepas pakai muka rasa halus-mulus-rasa segar dan tegang dah tak tahu nak explain macam mana - sila cuba sendiri. =)

Bestkan supplement Shaklee ni.  Makan boleh, pakai pun boleh tanpa was-was. Sebab ianya memang selamat, semulajadi dan berkesan! Dijamin oleh Shaklee. Nak try? Boleh PM saya untuk order. Tawaran hebat menanti anda.


Love,
Faza

Shaklee Indepent Distributor
Delivery Gombak-KLCC-Selayang

Monday, 25 August 2014

Rainbow Loom

Demam gelang getah warna-warni atau nama glamour Rainbow Loom dah sampai ke rumah! Kenal benda ni Ramadhan yang lepas, lepas raya baru Mimi jumpa kedai yang jual. Bersungguh-sungguh Mimi cari (padahal kedai kat ofis dia jek) sebab Mimi pun suka main ni!
Satu set Raibow Loom buat hati anak-anak (dan mak) berbunga-bunga

Haa..ni dia alatan untuk buat gelang PLUS youtube ya. Untuk anda yang baru nak berjinak-jinak ataupun yang nak cuba design baru. Google aje "rainbow loom tutorial" berderet lah keluar video yang berkaitan.

Alatan khas warna putih dan 'jarum' warna kuning lah alatan utamanya.

Sekejap je Auni dapat tangkap step buat ni. Mula-mula saya ingatkan saya bakal cari susah beli benda ni sebab saya bayangkan nanti sayalah yang kena meminta benda alah ni. Salah rupanya! Jangan sesekali 'underestimate' bakat anak-anak ya =)

Haris main-main letak kat kaki lah sebab alat-alat semua kakak dah conquer. *ehh, apa bekas vitamin buat di situ..iklan..haha

Close up: Kakak Auni tekun buat gelang pertama dia
Agak obses dengan Raibow Loom ni sampai saya google ceritanya. Rupa-rupanya ianya hasil ciptaan anak Malaysia!! Wowwww... u make us pride Mr Cheong Choon Ng. Si bapa, seorang jurutera Nissan pada awalnya nak 'impress' anak-anak perempuan dia dengan kebolehan dia memintal gelang getah tapi akhirnya dia rasa susah sebab saiz jarinya yang besar.  Being an engineer, a problem is an opportunity for new invention. Akhirnya dia cipta alatan untuk memudahkan dia memintal getah. Dipendekkan cerita, rekaannya ini akhirnya mendapat sambutan luarbiasa di kalangan anak-anak sekolah.  Bahkan, anak-anak dah letak gadget, ipad dan bertukar main Rainbow Loom ni. Antara artikel berkaitan bolek klik di sini dan sini

Colorful like rainbow =) 
Dek permintaan yang sangat hebat, ciptaan Mr Ng ni banyak di cetak rompak. Hebatnya fenomena ni sampaikan Toys R Us pun tiru dan disaman oleh Mr Ng. Tak tau pulak saya apa hasil saman tu.  Dekat pasar malam pun ada jual benda ni. Harga dalam range rm12-rm17 jugak.  Atas semangat kesetiaan yang tinggi, saya cuba untuk cari Rainbow Loom yang asal. Malangnya tak jumpa =( Maafkan saya Mr Ng, saya dah cuba beri sokongan pada hasil anak tempatan. Tapi semangat membara tak sabar nak ber'rainbow loom' buat saya tak sabar untuk tunggu produk yang original sampai ke Malaysia. Saya beli yang ini dulu, harap cepat-cepatlah produk Mr Ng masuk ke pasaran tanah air.

..macam mami jarum dah jadi
Esoknya kami pergi breakfast kat Ikea. Auni dan Iman melaram dengan gelang ni lah. Tengok-tengok kawan kat meja sebelah pun pakai gelang ni. Masing-masing pakat jeling tangan masing-masing..haa..macam orang tua eh, tengok bling-bling orang lain.

Proud with her own creation. Great job, Auni!

Saya rasa fenomena Rainbow Loom ni  sesuatu yang bagus.  Di saat ibu bapa pening sebab anak-anak dah makin 'hook' dengan internet dan games sahaja, Rainbow Loom muncul sebagai alternatif. Raibow Loom ni bagus untuk ajar anak untuk fokus, sabar, berkreatif dan juga semangat kerjasama. Auni lepas buat untuk diri sendiri, dia buatkan untuk adiknya Iman dan juga satu special untuk Mimi! Untuk Mimi kena panjang la sebab tangan Mimi besar..haha..special dia design, ada dua ton warna. Lepas buat gelang, Auni buat cincin pulak. 

Mmm..mungkin lepas ni kita semua patut berkreatif dan ajar anak-anak main maianan masa zaman kita kecik-kecik dulu. Manalah tau lepas ni kita bakal cipta satu mainan kanak-kanak yang jadi fenomena macam Rainbow Loom ni jugak. kan?!

Friday, 22 August 2014

Anak Angkat Palestine?

Email berikut saya terima daripada Puan Lina Karim, ibu kepada dua anak yang cintakan Al Quran, Darwisya dan Darwish.  Isu yang Puan Lina tulis ni sangat menarik hati. Saya share di bawah.

Assalamualaikum Faza yang dirahmati Allah,

Saya ada dimaklumkan tentang usaha satu badan NGO untuk membawa anak yatim Palestin ke Malaysia. Memang ramai yang berminat. Saya percaya ini adalah disebabkan oleh rasa kasih sayang, perasaan ingin membantu dan kasihankan mereka. Apa lagi setiap hari kita dipaparkan di laman media dengan wajah-wajah comel mereka dibedil oleh Yahudi yang tidak berhati perut. Mereka hidup dalam keadaan yang penuh dizalimi.

Palestin adalah satu bangsa yang kuat. Bangsa yang diuji yang mewakili seluruh masyarakat Islam dimuka bumi. Mereka adalah satu bangsa yang "hidup nekad, mati berjihad" kerana mereka sangat dekat dengan kematian setiap hari. Tiada masa untuk mereka lalai, lupa atau leka. Samada untuk diri sendiri atau dalam mendidik anak anak mereka.

Berbeza dengan kita yang sentiasa lengah dan leka.  Bila anak merajuk tidak dibenarkan bermain ipad atau gadjet, ibubapa minta diberi satu dua ciuman, kemudian memberinya semula. Jika tidak dibenarkan menonton TV, mereka menangis mengamuk, kerana tidak mahu ianya berpanjangan, mereka bukakan TV itu semula. Jika disuruh mengaji, mereka tidak peduli, ibubapa berkata "Tidak mengapalah.. badan pun dah letih ni"

Bagi saya bukan anak Palestin yang perlu kesini tetapi ibubapa sini yang perlu untuk ke sana. Perlu untuk menerima tarbiah secara langsung tentang kehidupan yang makin suntuk masanya ini. Tiada lagi masa untuk lalai dan leka. Supaya mereka menghayati pentingnya mendidik generasi ditangan mereka itu yang akan bangkit membantu kebangkitan Islam akan datang.

Mungkin bangsa Palestin adalah bangsa yang diuji, dan kita pula adalah bangsa yang membantu yang sedang diuji? Tidak mustahil bagi Allah. Allah pernah memilih bukan Arab - Salahuddin Al Ayubbi, yang menjadi pembebas Palestin satu waktu dahulu, maka tidak mustahil ianya terjadi sekali lagi iaitu datang dari yang bukan Arab. Kita tidak boleh mengubah dunia diluar tetapi kita boleh mengubah dunia milik kita - iaitu diri kita, anak-anak kita, keluarga kita. Dunia akan bertindak mengikut apa yang telah kita ubah ini kemudiannya nanti.

Beruntunglah ibubapa yang mempunyai hati yang berada di Palestin tetapi tubuh berada di Malaysia. Itulah kita.. itulah saya.. itulah Faza.  Itulah dia ubat kepada leka dan lengah dalam mendidik anak. Semoga kita punya semangat berjuang dalam mendidik anak-anak dan beruntungnya kita disini adalah kerana kita diberi Allah kebebasan untuk membuat pilihan memberi yang terbaik kepada anak-anak. Tidak seperti ibu-ibu di Palestin yang serba kurang dan serba terbatas. Hargailah kelebihan yang Allah beri pada kita disini.

Untuk pengetahuan Faza. adalah menjadi cita-cita saya untuk melakukan apa yang terdaya dan berkongsi apa yang ada untuk membawa perubahan ini. Pada bulan Disember ini, saya akan mengadakan 2 seminar pada 2 hari - Sabtu dan Ahad. Semoga perkongsian seminar ini akan menjadi satu tsunami yang akan mencetuskan semangat ibubapa dalam mendidik generasi yang akan memenangkan Islam satu hari nanti. Perlu diingat, kegemilangan Islam satu waktu dahulu asasnya adalah anak mereka dididik menghafal al Quran sedari kecil. 

27 Dis 2014 (Sabtu)  
Seminar Mengajar Menghafal Al Quran Dari Bayi Kaedah Darwish Darwisya.
(Bagaimana mengajar anak menghafal al Quran hingga mereka boleh menghafal 3o surah terakhir pada umur 3 tahun) 

28  Dis 2014 (Ahad)
Seminar Pareting Al Fateh 
(Bagaimana Al Fateh Dididik hingga beliau menjadi Pembuka Kota Konstantinopal yang mashyur satu ketika dahulu)

Untuk keterangan lanjut atau pendaftaran, sila layari http://member.islamicparentingnetwork.net/wp/kursus/

 Ikhlas dari, 

Lina Karim 


Jom bina semangat Palestine dalam jiwa anak-anak kita! Moga Allah mudahkan usaha Pn Lina. Saya dan suami pernah menghadiri seminar Puan Lina. Apa yang dikongsi adalah ilmu keibubapaan yang sangat kita perlukan. Pergilah!