What a lovely Saturday we had today kids! Its all started from Pn Zainon's whatsapp asking for any volunteer to join the TV9 kids programme. Thinking that its an oppurtunity not to be missed and great new experience for the kids, Mimi quickly volunteered Iman and Auni.
Mimi hanya membayangkan ini satu pengalaman baru sehebat pengalaman di Kidzania untuk Auni dan Iman. Bezanya kali ini ianya merupakan produksi rancangan televisyen yang sebenar. Tanpa Mimi tahu bahawa ianya adalah ujibakat. Bila Ustaz Hassan tanya siapa yang akan diujibakat, Mimi terus melopong. Anyway, here we are, at Sri Pentas!!
Turut bersama ialah anak jiran yang juga kawan baik Auni Iman, Ina namanya. |
Kita sampai di sana sekitar jam 9 pagi. Sampai je kita dihidangkan dengan makan dan minum pagi yang lazat. Alhamdulillah, very thoughtful orang MediaPrima nih. Usai isi borang, mulalah sessi uji4bakat. Auni dapat giliran ke 5. Bila Auni lihat kawan-kawan lain diujibakat, Auni nampak risau. Bila sampai giliran Auni, Auni gelabah, sebijik macam Mimi. Mimi hanya senyum-senyum dan tunjuk 'Good' dekat Auni. Mimi tak nak 'pressure' Auni coz I really want you to learn something and gain as much as experience during the session. Pandai pulak abang jurukamera dan kakak-kakak produksi memujuk dan bersembang-sembang dengan Auni untuk hilangkan gabra Auni. Mungkin sebab sebelum ujibakat bermula, Auni dah sembang-sembang dengan jurukamera tu, maka jurukamera tu lebih kurang dah tau Auni ni macamana. Alhamdulillah Auni kuat semangat dan berjaya kuasai rasa takut. You've try very hard and I'm so proud of you. Jadikan pengalaman ni sebagai sumber kekuatan untuk Auni menghadapi cabaran di hari muka. To be the winner, you have to.conquer your own fear first. And this you've made it!
Iman dan lukisannya. Kalau tak beri buku dan pen dekat Iman, tak berhenti Iman main lompat-lompat kat bantal bean tu. |
Iman pulak, tak buat ujibakat. Sebabnya ada orang kata Iman terlalu kecik. Tidak sesuai untuk program tu. Masa ujibakat bermula, Iman keluar dari studio dengan muka redup sambil cakap "Orang tu kata Iman budak kecik, tak boleh masuk TV". Mujur kejap je redup tu dah hilang dari muka Iman.
Its a real 'Kidzania'! |
Di penghujung ujibakat, anak-anak di suruh berlakon sekejap bersama Atuk iaitu Yang Dihormati Ustaz Datuk Hasan Din Al Hafiz. Krew nak tengok keserasian Atuk dengan cucu-cucunya. Alhamdulillah, it turn out well. Atuk memang pandai bersembang dan melayan cucu-cucu sehinggakan mereka tak sedar mereka sedang dirakam. Iman seperti biasa, suka buat photobomb. Atuk bersembang dengan cucu-cucu atas sofa, Iman sibuk buat lukisan di meja meja tepi sofa. Atuk tanya, "Dalam kubur ada apa?" Iman dengan selamba dan lantang jawab, " Ada cacing!" Atuk balas, "Dalam kubur ada wakil Allah. Siapa wakil Allah dalam kubur?" Senyap. Cucu-cucu tiada yang jawab. "Malaikat" jawab Iman si photobomber. Hahahaa..sudahnya Atuk cadangkan Iman dimasukkan juga untuk ujibakat.
The kids really enjoy their moment with Atuk. Alhamdulillah. |
Alhamdulillah, banyak sangat pengajaran dan pengalaman yang kita timba hari ni. Mimi nak kongsi di sini untuk panduan Auni dan Iman di kemudian hari.
1. Choice. Chance. Changes
Mimi terbaca kata-kata motivasi berkenaan 3C yang ditampal di lrt KLCC. Kata-katanya lebih kurang macam ni: Pilihlah untuk mengambil peluang (Chance). Dengan itu kita akan buat perubahan (Changes). The words keep playing in my mind masa naik lrt tu. Mimi balik rumah dan share dengan Baba kata-kata tu. Sekiranya kita mengharapkan berlaku sesuatu perubahan dalam hidup kita, langkah pertama yang perlu kita ambil adalah dengan membuat pilihan dahulu. Kalau kita nak berjaya, buat pilihan (Choice) yang membawa kita ke arah itu serta rebutlah peluang tersebut. Dah buat semua tu baru lah kita boleh harapkan berlakunya perubahan! Masa baca mesej Pn Zainon dalam whatsapp group taska Iman tu, Mimi teringat 3C inilah maka terus Mimi beri nama Auni dan Iman. Follow your instict, jangan fikir banyak. Bila hati Mimi rasa ragu-ragu betul ke ni, Mimi terus fikir dan letak kenyakinan ianya sesuatu yang baik. Bila Mimi terfikir siapalah nak jaga Haris masa nak bawa Auni Iman ke Seri Pentas, terus Mimi cakap dalam hati, "Mesti ada jalannya. Kalau tak ada siapa yang boleh jaga,takpe dengan Haris sekali kita pergi". Instead of finding excuses, we find solution.Okay Auni Iman?
1,2,3 Action!! |
Hai kawan-kawan, nama saya Auni. Bersama saya dalam rancangan....Pesan Atukkk.. |
2. The Power of Imagination
Suatu hari, dalam perbualan di telefon Nenek suruh Mimi bagi Auni dan Iman tengok rancangan Pesan Atuk. Nenek cakap, nenek suka sangat tengok program tu sambil membayangkan cucu-cucunya yang menjadi tetamu dalam program tersebut. Subhanallah, siapa sangka imaginasi Nenek tu jadi kenyatan meskipun hanya melalui ujibakat. So, ingat tu Auni dan Iman, jaga apa yang Auni dan Iman fikirkan setiap masa. Fikirkan perkara yang baik-baik aje. Keluarkan kata-kata yang molek sentiasa. Sebab mana kita tahu di saat kita berfikir atau berkata-kata tu, adalah saat yang mustajab doanya. Setiap lintasan hati atau kata-katanya pada masa tu mungkin dimakbulkan. "Auni anak solehah. Iman ahli syurga", things like that. InsyaAllah.
Photobomb..that's my middle name. |
3. Jangan sesekali Patah Semangat dengan Kata-kata Orang
Meskipun orang kata Iman tak boleh masuk ujibakat dan buat Iman sedih, Alhamdulillah Iman masih boleh maintain ceria dan 'Be Your Self". Iman jadi diri sendiri yang ceria dan tegur krew-krew lain. Bagus. Mimi harap anak-anak Mimi boleh kekalkan sikap macam ni. Jangan sesekali patah semangat atau terpengaruh dengan kata-kata negetif dari orang luar. Kata-kata negetif tu tidak patut jejaskan semangat dan siapa diri anak-anak Mimi yang sebenarnya. Beginilah kehidupan anak-anak. Kita tak mampu nak menghalang atau mengawal kata-kata orang. Tapi kita mampu mengawal emosi kita serta cara kita menerima sesuatu perkara. Orang yang berjaya adalah seorang yang melihat sesuatu masalah atau ujian sebagai suatu Cabaran. Bila diberi kata-kata negetif, terimanya sebagai suatu cabaran dan jadilah macam ikan di laut. Isinya tetap tawar meskipun hidup di lautan yang masin. Masih kekal jati diri tidak terpengaruh dengan persekitaran luar yang tidak sihat.
TQ Iman tolong snapkan gambar Mimi. Cukup untuk disimpan jadi kenangan. Blur pulak tu, I like! |
Hai pelawat! |
Above all, its all about grabbing the oppurtunity. Raaaamai lagi anak-anak yang layak untuk turut sama sertai ujibakat ni. Auni dan Iman sama sahaja dengan anak-anak lain, tiada yang lebih tiada yang kurang. Bezanya, Auni dan Iman Allah beri peluang untuk bertemu dengan orang yang tepat pada masa yang tepat. So anak-anak, tiap masa doalah moga-moga sentiasa ditemukan Allah dengan insan-insan dan peluang-peluang terbaik. Sentiasa fikir positif dan sentiasa doa mohon anugerah terbaik dari Allah. Dia sentiasa mendengar. Dan, Dia suka mendengar doa hamba-hambaNya. Doa Mimi, anak-anak Mimi dikurniakan kehidupan yang TERBAIK di dunia dan akhirat.
Auni. Ina. Iman |
No comments:
Post a Comment