Harga Produk Shaklee

Pages

Friday, 24 January 2014

Set Kurus Bawah RM100

Sewajarnya saya namakan post ni 'Set Pengurusan Berat Badan' kerana ianya lebih tepat dan betul. Tapi takpe, sebab tajuk ini lebih mudah difahami oleh kebanyakan kita. Terutamanya, golongan individu yang prihatin akan kesihatan dan keadaan tubuh badan.

Saya mula termasuk dalam golongan tersebut bila saya sedar tahap kecergasan (fitness) saya menurun. Masa tu tahun 2010. Petang-petang balik dari pejabat, badanr rasa sangat penat. Pukul 9 malam tu rasa dah nak gi 'dreamland'. Memandangkan tahun depannya saya merancang untuk menunaikan haji maka saya tahu saya perlu berbuat sesuatu.  Stamina kena mantap sebab ibadat haji memerlukan banyak pergerakan fizikal. Haji wajib semestinya kita nak buat yang terbaik.  Maka bermula tahun tu saya start 'enroll' keahlian di gym. Sebolehnya 3x seminggu saya akan ke gym pada waktu rehat tengahari.Namun...berat badan saya tak berubah. Kalau BMI (body mass index) tu masih di tahap obese. 

2011 
Alhamdulillah sampai hajat menunaikan haji .  Alhamdulillah badan saya fit dan tak mudah letih. Masa di Mekah sempat la naik Jabal Nur. 


Waktu dhuha di atas Jabal Nur. Rindu...


2012 
Alhamdulillah dikurniakan cahayamata ke-3. Mengandung kali ini berat badan saya yang paling 'unggul' lah. Berjalan nak ke pejabat tu terasa sangat beratnya nak 'bawa' badan...sangat-sangat terasa badan tu berat. Dalam hati saya berazam, lepas bersalin nanti saya akan diet betul-betul. 'Saya akan jadi kurus macam akak" kata saya pada setiausaha boss yang memang voque dan pandai jaga body. Sebenarnya,tu dah jadi azam wajib saya tiap kali lepas bersalin.

Oktober 2012
Dua hari masuk ke pejabat selepas cuti bersalin, terus muncul iklan program 'Slimfit' anjuran badan kakitangan wanita dengan kerjasama kelab sukan dan juga jabatan HSE korporat.  Pucuk dicita,ulam mendatang. Saya ketepikan rasa malu dan terus sign-up. Alhamdulillah antara seratus pemohon, saya terpilih untuk menyertai.  Program ini berjalan selama enam bulan bermula October 2012 dan berakhir Mac 2013.  Program 'Slimfit' ni lah yang banyak memberi pendedahan dan kesedaran kepada saya tentang menurunkan berat badan.  

"Saya memang dilahirkan gemuk dan takkan kurus"
"Badan saya memang macam ni, diet macamana pun paling banyak boleh turun 3kg je. Lepas tu naik balik. Tak payah buang masa"
"Lepas bersalin anak no-3, itulah berat badan kekal saya. Takkan dapat saya turunkan"

Itu semua apa yang saya percaya selama ini dan ternyata, semuanya PALSU.  

Slimfit memberi kesedaran yang jelas bahawa we are what we eat. Apa yang kita makan merupakan kalori yang ditambah ke dalam badan kita.  Pergerakan, senaman adalah aktiviti yang menggunakan kalori. Makin banyak buat kerja,makin banyak kalori dibakar.  Kurang kerja, kalori yang tak digunakan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Tu sifir mudah dan tak perlu disanggah.  So formula nak kurus: Kurangkan pengambilan kalori dan banyakkan penggunaan kalori. Tahu formula satu hal, bersungguh-sungguh nak 'apply' formula tu satu hal.  'Push factor' yang kuat akan mendorong kita untuk menterjemahankan pengetahuan itu ke dalam bentuk tindakan.  Saya kena cerita dalam satu post khas tentang 'push factor' ni.  Tak mampu nak hurai kat sini, nanti panjang sangat.

October 2012 - December 2012
Saya bersungguh-sungguh menjaga dua formula tersebut. Saya kawal jumlah pengambilan kalori dan saya disiplinkan diri untuk ke gym 3 kali seminggu.  Hasilnya saya berjaya turun 5-6kg.

Jan 2013-Mac 2013
Masa ni, saya tak mampu untuk disiplin ke gym disebabkan tuntutan kerja yang melampau. Sangat sibuk. Masa ni saya masih kawal pengambilan kalori. Ianya perjalanan yang semakin mudah sebab perut saya sudah terbiasa dengan tabiat pemakan yang baik ni.  Saya juga mula mengambil supplement yang bertindak untuk menguraikan lemak-lemak dalam badan dan meningkatkan metabolisme badan.  Ni untuk sebagai pengganti kepada sesi gym yang tak dapat saya hadiri.  Sebenarnya saya berdebar (read: malu) kalau tiada penurunan berat semasa program penutup Slimfit nanti. Dipendekkan cerita, alhamdulillah jumlah penurunan berat saya adalah 10kg dan saya dapat tempat ke-2 dalam program tu.  


Hadiah yang sangat bermakna


Berdasarkan pengalaman sendiri, berikut saya rumuskan tentang cara berdiet@turunkan berat badan 
1) Exercise tanpa kawal makan: Tidak berkesan
2) Exercise + Kawal Makan: Berkesan
3) Makan supplement + kawal makan: Berkesan
4) Exercise + Makan supplement + kawal makin: PALING BERKESAN

Perasan tak satu benda yang wajib ada untuk memastikan impian menurunkan berat badan tercapai? JAGA MAKAN. Calorie count or whatever method you choose. The important is, you know what you eat. Mungkin ianya bukan sesuatu yang kita gemari. Sebelum ni saya sangat tak suka bila orang sebut tentang kena jaga makan. Tapi alhamdulillah, sekarang saya dah jumpa cara dan konsep yang buat saya rasa JAGA MAKAN itu bukannya sesuatu yang mustahil.  

Pengalaman, ilmu, konsep jaga makan yang betul & 'enjoyable' serta tips-tips penting yang saya dah lalui ini akan saya kongsikan dengan siapa yang berminat nanti.

Eh,artikel ni belum lagi menyentuh tajuk artikel.  Ok,pendek je. Set Kurus di Bawah RM100 terdiri daripada 2 jenis supplement di bawah.


Alfalfa: Fungsinya untuk detoks kotoran dalam badan untuk badan kita berfungsi dengan cemerlangnya. Ianya juga merupakan serat yang boleh membuatkan kita rasa full atau kurang selera makan

Lecithin: Fungsinya untuk menguraikan lemak-lemak dalam badan.  Juga baik untuk mencantikkan kulit kita. 2 in 1 gitu =)

Ok, harap perkongsian ni ada manafaatnya


Smile =)
Faza - Your Shaklee Distributor
012 335 3549



No comments:

Post a Comment