Takkan ku biarkan walau ribut yang menyentakmu tidur..
Bait-baitnya ringkas tapi cukup untuk menggambarkann seluruh perasaan kerisauan dan pengharapan seorang ibu terhadap anaknya.
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semunya tak serupa
Air mata saya menitis sehabis bait ini. Kerana begitulah gambaran perasaan saya tiap kali saya memandang wajah anak-anak ketika mereka tidur. Syukur saya dilahirkan dalam keadaan aman dan bebas untuk mengamalkan Islam. Tapi saya tak tahu macamana kehidupan yang bakal anak-anak saya tempuh. Kuatkan meraka jika diuji?
Kan ada satu ketika
kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul anaknda tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Tiap kali terlintas perasaan ini, saya pujuk hati bahawa insan dengan iman yang kukuh akan cekal dan teguh dengan ajaran Islam sejati walau apa yang datang menguji. Jadi tugas saya adalah memberi bekalan ilmu cukup pada anak-anak moga mereka membesar dengan iman di dada.
Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Anak-anakku, ingat segala pesan Mimi dan Baba juga guru-guru anaknda. Mimi dan Baba cuba berikan yang terbaik moga anak-anak punya bekalan terbaik dalam mengemudi kehidupan.
Ngeri tak terbayang mata
Bonda tak sentiasa ada
Perasaan sayang pada anak kadang-kadang buat saya terfikir yang bukan-bukan. Kalau sekarang anak-anak masih mahu dicium di gomol, besar nanti bila anak dah jadi milik orang, masih adakah ruang sayang anak pada ibu yang dah tua ni. Hehee..melampau perasaan ke'aku'an ni kan? But I could'nt help it my children because I love all of you too deep.
Nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anaknda
Subhanallah, sangat halus perasaan keibuan dan kecintaan seorang Fynn Jamal. Saya doakan moga Allah panjangkan usianya dengan kesihatan yang baik dan ilham yang mencurah-curah untuk terus berkarya dengan bahan-bahan yang mendidik jiwa. Moga usahanya dikira amal disisi Pencipta Alam. InsyaAllah.
jangan lupa Mimi ya, Auni Iman Haris.. :'(
No comments:
Post a Comment