Harga Produk Shaklee

Pages

Wednesday, 15 January 2014

Solat di Masjid dan Anak-anak

Masjid Al Bukhary, Pudu.

Menjadi impian saya untuk bawa anak ke masjid dan sama-sama mengerjakan solat berjemaah. Impian berbelas tahun yang lalu oleh seorang yang belum berkahwin, yang belum merasai warna-warni kehidupan berkeluarga.

Sekarang dah ada 3 orang anak, impian tu hanya separa tercapai. Maksudnya, ianya belum lagi seindah yang saya impikan. Selalunya saya hanya boleh tengok orang solat berjemaah sambil jaga anak-anak, saya solat sorang-sorang lepas jemaah. Suami je yang dapat jemaah (dan pahala 27 kali ganda tu..huhu..jelesnya).

Baru-baru ni, kami on the way ke Low Yatt mencari charger handphone saya yang rosak. Masa tu dah nak masuk waktu Asar dan sebab tak biasa dengan Low Yatt, kami decide nak cari masjid untuk solat Asar dahulu..masyaAllah, masjid yang terdekat adalah masjid yang dibina oleh Syed Mukhtar Al Bukhari. Ianya masjid yang mendamaikan.

Banyaknya pelajaran yang saya dapat di situ. Saya hampir dapat merealisasi impian saya. Jotting it down for my own lesson learnt and for others as well (moga ada manafaatnya). Keadaan saya: ibu dengan 3 dan yang paling kecil berumur 1 tahun setengah, sangat manja nak berdukung aje.




1. Tiba awal di masjid sebelum masuk waktu. Ini sangat membantu, ibu boleh cepat2 ambil wuduk bersama-sama anak yang besar sementara ayah boleh tolong jagakan anak yang kecik. (so konfirm lah kita dah sedia dengan wuduk bila masuk waktu nanti).
2. Settle ambil wuduk, ibu boleh ambil anak dan bawa ke ruangan solat muslimah.  
3. Dengar je azan, suruh anak yang besar solat dahulu. Selalunya jemaah tak akan immediately solat lepas azan, ada gap masa yang cukup untuk anak solat. 

Tips ni saya belajar dari jemaah wanita di masjid tersebut. Kagum saya dengan dia,saya langsung tak terfikir nak buat macam tu sebelum ni. Selalunya saya sibuk kejarkan solat saya dan ajak Auni solat sama-sama. Tapi kalau Auni solat sama, solat saya tu kurang khusyuknya sebab hati risaukan Haris yang bergerak ke sana sini,Iman yang baru umur 4 tahun tu tak mampu nak kawal Haris sepenuhnya. 

Hari tu lepas tengok apa yang jemaah wanita tu buat, saya solat mengikut imam dahulu while Auni jagakan adik-adiknya. (alhamdulillah, dapat solat berjemaah) Selesai saya solat, saya suruh pula Auni solat sendirian. Dia tak yakin untuk solat sendirian maka saya duduk di sisinya sambil baca setiap bacaan solat. Bagus juga buat begitu sebab sambil2 tu saya boleh tegur dan betulkan bacaan/pergerakan solat Auni (sebelum ni kalau solat bersama,teguran tu dalam hati je,lepas solat terus lupa nak bebel apa..haha..solat tak khusyuk lagi di situ)

Pemilihan masjid yang mesra kanak-kanak juga penting.  Ada masjid tu, jemaahnya jelas nampak kurang senang dengan kehadiran anak-anak yang mungkin akan menyebabkan meraka kurang khusyuk. Tak payah la merealisasikan impian di masjid macam tu. Buat orang nak marah,dan kita pun sakit hati tengok lirikan mata meraka. Sudahnya pahala ke mana, persaudaraan ke mana..hehe..Sekarang dah banyak masjid yang mesra kanak-kanak. Ada ruang yang luas and even, ada yang menyediakan library untuk anak2 bermain. Masjid Persekutuan contohnya, ada ruangan tertutup tempat wanita buat persalinan. Ramadhan tahun-tahun lepas, saya akan ikut jemaah dari ruangan tersebut. Saya mungkin tak dapat pahala saf sebab saya terputus daripada saf solat, tapi insyaAllah solat saya masih dikira berjemaah sebab saya solat dalam kawasan masjid.  Masjid Besi di Putrajaya is the best lah so far, siap ada playground!


Kejar dunia seiring dengan kejar akhirat ya,anak-anak.


Ni gambar sekitar masjid Al Bukhari. By the time masuk compound masjid tu rasa tenang, entah,saya rasa binaan dia simple tapi cantik dan macam ada sifat humble pada binaannya. Saya tak pandai nak gambarkan, tapi itu lah apa yang saya rasa.  Di tepi sudut masjid,ada baaaanyak burung merpati tengah makan. Ada bekas air juga di situ. Suasana yang mirip masjidil haram Makkah dan masjid nabawi di Madinah. 

Ok, di bawah ni gambar situasi anak-anak zaman sekarang masuk kedai gadget. Excited macam masuk kedai mainan! Tunjuk sana, aww sini..and yeah, akhirnya jumpa gadget yang direka khusus untuk mereka. Membina atau merosak bangsa? Terpulang pada kita dalam mengawalnya. Setakat ni,saya tak begitu kuat untuk mengawal penangan gadget ni,maka sebolehnya saya hadkan masa anak-anak dengan gadget.




Jadikan gadget sebagai imbuhan lepas buat good deed.















No comments:

Post a Comment