Wednesday, 19 February 2014

Rahsia Susu Banyak

Selepas melahirkan dan masa dalam pantang, alhamdulillah susu  badan saya cukup untuk ketiga-tiga anak saya. Tapi jangan fikir production susu saya banyak atau cukup sepanjang masa. Saya juga mengalami zaman gelap: production menurun. Jadi di sini, saya nak share my lessons learnt, pengalaman susu merundum, penyebabnya beserta usaha-usaha yang dikenalpasti berjaya menambah kembali hasil. Moga-moga ada manafaatnya.

Production susu saya yang paling merundum dua minggu lepas. Masa ni saya hanya dapat 2oz dalam satu sesi pum. Puncanya Haris kena HFMD, mulutnya penuh ulser dan dia tak dapat direct feeding.  Saya pula mampu pam sekali sahaja sepanjang hari. Handle dua anak yang kena hfmd memang buat saya tak menang tangan. Situasi pam 1x sehari ni berlaku selama 4 hari.  Next week bila masuk pejabat tu lah saya dapat 2oz sahaja. 

Pengalaman mahal ni menambah keyakinan saya akan apa yang lactation counsellor (LC) cakap iaitu kekerapan mengosongkan 'breast' (B) dan juga 'direct-feeding' sangat-sangat lah memberi kesan kepada jumlah production susu. Fungsi supplement adalah membantu menghasilkan atau meningkatan prolaktin dalam badan. Prolaktin adalah sejenis hormon yang penting dalam merangsang penghasilan susu. Jumlah susu yang banyak pula bergantung kepada kekerapan kita mengosongkan B kita. Kalau B tak dikosongkan, tiada susu baru dihasilkan, maksudnya jumlah susu maintain setakat tu je. Ibarat air dalam cawan, kalau nak tambah air lagi kita kena kosongkan dulu.  Begitu analogi mudah untuk faham. 

Cuma bezanya B kita dengan cawan, B kita pandai.  Kalau kekerapan mengosongkan B tu berkurangan, lama kelamaan B akan kurangkan jumlah penghasilan susu. B kata " Eh, baby tuan aku ni perlukan banyak ni je..so tak payah produce banyak". Jadi, kalau nak susu banyak, kita kena bagi signal yang baby kita erlukan banyak susu. Apa signal yang tepat? Kekerapan sesi mengosongkan B.  LC beritahu, untuk maintain production susu yang baik, jumlah pengosongan B mestilah sekurang-kurangnya 8 kali sehari. Ikutlah, 8 kali pengosongan melalui pumping atau 4 kali pumping dan 4 kali direct feeding atau lain-lain kombinasi ikut kesesuaian anda.  Tips saya, kalau anda perah susu guna pam, sudahi sesi tu dengan pam guna tangan. Sebab ianya akan pastikan B anda benar-benar kosong. Belajarlah tekniknya, nampak macam susah tapi sebenarnya tidak.

Selain faktor kekurangan sesi 'mengosongkan' B, saya dapati stress, penat, badan tak sihat, diet yang melampau juga beri kesan kepada hasil B.  Kesemua faktor ni mengakibatkan kurang susu dihasilkan kecuali diet yang melampau. Kesan berdiet adalah susu badan jadi cair, tak bagusnya susu cair ni anak kita lambat nak kenyang bila menyusu. Akibatnya sepanjang malam anak menyusu, lenguh pinggang dan badan tidur mengiring. Itu tak apa lagi,boleh tahan. Tapi kesiannya bila anak merengek dalam tidur, tandanya perut tak kenyang. 

Macam ibu-ibu lain, bila 'production' merundum, usaha meningkatkan 'production' akan giat dijalankan lah. Rasanya saya dah share tentang ni dalam post saya sebelum ni.  Post kali ni saya nak share tentang kebaikan mengambil supplement dalam membantu saya meningkatkan 'production'. Kalau ada yang tanya, perlu ke ambil supplement? Bagi saya jawapannya 'YA'.  Bukankah seronok kalau usaha kita nak tambah susu berjaya dan cepat nampak hasilnya.

From 2 oz to 15 oz

Alhamdulillah, saya berkesempatan mencuba setiap supplement dalam Set Menyusu Shaklee ni sejenis dalam satu-satu masa.  Jadi di sini saya simpulkan apa supplement terbaik mengikut keadaan badan saya.

 1) Ostematrix


Ostematrix (Oste) merupakan supplement terakhir di dalam rangkain Set Menyusu Shaklee yang saya cuba. Tujuan asal saya ambil Oste sebab saya nak memenuhi keperluan kalsium dalam badan.  Pinggang saya lenguh-lenguh selama seminggu sebelum 'period' dan juga gigi yang cepat berlubang, itu lah antara petanda kurang kalsium yang saya rasa.  Kebetulan pula, saya mula ambil Oste ni ketika bercuti jaga anak-anak yang kena HFMD.  Satu hari saya disiplinkan diri ambil Oste ni betul-betul dan ubah cara makin.  Keesokan harinya semasa di pejabat saya mengepam sampai melimpah-limpah basah baju.  Menariknya hari tu memang saya tak sempat makan Alfalfa, Vitalea atau ESP lagi. Maka sah-sah lah,dengan izin Allah,  Oste ni lah pembantu yang meningkatkan produksi susu saya dari 2oz sebelum ini kepada 15 oz. Teruja dengan hasilnya yang hampir sama dengan hasil perahan masa anak umur 4 -5 bulan, saya kongsikan bersama gambar di atas tu. Kongsi ni untuk beri semangat bahawa 2oz ke 15 oz adalah TIDAK MUSTAHIL! Oh ya, saya wajib beritahu ni. Pada hari tersebut, saya terpaksa tambah bilangan sesi mengepam sebab terasa susu banyak. So, again, number of pumping session is really important cay!

Antara petua orang tua untuk menambah susu ialah makan badam. Cuba tengok perbandingan kandungan sebiji kapsul Oste dengan Badam. Bestkan?!


2) Alfalfa 

Alfalfa ni pun saya makan untuk tujuan lain, bukan untuk tambah susu. Saya ambil alfalfa sebab doktor diagnose Haris ada skin problem, allergy. So kawan mencadangkan Alfalfa. Dua hari lepas makan alfalfa saya perasan susu saya bertambah banyak. Lepas tu, Alfalfa memang jadi 'best friend' saya lah, terutama di hari produksi merundum.  Minggu yang stress dengan kerja pejabat, contohnya. Di bawah ni senarai khasiat-khasiat lain Alfalfa yang digelar 'King of Herb' ini. 

Alfalfa ni adalah 'Signature Formula' Shaklee tau!
3) ESP
ESP adalah kawan baik saya ketika saya rasa saya perlu diet nasi. Iya, saya ada masalah berat badan. So ada lah hari-hari yang rasa bersalah sangat sebab makan banyak,saya akan kurangkan atau elak makan nasi.  Badan saya pula kalau tak makan nasi,  susu badan akan terus jadi kurang. Bila makan ESP, kesannya agak serta merta pada saya. Susu jadi pekat bila waktu pam sekiranya  pagi tu saya breakfast dengan ESP.  

Yakinlah, ESP diperbuat daripada soya asli, bukan yang diubah genetiknya (non GMO). Minumlah dengan gembira =)
4) Vitalea

Vitalea ni adalah termasuk dalam supplement utama yang dicadangkan untuk kesihatan asas. Melengkapkan kompong-lompong nutrisi yang diperlukan dalam badan.  Suatu masa tu, saya agak 'concern' dengan berat badan anak yang doktor kata ada kemungkinan kurang zat besi. Memandangkan anak saya menyusu badan, maka doktor cadangkan saya ambil supplement tambahan. Sebab Vitalea ni adalah multivitamin yang diperkaya dengan Zat Besi, makan saya disiplin sikit makan. Satu hari saya ubah cara makan Vitalea, wow..kesannya susu terasa sangat bertambah. Saya dah rasa macam-macam kebaikan Vitalea ni selaian tambah susu. Antranya ianya tambah tenaga dan juga kuatkan badan.  Kalau rasa nak demam atau selsema, saya ambil Vitalea sebagai pencegah dan Alhamdulillah ianya membantu.


Saya ringkaskan rahsia menambah susu dalam point-point berikut:

TIPS 1: Pastikan anda kosongkan B sekurang-kurangnya 8 kali sehari
TIPS 2: Pastikan B anda benar-benar kosong setiap kali lepas mengepam untuk pastikan hasil yang optimum.
TIPS 3: 'Direct feeding' oleh bayi sangat-sangat membantu menambah produksi susu. Sebab itu di awal kelahiran, kuatkan hati kalau bayi anda asyik menyusu je. Itu adalah proses penting untuk menghasilkan susu dan itu bukan petanda anda kurang susu!
TIPS 4: Stress, keletihan dan sakit boleh menurunkan produksi susu. Cari jalan untuk kawal stress dan jaga kesihatan diri. 
TIPS 5: Carilah makan tambahan atau cuba petua orang tua yang boleh membantu usaha anda.
TIPS 6: Kadang kala, cara, masa dan jumlah pengambilan makan tambahan boleh memberi result yang berbeza, bergantung kepada keadaan dan keperluan badan kita.  Penyebab kurang produksi susu ada pelbagai, satu jenis penyelesaian mungkin tidak sesuai untuk membetulkan semua keadaan. 

Saya pernah rasa sedihnya bila tengok hasil susu menurun. Saya juga faham betapa gigihnya para ibu dalam usaha nak menambah susu. Saya harap sedikit sebanyak perkongsian ni boleh membantu.  Hubungi saya sekiranya anda perlukan supplement untuk membantu penyusuan anda. InsyaAllah saya cuba membantu berdasarkan sedikit pengalaman yang ada.

Anda juga boleh rujuk pada artikel berikut:


Sharing is LOVE,
-Faza-
Your Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp: 012 335 3549

1 comment:

  1. Salam... tips2 yg best... sy pun nk kongsi tips jugak... amalkan zikir2 asmaul husna dr saat awal kehamilan, insyaAllah membantu jugak dlm.penyusuan ni... http://marvix8.wordpress.com/2013/09/25/tips-penyusuan-ibu-amalan-zikir-asma-ul-husna-ketika-mengandung/

    ReplyDelete