Harga Produk Shaklee

Pages

Friday, 24 January 2014

Set Kurus Bawah RM100

Sewajarnya saya namakan post ni 'Set Pengurusan Berat Badan' kerana ianya lebih tepat dan betul. Tapi takpe, sebab tajuk ini lebih mudah difahami oleh kebanyakan kita. Terutamanya, golongan individu yang prihatin akan kesihatan dan keadaan tubuh badan.

Saya mula termasuk dalam golongan tersebut bila saya sedar tahap kecergasan (fitness) saya menurun. Masa tu tahun 2010. Petang-petang balik dari pejabat, badanr rasa sangat penat. Pukul 9 malam tu rasa dah nak gi 'dreamland'. Memandangkan tahun depannya saya merancang untuk menunaikan haji maka saya tahu saya perlu berbuat sesuatu.  Stamina kena mantap sebab ibadat haji memerlukan banyak pergerakan fizikal. Haji wajib semestinya kita nak buat yang terbaik.  Maka bermula tahun tu saya start 'enroll' keahlian di gym. Sebolehnya 3x seminggu saya akan ke gym pada waktu rehat tengahari.Namun...berat badan saya tak berubah. Kalau BMI (body mass index) tu masih di tahap obese. 

2011 
Alhamdulillah sampai hajat menunaikan haji .  Alhamdulillah badan saya fit dan tak mudah letih. Masa di Mekah sempat la naik Jabal Nur. 


Waktu dhuha di atas Jabal Nur. Rindu...


2012 
Alhamdulillah dikurniakan cahayamata ke-3. Mengandung kali ini berat badan saya yang paling 'unggul' lah. Berjalan nak ke pejabat tu terasa sangat beratnya nak 'bawa' badan...sangat-sangat terasa badan tu berat. Dalam hati saya berazam, lepas bersalin nanti saya akan diet betul-betul. 'Saya akan jadi kurus macam akak" kata saya pada setiausaha boss yang memang voque dan pandai jaga body. Sebenarnya,tu dah jadi azam wajib saya tiap kali lepas bersalin.

Oktober 2012
Dua hari masuk ke pejabat selepas cuti bersalin, terus muncul iklan program 'Slimfit' anjuran badan kakitangan wanita dengan kerjasama kelab sukan dan juga jabatan HSE korporat.  Pucuk dicita,ulam mendatang. Saya ketepikan rasa malu dan terus sign-up. Alhamdulillah antara seratus pemohon, saya terpilih untuk menyertai.  Program ini berjalan selama enam bulan bermula October 2012 dan berakhir Mac 2013.  Program 'Slimfit' ni lah yang banyak memberi pendedahan dan kesedaran kepada saya tentang menurunkan berat badan.  

"Saya memang dilahirkan gemuk dan takkan kurus"
"Badan saya memang macam ni, diet macamana pun paling banyak boleh turun 3kg je. Lepas tu naik balik. Tak payah buang masa"
"Lepas bersalin anak no-3, itulah berat badan kekal saya. Takkan dapat saya turunkan"

Itu semua apa yang saya percaya selama ini dan ternyata, semuanya PALSU.  

Slimfit memberi kesedaran yang jelas bahawa we are what we eat. Apa yang kita makan merupakan kalori yang ditambah ke dalam badan kita.  Pergerakan, senaman adalah aktiviti yang menggunakan kalori. Makin banyak buat kerja,makin banyak kalori dibakar.  Kurang kerja, kalori yang tak digunakan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Tu sifir mudah dan tak perlu disanggah.  So formula nak kurus: Kurangkan pengambilan kalori dan banyakkan penggunaan kalori. Tahu formula satu hal, bersungguh-sungguh nak 'apply' formula tu satu hal.  'Push factor' yang kuat akan mendorong kita untuk menterjemahankan pengetahuan itu ke dalam bentuk tindakan.  Saya kena cerita dalam satu post khas tentang 'push factor' ni.  Tak mampu nak hurai kat sini, nanti panjang sangat.

October 2012 - December 2012
Saya bersungguh-sungguh menjaga dua formula tersebut. Saya kawal jumlah pengambilan kalori dan saya disiplinkan diri untuk ke gym 3 kali seminggu.  Hasilnya saya berjaya turun 5-6kg.

Jan 2013-Mac 2013
Masa ni, saya tak mampu untuk disiplin ke gym disebabkan tuntutan kerja yang melampau. Sangat sibuk. Masa ni saya masih kawal pengambilan kalori. Ianya perjalanan yang semakin mudah sebab perut saya sudah terbiasa dengan tabiat pemakan yang baik ni.  Saya juga mula mengambil supplement yang bertindak untuk menguraikan lemak-lemak dalam badan dan meningkatkan metabolisme badan.  Ni untuk sebagai pengganti kepada sesi gym yang tak dapat saya hadiri.  Sebenarnya saya berdebar (read: malu) kalau tiada penurunan berat semasa program penutup Slimfit nanti. Dipendekkan cerita, alhamdulillah jumlah penurunan berat saya adalah 10kg dan saya dapat tempat ke-2 dalam program tu.  


Hadiah yang sangat bermakna


Berdasarkan pengalaman sendiri, berikut saya rumuskan tentang cara berdiet@turunkan berat badan 
1) Exercise tanpa kawal makan: Tidak berkesan
2) Exercise + Kawal Makan: Berkesan
3) Makan supplement + kawal makan: Berkesan
4) Exercise + Makan supplement + kawal makin: PALING BERKESAN

Perasan tak satu benda yang wajib ada untuk memastikan impian menurunkan berat badan tercapai? JAGA MAKAN. Calorie count or whatever method you choose. The important is, you know what you eat. Mungkin ianya bukan sesuatu yang kita gemari. Sebelum ni saya sangat tak suka bila orang sebut tentang kena jaga makan. Tapi alhamdulillah, sekarang saya dah jumpa cara dan konsep yang buat saya rasa JAGA MAKAN itu bukannya sesuatu yang mustahil.  

Pengalaman, ilmu, konsep jaga makan yang betul & 'enjoyable' serta tips-tips penting yang saya dah lalui ini akan saya kongsikan dengan siapa yang berminat nanti.

Eh,artikel ni belum lagi menyentuh tajuk artikel.  Ok,pendek je. Set Kurus di Bawah RM100 terdiri daripada 2 jenis supplement di bawah.


Alfalfa: Fungsinya untuk detoks kotoran dalam badan untuk badan kita berfungsi dengan cemerlangnya. Ianya juga merupakan serat yang boleh membuatkan kita rasa full atau kurang selera makan

Lecithin: Fungsinya untuk menguraikan lemak-lemak dalam badan.  Juga baik untuk mencantikkan kulit kita. 2 in 1 gitu =)

Ok, harap perkongsian ni ada manafaatnya


Smile =)
Faza - Your Shaklee Distributor
012 335 3549



Wednesday, 22 January 2014

Cahaya Hati

Subhanallah. Betapa luasnya peguasaan ALLAH meliputi seluruh alam dan isinya


Pagi saya hari ini diwarnakan dengan lagu Cahaya Hati oleh Opick. Liriknya sangat benar. Bait-bait awalnya sangat menyentuh hati. Ianya perkara asas yang kita semua perlu beriman

Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan hamba-Mu menangis
Kerna kemurahan-Mu
Kerna kasih sayang-Mu

Dia lah Ar Rahman. Dia lah Ar Rahim. Pencipta kita yang Maha Hebat dan penuh kasih sayang terhadap kita. Penciptaan kita terlalu sempurna dan Dia tak pernah leka atau lalai apatah lagi tidak adil. Dia lah Yang Maha Adil. Setiap episod kehidupan kita adalah perencanaanNya yang Maha Teliti, silibus kehidupan yang terbaik yang telah Dia tetapkan dengan penuh kasih sayang. Tidak sekali-kali apa yang Allah tentukan itu suatu kesilapan melainkan, "it is the best for us!"  

Setiap makhluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Hatta tumbuhan serta haiwan pun mengharapkan rezeki dari Allah. Air hujan untuk tumbuhan melengkapkan proses fotosintesisnya. Sang burung mengharapkan  adanya ulat sebagai makanannya. Pokok berselawat. Haiwan pun berselawat. Makhluk2 ini hanya mengharapkan perkara-perkara asas kehidupan namun ia tetap terus berselawat dan meletakkan pergantungan pada Allah. 


Siapalah kita yang mengharapkan syurgaNya, bebas dari azab siksa kubur, rezeki yang melimpah ruah, anak-anak yang soleh solehah, kesihatan yang baik, kebebasan daripada masalah dan pelbagai lagi pengharapan..siapalah kita untuk lupa dan sombong berdoa meminta,merayu dan merintih pada Nya? 

Dia yang sangat-sangat dekat. Yang sangat2 Pengasih dan Penyanyang. Yang Amat2 Kaya dan Maha Berkuasa. Dia yang menjadikan kita! Yang selangkah kita dekat padaNya, seribu langkah makin dekat Dia pada kita. 

Sedarlah, usaha kita hanya sebagai asbab kepada sesuatu. Hakikat Yang Memberi adalah DIA!

Lirik penuh lagu ni seperti di bawah. 

Allah engkau dekat penuh kasih sayang

Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

"Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu"

Tuesday, 21 January 2014

Cakera Tergelincir

Artikel ni saya tulis khusus untuk sahabat saya =) saya bukan pengamal perubatan, tulisan ini ditulis berdasarkan rujukan dan saya cuba untuk menulis dalam bahasa yang mudah untuk kita-kita aje =) 

Slip disc – Cakera Tergelincir..hehe..bukan, ini bukan definisi yang tepat. That’s what we got when we use google translate.  Some brief background..penting ni untuk tahu cerita selanjutnya:
·         Tulang belakang kita terdiri daripada 24 tulang dipanggil vertebrata. Bayangkan ada 24 kiub tulang yang bersusun di atas satu sama lain
·         Di antara vertebrata ni pula ada tisu perantara, untuk senang kita panggil dia Disc ya. Dalam Disc ni ada bahan yang lembut macam gel. Fungsi Disc ni ala-ala kusyen, untuk lindung vertebrata kita dari bergeser sesama dia dan serap hentakan. Disc ni melekat pada vertebrata kita.
·         Belakang tulang belakang kita pula ada saraf tunjang yang sangat sensitive. Saraf tunjang ni  mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan
Ha, now cerita utama,  ‘Slip Disc’

Slip Disc berlaku bila bahagian lembut seperti gel di dalam Disc membengkak, terbonjol ke belakang dan menghimpit tulang belakang. Keadaan ini lah yang menyebabkan rasa sakit. Gambar di bawah menggambarkan keadaan disc yang sihat dan Disc yang 'slipped'.. nampak tak bahagian warna biru yang membengkak dan tertonjol tu? Ia menolak saraf tunjang dan buat rasa sakit.



Punca Slip Disc? Antaranya..
·         Mengangkat barang dengan cara yang salah
·         Duduk atau baring dalam postur badan yang tak betul
·         Membongkok terlalu lama
·         Angkat beban yang terlalu berat
·         ‘Sport injury’ cth: angkat berat di gym,etc
·         Pernah jatuh masa muda tapi tak treat, after sometimes baru terasa kesannya

Tanda-tanda Awal Slip Disc
·         Sakit di belakang, leher, atau bahagian bawah badan.
·         Rasa kebas di bahagian-bahagian badan yang atas dan di bawah kawasan yang terjejas (secara umum, di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu). Secara beransur-ansur ini boleh membawa kepada keadaan lumpuh.
·         Dalam beberapa kes, bahagian bawah badan berasa lemah, dan ia menjadi sukar untuk pesakit berdiri.
·         Rasa sakit semasa bersin, batuk, berjalan, dan lain lain.

Rawatan
·         Dalam kebanyakan kes, slipped disc akhirnya akan mengecut kembali secara spontan. Sakit akan berkurangan bila Disc berhenti menekan pada saraf yang terjejas. Selalunya hospital akan memberi ubat penahan sakit sebagai permulaan rawatan.
·         Fisioterapi boleh membantu untuk cepatkan proses penyembuhan. Fisioterapis akan melatih dan mengajar jenis-jenis senaman yang bersesuaian dilakukan. Sebaiknya senaman itu dilakukan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik dan ianya boleh dilakukan di rumah juga.
·         Pembedahan

Untuk sahabat saya, saya nak share supplement yang telah membantu banyak orang yang slipped disc.
1)       Advanced Joint Health Tablet (AJHT) – AJHT ni fungsinya untuk sokong keselesaan sendi dengan halang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.  Ekstrak jagung dalam AJHT juga membantu mengekalkan tulang rawan. Ia juga mengandungi zinc, cipper, magnase dan vitamin C. Nutrien ini penting untuk mengekalkan kesihatan sendi dengan bekalkan sokongan nutried untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain untuk sendi.




2)      Ostematrix- Bekalkan kalsium untuk bina tulang yang kuat dan sihat. Istimewanya Ostematrix sebab dibekalkan bersama Kalsium, magnesium dan bitamin D untuk penyerapan kalsium yang optimum. Ia juga bantu kecutkan otot yang bengkak.



3)      Omega Guard – Minyak ikan yang mengandungi DHA and EPA serta kaya dengan asid lemak omega-3.  Khusus untuk pesakit slip disc, Omega Guard membantu untuk mengurangkan rasa sakit (radang sendi @ anti-inflammatory)




4)      Untuk hasil yang lebih optimum, saranan ke-4 saya adalah Vivix (si merah yang hebat).  Bawah ni one of the testimonial Vivix yang berkaitan.



OK, saya harap artikel ni membantu, kalau tak sikit,banyak =)
Sesiapa yang memerlukan bantuan, boleh whatsapp/sms saya di nombor 012 335 35 49.

Wednesday, 15 January 2014

Solat di Masjid dan Anak-anak

Masjid Al Bukhary, Pudu.

Menjadi impian saya untuk bawa anak ke masjid dan sama-sama mengerjakan solat berjemaah. Impian berbelas tahun yang lalu oleh seorang yang belum berkahwin, yang belum merasai warna-warni kehidupan berkeluarga.

Sekarang dah ada 3 orang anak, impian tu hanya separa tercapai. Maksudnya, ianya belum lagi seindah yang saya impikan. Selalunya saya hanya boleh tengok orang solat berjemaah sambil jaga anak-anak, saya solat sorang-sorang lepas jemaah. Suami je yang dapat jemaah (dan pahala 27 kali ganda tu..huhu..jelesnya).

Baru-baru ni, kami on the way ke Low Yatt mencari charger handphone saya yang rosak. Masa tu dah nak masuk waktu Asar dan sebab tak biasa dengan Low Yatt, kami decide nak cari masjid untuk solat Asar dahulu..masyaAllah, masjid yang terdekat adalah masjid yang dibina oleh Syed Mukhtar Al Bukhari. Ianya masjid yang mendamaikan.

Banyaknya pelajaran yang saya dapat di situ. Saya hampir dapat merealisasi impian saya. Jotting it down for my own lesson learnt and for others as well (moga ada manafaatnya). Keadaan saya: ibu dengan 3 dan yang paling kecil berumur 1 tahun setengah, sangat manja nak berdukung aje.




1. Tiba awal di masjid sebelum masuk waktu. Ini sangat membantu, ibu boleh cepat2 ambil wuduk bersama-sama anak yang besar sementara ayah boleh tolong jagakan anak yang kecik. (so konfirm lah kita dah sedia dengan wuduk bila masuk waktu nanti).
2. Settle ambil wuduk, ibu boleh ambil anak dan bawa ke ruangan solat muslimah.  
3. Dengar je azan, suruh anak yang besar solat dahulu. Selalunya jemaah tak akan immediately solat lepas azan, ada gap masa yang cukup untuk anak solat. 

Tips ni saya belajar dari jemaah wanita di masjid tersebut. Kagum saya dengan dia,saya langsung tak terfikir nak buat macam tu sebelum ni. Selalunya saya sibuk kejarkan solat saya dan ajak Auni solat sama-sama. Tapi kalau Auni solat sama, solat saya tu kurang khusyuknya sebab hati risaukan Haris yang bergerak ke sana sini,Iman yang baru umur 4 tahun tu tak mampu nak kawal Haris sepenuhnya. 

Hari tu lepas tengok apa yang jemaah wanita tu buat, saya solat mengikut imam dahulu while Auni jagakan adik-adiknya. (alhamdulillah, dapat solat berjemaah) Selesai saya solat, saya suruh pula Auni solat sendirian. Dia tak yakin untuk solat sendirian maka saya duduk di sisinya sambil baca setiap bacaan solat. Bagus juga buat begitu sebab sambil2 tu saya boleh tegur dan betulkan bacaan/pergerakan solat Auni (sebelum ni kalau solat bersama,teguran tu dalam hati je,lepas solat terus lupa nak bebel apa..haha..solat tak khusyuk lagi di situ)

Pemilihan masjid yang mesra kanak-kanak juga penting.  Ada masjid tu, jemaahnya jelas nampak kurang senang dengan kehadiran anak-anak yang mungkin akan menyebabkan meraka kurang khusyuk. Tak payah la merealisasikan impian di masjid macam tu. Buat orang nak marah,dan kita pun sakit hati tengok lirikan mata meraka. Sudahnya pahala ke mana, persaudaraan ke mana..hehe..Sekarang dah banyak masjid yang mesra kanak-kanak. Ada ruang yang luas and even, ada yang menyediakan library untuk anak2 bermain. Masjid Persekutuan contohnya, ada ruangan tertutup tempat wanita buat persalinan. Ramadhan tahun-tahun lepas, saya akan ikut jemaah dari ruangan tersebut. Saya mungkin tak dapat pahala saf sebab saya terputus daripada saf solat, tapi insyaAllah solat saya masih dikira berjemaah sebab saya solat dalam kawasan masjid.  Masjid Besi di Putrajaya is the best lah so far, siap ada playground!


Kejar dunia seiring dengan kejar akhirat ya,anak-anak.


Ni gambar sekitar masjid Al Bukhari. By the time masuk compound masjid tu rasa tenang, entah,saya rasa binaan dia simple tapi cantik dan macam ada sifat humble pada binaannya. Saya tak pandai nak gambarkan, tapi itu lah apa yang saya rasa.  Di tepi sudut masjid,ada baaaanyak burung merpati tengah makan. Ada bekas air juga di situ. Suasana yang mirip masjidil haram Makkah dan masjid nabawi di Madinah. 

Ok, di bawah ni gambar situasi anak-anak zaman sekarang masuk kedai gadget. Excited macam masuk kedai mainan! Tunjuk sana, aww sini..and yeah, akhirnya jumpa gadget yang direka khusus untuk mereka. Membina atau merosak bangsa? Terpulang pada kita dalam mengawalnya. Setakat ni,saya tak begitu kuat untuk mengawal penangan gadget ni,maka sebolehnya saya hadkan masa anak-anak dengan gadget.




Jadikan gadget sebagai imbuhan lepas buat good deed.















Saturday, 11 January 2014

Breastfeeding: Senang dalam Susah

Breastpump: Aksesori wajib breastfeeding mum yang bekerja. Tertinggal handbag takpe, jangan beg susu!

Tiap individu ada 'driving factor' yang berbeza-beza dalam menjadikan susu ibu sebagai pilihan utama kepada anak-anak mereka.  Saya memilihnya sebab bagi saya ianya satu pilihan yang bakal memudahkan hidup saya. Malam-malam saya tak perlu berjaga malam untuk membancuh susu, sambil pejam mata pun saya boleh beri anak saya susu. Senang untuk travel, tak perlu saya mengangkut termos dan botol susu bila ke mana-mana.

Ya, ianya pilihan untuk menyenangkan saya. Tapi ianya bukan sesenang yang saya sangka. Ianya senang dalam susah!


Susah untuk..
... basuh  and sterelise all the breastpump parts and bottle tiap hari
...bersedia ke pejabat sebab kena make sure selain siapkan beg kerja, beg sekolah anak, beg baju anak ke rumah pengasuh, kena make sure beg susu juga tersedia. Termiss satu barang penting, disaster!
... make sure jangan lalai leka atau miss the pumping session. 3x sehari utk hasil yang optimum. Kalau dalam meeting? Pandai2 lah curi masa. Usah bicara tentang mengepam dekat stor atau dalam toilet kalau terpaksa.


Mungkin nampak remeh tapi ianya big deal utk saya. Tambah lagi bila ada anak 2, 3 ni dan kerja pejabat yang demanding. Bila tanggungjawab bertambah dan tiba-tiba rasa 24 jam sehari tu tak cukup.

Alhamdulillah ianya akan menjadi kurang sukar kiranya spouse turut sama mainkan peranan. Kawan saya berkongsi tips tentang buat perjanjian awal2, assign tugas menguruskan peralatan mengepam kepada si suami.  Ianya memang sesuatu yang sangat-sangat membantu. Terima kasih baba.



Auni sempat menyusu sampai 14 bulan je, Iman sampai 2 tahun lebih

Menyusu si Haris cabarannya berbeza. Mungkin sebab ini kali pertama menyusui anak lelaki.  Minumnya banyak dan tempoh menyusunya lama.  Kali ni saya agak serius mencari supplement untuk milk booster. Antaranya makan makanan yang telah saya kenalpasti berkesan bagi saya iaitu tomyam.  Saya tak pasti apa, tapi mungkin lengkuas ataupun serai, bahan utama tomyam yang memberi kesan tersebut.  Tapi iya lah kekerapan saya masak tomyam atau jumpa tomyam tidaklah setiap hari. So bukanlah setiap hari hasil susu saya banyak. Satu hari kawan saya share tentang ESP yang boleh membantu menambah susu dan juga memekatkan susu. Bila saya cuba, alhamdulillah. Bila menyusu Haris cepat kenyang, tak ada lah saya tidur mengiring sepanjang malam menyusukan dia.  Seterusnya saya consume Alfalfa dengan tujuan membantu Haris yang ada tanda-tanda ekzema.  Dua hari kemudian saya dapati susu saya jadi 'meriah'..hehe..sebab Alfalfa rupanya..Alhamdulillah.

Antara produk awal Shaklee yang menambat hati saya . Cubalah! Tak kenal maka tak cinta. Dah cinta nanti,jadi macam saya..jadi distributor terus sebab nak spread the love.




Wednesday, 8 January 2014

Spritual Parenting

Spritual Parenting

October 14, 2010 at 2:45pm

Self notes on 10 Oct 2010 from ESQ Parenting Training

Purpose of Life is to gain Allah respect; not people. My dear child, u should live to please Allah
Dah didik anak sesuai dgn tujuan sebenar kehidupan? Refers Surat Mukminun ayat 116.

I should teach my kids on the real objective Allah create you.

The objective to live in this world are:
i - Mengabdi diri kepada Allah
ii - Penuhi janji yg dibuat semasa di alam ruh ( Al-A'raf: 7)
iii- To be Khalifah of Allah (Al Baqarah: 30)
iv- To go through test from Allah and life challenges (An-biya':35)
v - Untuk dipertanggungjawabkan segala perbuatan (Al-Qiyamah"36)

Ahli syurga; amanah dari Allah

Lesson from surah Al Luqman: 12-19
i - Thankful to Allah
ii - Jgn sekutukan Allah
iii - Be kind to parent
iv - All deed count (event small to the size of biji sawi)
v - Teach solat, amal ma'ruf, nahi mungkar
Anakku, kita jumpa di jannah Firdaus ya..

Life test - Allah ways to tingkatkan darjat kita

PREGNANCY - it's the most critical point in child development
i- Baby can start hear at the age of 17 week in womb and the development of hearing is completed by 26 weeks
ii- What father/husband says to mothers during pregnancy will give direct impact to the child spiritual and emotional development
iii- Baby start learning while on mom's womb..and even, she start learn when/how to solat there! She love moms movement while performing solat..while we take wudu', baby feel happy already

Anak seperti kain yg putih, bagaimana mencoraknya? Adapt from 5 rukun Islam
i - Perlu ada foundation yg kukuh - SYAHADAH
ii - Kena ada mission/planning/discipline - SOLAT
iii - Self controlling - PUASA
iv - Collaboration - ZAKAT
v - Doa with ACTION - HAJJ

~ My child, if u amaze with something u says, Subhanllah,Masya Allah and selawat

How Intelligence is Build?
i - The process of joining of neuron
ii - Repetition wil strengthen the joining

Stage of neuron development
In womb - 100 billion neuron developed
Born - 25% neuron joined
6 month - 50% neuron joined
3yrs - 85% joined
6 yrs - 95% joined

Jgn sekat potensi anak, let them grow naturally
All child have potential to success


Thanks to Dr Ary Ginanjar, ESQ Parenting