Wednesday, 25 June 2014

5 Sebab Orang Tak Suka Shaklee

Jom kaji kenapa. Boring asyik dengar orang gebang pasal kebaikan Shaklee je. Sekali sekala kita kena lihat dari sudut pandang yang berbeza, sebab bola itu bulat. Eh?!!

1) Sebab Shaklee ni MLM..maka, produknya tak sepatut berkesan dan bagus..tapi ramai pulak yang makan dah rasa kesannya yang superb. Siap recommend kat orang lagi..beli pulak bukan dengan calang2 orang, dengan pengamal kesihatan yang bertauliah oleh kerajaan! Menyampah2..dah terpaksa terima hakikat lalu join jadi ahli .

2) Sebab tak dapat 'utilised' sepenuhnya cuti sakit aka MC yang company bagi. Bila makan supplement Shaklee tak berkesempatan nak ambil MC, sebab sihat memanjang. Dengan izin Allah semestinya.

3) Sebab produknya ada polisi pulang balik kalau tak berkesan. Masalahnya polisi tu tak boleh digunapakai langsung! Sebab memang berkesan..adoii..dah terpaksa repeat order.

4) Sebab kalau nak gi oversea selalu kena tahan lepas tunjuk passport. Depa kata  guna passport orang lain. Muka dalam gambar tak sama. Muka sebenar nampak muda, hensem, kacak bergaya, tak macam dalam gambar yang macam pakcik. Semua tu salah shaklee! Makan omega dgn vivix tak pasal terkurus dan terhensem. Buang masa tau nak kena justify kat pegawai..macam penjenayah kot!

5) Sebab yang kelima ni bos2 je yang rasa. Syarikat hilang ramai pekerja berpotensi tinggi sebab depa resign. Bukan apa, terpaksa.. sebab gaji yang company bagi tak sampai 30% bonus Shaklee.. haish... dah company kena recruit dab retrain staff baru.

Disclaimer: Semua sebab di atas adalah kisah benar. Ada cerita saya, ada cerita dari orang yang saya kenal rapat. Kalau kategori hadis, entry ni boleh dikategorikan sebagai 'hadis sohih'.

Berminat nak jadi no 5? Jom kita sembang

Shaklee Independent Distributor,
fazariah.ncy@gmail.com
Fb: faza ncy

Sunday, 1 June 2014

Our Beauty Start From Within

Lets be beautiful inside out
Our outer world is the result of our inner world. So if we want to have beautiful life lets begin with beautiful mind.

Hello June! Ahlan wa Sahlan Syaaban.
Lets be a beutiful servant of Allah and ummah of Rasulullah

Beautiful Ramadhan 1435 graduate-insyaAllah. All start NOW! Lets gear up everthing. InsyaAllah.

Cleasing and beautify the inner parallel with the outer.
I'm  continuing 8 weeks Shaklee Collagen Powder challenge. Significance improvement already observed on my skin textures.  Alhamdulillah. Interested to join? PM my fb : fazancy

#90dayschallengebegin

Wednesday, 21 May 2014

Apa Dah Jadi?

Saya terpaksa share di sini. Penyebab kenapa tiba-tiba ada desakan yang kuat untuk berubah. Berubah daripada, 'aku tak heran benda-benda gini" kepada "wah,tak boleh jadi ni. Aku kena ambil jugak nih".

hahaa..macam propa sangat ke intro entry ni? Tidak berniat okey. Ini semua lahir dari hati yang tulus mulus (hahaa..) I can't keep it anymore. Need to shout it somewhere...nasib la ada blog ni. Andddddddd...saya rasa wajib share keterujaan melampau saya ni kepada insan-insan senasib dengan saya. Insan-insan tersebut adalah mereka yang memiliki ciri-ciri seperti di bawah:-

  • wanita bekerjaya yang semakin bijaksana dan matang (sebenar nak cakap yang masuk 3series maka garis seni aka fine line macam nak muncul dah)
  • wanita berani bersahabat dengan matahari (merujuk kepada yang culas pakai sunblock lepas tu ada bintik-bintik hitam a.k.a pigment dan sekarang rasa insaf)
  • wanita yang nak cantik di hari raya-kulit anjal, kenyal, flawless macam kulit bayi (ok, yang ni merujuk kepada semua wanita)
  • wanita yang prihatin akan keselamatan produk2 di pasaran


Siapa yang ada ciri-ciri kat atas tu,maka saya isytiharkan anda adalah geng saya.  Maka warkah ini untuk anda.

Wahai Geng,
Usah gusar. Saya dah jumpa apa yang kita semua perlukan. It's Shaklee Collagen!!!
Ok, i excited nih. Tak tahu nak mula kat mana sebab ada baaanyak sangat info trafik era tentang kolagen Shaklee nii. I share fakta-fakta utama penyebab keterujaan ya..

Why Collagen..and Suddenly ???
Too bad..Selaras dengan pertambahan jumlah lilin atas birthday cake kita ni, badan kita mengalami penurunan dari sudut pengeluaran collagen. Sedangkan 70% daripada badan kita ni terdiri daripada collagen! Dah tu kalau kolagen berkurangan apa jadi dengan badan kita? Aging ataupun penuaan lah! Tambah pulak dengan pencemaran udara,asap, pemakanan-memang double trouble lah. Kulit berkedut,kering dan melayut. kuku rapuh dan tak kukuh. Rambut halus dan gugur. Kulit dah tak halus mulus. Pori-pori membesar. Pigmentasi. 

Jom kembalikan keremajaan kulit.

TAHUKAH ANDA???
Kolagen membentuk 90% daripada matrix protein tulang serta 2/3 daripada tulang rawan orang dewasa. Oleh itu, kekurangan kolagen juga memberi kesan buruk kepada kesihatan tulang dan sendi seperti tulang jadi lemah dan sendi jadi kaku.


Why Shaklee Collagen?
credit: mamafaiz.com

Sebab utama pada saya ialah jaminan keselamatan dan keberkesanannya.  Setiap product Shaklee memang melalui proses pemantauan kualiti yang ketat siap dengan 'clinical test' lagi. Pencemaran, sisa toksid yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak sepatutnya kepada pengguna, insyaAllah tiada. Isu keselamatan ni bagi saya PRIORITY lah. Dulu pernah bersembang dengan ayah tentang kolagen dari sumber rumpai laut. Dan rupa2nya dah lama dah orang kampung saya makan kolagen ni sebagai makanan. I sebut kolagen la, baru bunyinya canggih. Kalau sebut sarey takut ada yang tak faham pulak, kecuali anda orang pantai timur.  Sarey adalah sejenis rumpai laut dan ianya memang sama dengan rumpai laut yang banyak dijual sekarang ni. Bezanya sarey ni lebih halus. Namun persamaannya, selain ianya adalah sumber kolagen, cara ia membiak juga serupa. Iaitu hidup di atas bahagian air, hampir dengan permukaan air. Yang mana,ianya terdedah kepada pencemaran bahan-bahan toksid dan merbahaya. Fakta: Suatu masa dulu kerajaan melarang makan sarey atas sebab kes pencemaran air. Maka dikhuatiri ia akan menyebab keracunan kepada si pemakan.  Sebab itu, walaupun rasa teringin sangat nak makan kolagen yang banyak djual di pasaran, saya tak berani nak cuba. Lagipun, ada orang yang saya kenal bagitau, fibroid dia membesar dengan pesatnya selepas dia makan kolagen rumpai laut tu. Fuh, daripada nak cantik, jadi sakit. Ngeri.

Berbeza dengan kolagen Shaklee, ianya dihasilkan daripada sisik ikan laut dalam iaitu Red Snapper atau dalam bahasa kita, ikan merah.  Dah kenapa pulak nak makan sisik ikan? Sebab, kolagen dari sumber ikan merupakan kolagen yang paling mirip dengan kolagen manusia. Tambahan, size molekulnya saaangat halus..makin halus size molekulnya, makin senang dan cepat nak serap masuk dan beri kesan kepada badan kita. Tu la ada testimoni , baru makan sepeket dah boleh rasa kulit jadi lembab. Dan, satu lagi fakta PENTING. Ikan laut dalam ni lebih selamat berbanding dengan kolagen haiwan lain sebab kadar pencemarannya juga sangat rendah.

Selain sisik ikan, Shaklee Collagen ni ditambah dengan 7 bahan lain yang pastinya untuk MENGGEMPAKKAN lagi kesannya. Berikut 7 ramuan rahsia tu :


  • Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal.
  • Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
  • Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
  • Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
  • Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
  • Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
  • Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

"..Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen Powder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan.." - Mamafaiz.com

(sumber: www.mamafaiz.com)

Banyak lagi fakta gempak tentang kolagen Shaklee ni. Lain masa saya cuba share lagi. Untuk setakat ni, saya akhiri keterujaan saya terhadap Shaklee Collagen dengan graf pemantauan perubahan yang dialami oleh mereka yang mengamalkan kolagen Shaklee.




Geng, 
Jom 'gorgeous' sama-sama =)

contact saya di
fb: Faza NCY
email: fazariah.gmail.com


Monday, 12 May 2014

Vitamin Aiskrim

May for Mealshakes! Bila dapat tahu produk promosi beli 6 percuma 1 Shaklee bulan ni adalah Mealshake, respon pertama saya pasti, "YEAYYY!!"

Ada baaaanyak sebab kenapa saya suka sangat Mealshake ni. Saya kongsi di sini berberapa sebabnya.

Pertama, selepas Omega Guard, Mealshake adalah supplement kedua kesukaan anak-anak saya. Dek rasanya yang lazat, anak-anak saya gelarkannya vitamin Aiskrim. Saya rasa setiap ibu pasti gembira kalau anaknya gemarkan makanan berkhasiat.  

Mealshake ni ada 24 vitamin, mineral dan zat yang perlu dalam bentuk MINUMAN ! Kalau anak-anak yang liat nak makan multivitamin dalam bentuk kapsul, Mealshake lah penyelesaiannya. 

Saya mula beri anak saya Mealshake 3 bulan yang sudah. Ditakdirkan, seminggu lepas mula ambil Mealshake anak kedua saya kena Hand Foot and Mouth Disease (HFMD). Iman demam panas sehari, esoknya hilang demam dan mula keluar bintik. Iman mula tak selera makan sebab mulutnya penuh ulser. Hari ke 2 adiknya pulak berjangkit. Dipendekkan cerita anak-anak kena HFMD selama 3 hari je. Alhamdulillah cepat sembuhnya. Mungkin pengambilan Mealshake dan Omega Guard (selain ubat doktor) cepatkan  proses sembuh. Oh ya, saya juga beri anak Nutriferon.

Selain tu, Mealshake ni boleh dijadikan breakfast anak yang lengkap. Bagi ibu yang sibuk, campurkan sesudu teh Mealshake dalam minuman pagi anak. InsyaAllah dalam masa yang sekejap kita dapat sediakan minum pagi yang lazat penuh nutrisi penting untuk anak.
Moga terus membesar dengan sihat dan riang

Rasanya sebolehnya semua ibu nak elak anaknya dari jatuh sakit. Tanpa kita sangkal, memang semuanya kuasa Allah. Apa yang kita boleh buat ialah, berusaha seboleh mungkin untuk tingkatkan tahap kesihatan anak, kekebalan badan anak dalam melawan penyakit dengan melengkapkan nutrisi harian yang badan mereka perlukan. Itulah ikhtiar saya melalui Mealshake ni.

Apa itu Mealshake? 

Antara komentar popular daripada ibu-ibu selepas beri anak makan Mealshake ialah:-
• anak jarang demam dan selsema
• masalah kahak kurang
• masalah eczema anak berkurangan malah keadaan anak bertambah baik
• anak yang ada asthma dah jarang kena attack sebab selsema pun dah jarang kena.
Semuanya dengan izin Allah, alhamdulillah.

Mealshake ni untuk kanak-kanak sahaja? Takk...saya rasa Mealshake terkenal sebagai supplement untuk anak-anak mungkin kerana sifatnya dalam bentuk minuman ni. Sebab selalunya golongan anak-anaklah yang susah nak telan kapsul. Golongan dewasa yang susah nak telan kapsul pun boleh cuba Mealshake sebagai alternative.

Mealshake juga bagus untuk mereka yang berusaha untuk tambah selera makan, nak tambah berat badan serta golongan warga berusia yang perlukan zat dan nutrien tambahan.

Dengar cerita ada yang cakap  Mealshake ni juga bagus bagi mereka yang teringin nak dapatkan kulit yang cantik. Tak pelik..sebab mealshake kaya dengan protein untuk hasilkan sel kulit yang baru serta kaya dengan b complex, selenium serta zat besi yang tambah darah-ultimately beri kesan glowing pada wajah.

May 2014, peluang untuk anda buat stok Mealshake untuk anak-anak dan mereka yang memerlukan. Kenapa? Sebab beli 6 percuma 1. Penjimatan hebat tu. Kalau tambah satu lagi supplement, dah dapat keahlian Shaklee percuma. Dah dapat beli supplement Shaklee pada harga ahli, seumur hidup. Percayalah, anda takkan menyesal beri anak anda Mealshake bila tengok kesannya pada anak. Malah, mungkin timbul rasa menyesal sebab lambat bertindak sebelum ni. Tak apa, it's better late than never. Tapi promo percuma 1 sampai hujung bulan ini sahaja ya! 

Rakan Nutrisi Anda,
~ Faza ~
Shaklee Independent Distributor.



Thursday, 17 April 2014

Finance for Kids 101

Tajuk gempak habis =) Saje nak ambil feel nak menulis seciput pengalaman dan method yang dah berjaya di'apply' pada anak.

Setiap hari saya bekalkan Auni rm3 untuk duit belanja dia ke sekolah. Sebenarnya rm2 pun dah cukup sebab dia ada kupon makanan yang dia akan guna untuk beli makanan tengahari dia. Rm2 tu untuk dia beli sosej ke atau air kotak sebab sekolah dia dari pukul 8 sampai 4. Saya beri dia rm3 dengan pesanan,"Lagi rm1 ni Auni simpan, jangan guna. Balik rumah Auni masuk dalam tabung. Barulah duit Auni dalam bank bertambah nanti..bla..bla..". Sebulan dua berlalu, tak pernah berbaki duit belanja dia. Tiap kali ditanya, Auni akan justify bagitau dia terliur tengok kawan makan ni. Dia teringin makan tu.

First Methode: Carrot and Stick

Suatu hari saya bawa balik Garret Popcorn untuk anak-anak.  Auni demand sikit, dia tak nak popcorn biasa yang rm belas2 ringgit sebekas tu (maaf, saya lupa harganya). Auni sentiasa nak yang ada kacang. Yang itu harganya rm20++ sebekas. Keesokannya dia minta saya belikan lagi popcorn kacang untuk dia. Saya dapat idea. Saya bagitau, "Mimi boleh beli, tapi dengan duit Auni sendiri. Duit belanja sekolah tiap-tiap hari tu Auni simpan rm1 untuk beli popcorn". Maka bermula lah episod Auni menabung. Tiap-tiap hari dia akan tanya dah cukup ke belum duit untuk beli popcorn. Episod ni berlangsung selama sebulan ya sebab simpan rm1 sehari dan harga sebungkus popcorn kacang adalah rm20++. Ada masa saya rasa kesian dan hampir-hampir belikan dia popcorn tu tapi, cekalkan hati demi sebuah pembelajaran. *ayat BM A1 nih

Sebulan kemudian, pada suatu Sabtu yang indah dan Baba tiada di rumah sebab ada kelas ganti, Mimi decide that, this is the day! Hari yang dinanti-nantikan Auni. So here we go, the four of us =) Cuak jugak nak outing ke KLCC dengan 3 budak aktif ni. So pagi-pagi saya breakfast dengan ESP, dalam handbag dah prepare B Complex dan juga sebotol mealshake campur ESP sebagai bekalan.

Alhamdulillah, sampai KLCC dapat pula parking yang betul-betul naik ekskalator dan nampak Garret ni. Tengok muka excited Auni bila tercium bau Garret dan nampak kedainya. 
Sampai. Pilih.Bayar. Yeayy!! Auni made it =)

Masa bayar tu, saya biarkan Auni bayar sendiri dengan duit seringit. Biar dia rasa hasil kesabaran dia menabung.

Bayar dengan duit seringit-seringit. Hasil titik peluh menabung selama sebulan lebih.

That happy face. Priceless.
Lepas tu jalan-jalan la sekitar KLCC.

Besarnya Bunny polkadot nih

Haris masih kagum dengan Polkadot Bunny

Dua selipar Jelly Bunny 


First time berjalan dengan 3 budak ni tanpa Baba. Mimi sangat risau tak mampu handle. 

Kagum tengok 'komputer' orang dulu-dulu


for kids, ada special smoothies dalam special tumbler


Ending dengan lunch di KFC

Second Method: Prevention, Visualisation & Practical

Lepas dapat beli Gerret Popcorn tu, tak ada dah episod Auni menabung. Drive untuk menabung dah tak ada sebab apa yang dia nak dah tercapai. Suatu hari dalam kereta saya terfikir untuk ajar dia tentang konsep 'Duit Emergency'. Saya explain kenapa perlu ada duit emergency. Contohnya mungkin suatu hari guru minta kutip duit untuk beli barang-barang untuk kecerian kelas, atau mungkin suatu hari saya lupa bekalkan dia dengan duit belanja, maka dia ada duit Emergency untuk dia berbelanja pada hari tersebut.  Keesokkannya bila ditanya, memang Auni dah mula menabung duit Emergency. Tiap-tiap hari dia buat laporan tentang duit seringgit dia dah makin banyak. Dan 'amazingly' ada sesetengah hari dia hanya berbelanja rm1 di sekolah. Katanya dia dah kenyang makan makanan yang dibeli dengan kupon makanan. Jelas Auni dah tak ikut nafsu beli apa yang dia nak.  Nak dijadikan cerita, selepas seminggu Auni menabung duit Emergency suatu hari Babanya yang ditugaskan hantar Auni ke sekolah. Dan boleh agaklah kan apa yang terjadi. Hehe..Baba lupa bagi duit belanja. Bila Baba sms saya cakap dia kena ke sekolah Auni untuk bagi duit belanja,saya katakan tak perlu sebab Auni ada duit Emergency. Alhamdulillah, memang hari tu Auni survive dengan duit Emergency. Kejadian hari tu menjadikan Auni lebih faham dan menghargai konsep duit Emergency. Sehingga kini Auni masih kekal dengan tabiat menabung sebab konsep duit Emergency ternyata lebih relevant untuk menanam sifat menabung yang berkekalan.