Bait-baitnya ringkas tapi cukup untuk menggambarkann seluruh perasaan kerisauan dan pengharapan seorang ibu terhadap anaknya.
Tuesday, 8 July 2014
Arjuna Beta
Bait-baitnya ringkas tapi cukup untuk menggambarkann seluruh perasaan kerisauan dan pengharapan seorang ibu terhadap anaknya.
Monday, 7 July 2014
Tips Puasa Kami
Menu sahur pula, sebolehnya sediakan lauk kegemaran mereka. Untungnya anak-anak saya ni sempoi je selera mereka. Auni seleranya sebiji ibunya, senang kerja. Iman lagi senang..nasi kicap pun jadi..hahaa..Tahun ni sahur anak-anak akan saya tambahkan dengan Mealshake. Ini untuk pastikan badan mereka dapat nutrient dan mineral yang cukup. Cerita tentang kebaikan Mealshake kepada anak-anak boleh rujuk di sini. Satu lagi menu wajib sahur anak-anak nanti ialah, Performance Drink (PD). PD ni fungsi dia untuk kekalkan bendalir dalam badan. Iyalah, rezeki tahun ni kita berpuasa dalam suasana panas yang agak melampau. Besar ujian, besar ganjarannya, InsyaAllah.
Tips Berbuka
Tips Terawih Bersama Anak-anak
Ada masjid yang prihatin, disediakan tempat bermain untuk anak-anak macam di Masjid Besi, Putrajaya juga di Masjid Saidina Hamzah di simpang Wangsa Maju Seksyen 1 (tapi tempat mainnya di luar,mungkin kurang sesuai bagi anak-anak kecil). Masjid Saidina Hamzah di Taman Batu Muda dan Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak pun sesuai untuk terawikh bersama anak-anak. Sebab kedua-dua masjid ni punya ruangan solat yang luas untuk wanita (read: ruang untuk anak2 kita beraktiviti) dan juga disediakan perpustakaan untuk anak-anak! MasyaAllah, tabarakallah. TERBAIK! Pun begitu, dalam keadaan sekarang yang digemparkan dengan kes culik kanak-kanak yang membimbangkan, rasanya kita kena lebih berhati-hati dalam memilih lokasi masjid.
2. Tips Menunaikan Solat Terawikh
Satu lagi tips ialah memilih saf. Semestinya saya pilih saf di bahagian belakang dan tepi-tepi supaya mudah saya sediakan ruangan untuk anak-anak solat (dan bermain). Ilmu yang saya dapat semasa kursus haji yang lalu, kita akan dapat pahala berjemaah selagimana kita solat di dalam masjid, meskipun kita terputus daripada saff. Namun, terputus saff akan menyebabkan kita tak dapat pahala saff. Semestinya saya nak rebut dua-dua, tapi dalam keadaan bawa anak kecil, dapat pahala berjemaah pun dah jadi sesuatu yang sangat saya hargai.
Kalau di Masjid Persekutuan, Jalan Duta, disediakan ruangan yang agak besar di dalam masjid untuk kaum wanita bersalin pakaian. Dan ruangan tersebut bertutup. Selalunya di ruangan itulah saya solat bersama anak-anak. Kelebihan Masjid Persekutuan ialah ada pengawal keselamatan wanita yang menjaga ruangan solat di samping imamnya yang ala-ala imam Mekah, dan ada aircond! Well, sekarang dah banyak masjid yang ada aircond. Alhamdulillah. Tapi minggu lepas saya bersembang dengan sahabat saya katanya Masjid Wilayah dah tak benarkan bawa kanak-kanak ke ruangan masjid. Takpe, ni ada satu lagi masjid yang best yang mesra kanak-kanak iaitu Masjid Besi, Putrajaya. Di situ ada tempat mainan kanak-kanak lengkap dengan pengawal keselamatan. Kawan saya yang berterawikh di sana beritahu dalam dewan solat pun ada pengawal keselamatan wanita, tak ada la kita risau sangat masa solat tu. MasyaAllah. Sangat beruntung penghuni Putrajaya ni.
3. Tips Bawa Anak Terawih
Tahun lepas sahabat saya menghadiahkan telekung solat berwarna maroon, hadiah dari Jakarta. Masa nak pakai ke masjid saya berfikir-fikir, takut nampak tabarruj atau nanti mengganggu khusyuk solat jemaah lain. Tapi sebab semangat nak sambut Ramadhan, saya pakai juga telekung tersebut. Masa tu saya ada pembantu rumah, jadi saya bawa dia dan tiga anak saya. Paling kecil masa tu tengah suka merangkak. Satu kelebihan yang saya dapat dengan memakai telekung yang 'tabarruj' tersebut, anak-anak saya mudah kenal saya di antara jemaah-jemaah lain. Jadi mereka tidak mengganggu jemaah lain, malahan mereka akan duduk dekat dengan si telekung maroon. Hehe, boleh jadi ini satu tips yang boleh membantu para ibu- cari telekung yang menonjol berbanding jemaah lain. (letak sekuntum bunga besar kat sanggul ke...hehe)
Cuma, sedikit peringatan untuk saya sendiri, jangan pula keghairahan mengejar pahala sunat terawikh menyebabkan kita menjadi asbab orang lain solat tak khusyuk. Kadang-kadang ada masanya anak kita buat perangai terjerit-jerit, atau bergolek-golek depan jemaah lain yang sedang solat. Pada pendapat saya, adalah lebih baik kita berhenti solat dan melayan anak kita terlebih dahulu. Mereka lebih berhak dilayan dan jemaah lain pula berhak untuk mendapat solat yang khusyuk. Moga Allah sampaikan hajat kita untuk mentarbiyyah anak mencintai masjid dan juga memelihara silaturrahim kita sesama muslim. InsyaAllah. Saya pernah share sedikit tips berkenaan solat di masjid bersama anak-anak di entry yang lepas yang mungkin boleh anda cuba.
![]() |
| Selamat Berterawih bersama anak-anak! |
Rasanya cukup setakat ni sahaja. Saya harap ada antara tips ramadhan bersama anak-anak yang saya kongsikan ni yang boleh membantu anda. Saya juga sangat hargai tambahan tips dari ibu-ibu lain.. Selamat Berpesta Ibadah, moga diberi kesihatan dan kekuatan untuk beridah seterusnya jadi graduan Ramadhan yang cemerlang. Juga, Allah sampaikan hajat kita untuk jadikan anak kita ahli masjid, InsyaAllah.
Sunday, 6 July 2014
Teknik Blogging Berkesan
Wednesday, 25 June 2014
5 Sebab Orang Tak Suka Shaklee
Jom kaji kenapa. Boring asyik dengar orang gebang pasal kebaikan Shaklee je. Sekali sekala kita kena lihat dari sudut pandang yang berbeza, sebab bola itu bulat. Eh?!!
1) Sebab Shaklee ni MLM..maka, produknya tak sepatut berkesan dan bagus..tapi ramai pulak yang makan dah rasa kesannya yang superb. Siap recommend kat orang lagi..beli pulak bukan dengan calang2 orang, dengan pengamal kesihatan yang bertauliah oleh kerajaan! Menyampah2..dah terpaksa terima hakikat lalu join jadi ahli .
2) Sebab tak dapat 'utilised' sepenuhnya cuti sakit aka MC yang company bagi. Bila makan supplement Shaklee tak berkesempatan nak ambil MC, sebab sihat memanjang. Dengan izin Allah semestinya.
3) Sebab produknya ada polisi pulang balik kalau tak berkesan. Masalahnya polisi tu tak boleh digunapakai langsung! Sebab memang berkesan..adoii..dah terpaksa repeat order.
4) Sebab kalau nak gi oversea selalu kena tahan lepas tunjuk passport. Depa kata guna passport orang lain. Muka dalam gambar tak sama. Muka sebenar nampak muda, hensem, kacak bergaya, tak macam dalam gambar yang macam pakcik. Semua tu salah shaklee! Makan omega dgn vivix tak pasal terkurus dan terhensem. Buang masa tau nak kena justify kat pegawai..macam penjenayah kot!
5) Sebab yang kelima ni bos2 je yang rasa. Syarikat hilang ramai pekerja berpotensi tinggi sebab depa resign. Bukan apa, terpaksa.. sebab gaji yang company bagi tak sampai 30% bonus Shaklee.. haish... dah company kena recruit dab retrain staff baru.
Disclaimer: Semua sebab di atas adalah kisah benar. Ada cerita saya, ada cerita dari orang yang saya kenal rapat. Kalau kategori hadis, entry ni boleh dikategorikan sebagai 'hadis sohih'.
Berminat nak jadi no 5? Jom kita sembang
Shaklee Independent Distributor,
fazariah.ncy@gmail.com
Fb: faza ncy
Sunday, 1 June 2014
Our Beauty Start From Within
Lets be beautiful inside out
Our outer world is the result of our inner world. So if we want to have beautiful life lets begin with beautiful mind.
Hello June! Ahlan wa Sahlan Syaaban.
Lets be a beutiful servant of Allah and ummah of Rasulullah
Beautiful Ramadhan 1435 graduate-insyaAllah. All start NOW! Lets gear up everthing. InsyaAllah.
Cleasing and beautify the inner parallel with the outer.
I'm continuing 8 weeks Shaklee Collagen Powder challenge. Significance improvement already observed on my skin textures. Alhamdulillah. Interested to join? PM my fb : fazancy
#90dayschallengebegin


