Sunday, 5 October 2014

Aidiladha Yang Istimewa

10 Zulhijjah menandakan hari raya Aidiladha juga dikenali sebagai Raya Haji atau Raya Korban. Berbeza dengan Aidilfitri yang disambut pada 1 Syawal, perayaan Aidiladha kurang 'thrill' berteka teka esok raya ke tidak. Sebab tarikhnya telah diketahui 10 hari lebih awal.  Thrill untuk tahu tarikh Aidiladha hanya wujud di kalangan jemaah haji yang mengharapkan ianya pada hari Sabtu yang menandakan wuquf pada hari Jumaat yang digelar Haji Akbar.

Mungkin juga sambutan Aidiladha kurang meriah rasa menyambutnya sebab tidak diwajibkan berpuasa sebelum menyambutnya serta tiada amalan solat terawikh. Saya sendiri, semasa petang terakhir di pejabat sebelum bercuti Aidiladha, kurang kedengaran ucapan "Selamat Hari Raya" sesama rakan sepejabat. Ucapan raya di email, apatah lagi kad,memang tak pernah ada.

Raya Puasa meriah dengan adanya persiapan pra perayaan selama sebulan iaitu ibadah puasa. Raya Kurban atau Raya Haji pula sebenarnya persiapan pra rayanya dimulakan sejurus selepas raya puasa! Iaitu 2 bulan sebelum Raya Korban. Kalau siapa yang biasa tinggal di kampung mesti tahu apa persiapaannya. Mencari lembu korban dan individu yang nak buat korban! Kalau di kampung saya di Kelantan, dalam bulan Syawal tu dah mula soseh soseh pakcik2 di madrasah berbicang mencari gu (kawan2) untuk kongsi bahagian korban dan aktiviti mencari lembu korban. Ada yang membela sendiri lembu untuk pastikan bagi makanan terbaik pada lembu demi memastikan binatang korbannya ialah yang terbaik.

Tiap kali Raya Korban saya mesti teringat arwah Tok Ayah terutama masa dengar alunan takbir raya yang saya panggil 'Bang (Azan) Sedih'. Teringat suara merdu Tok Ayah mengalun takbir. Dia yang tahu kesukaan saya ni selalu pesan, "Dik, dengar la puas-puas Bang Sedih nih. Nanti asar Hari Raya ke 4 dah takde bang adik nih".



Melihat pada tempoh Takbir Raya selama empat hari berbanding Aidilfiti yang hanya sehai, sememangnya Aidiladha adalah perayaan yang lebih istimewa.  Keistimewaannya terletak pada dua ibadah utama iaitu ibadah Korban dan ibadah wuquf.  Ibadah Korban istimewa sebab ianya ibadah terawal yang Allah  syariatkan. Bermula dengan peristiwa Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah melalui mimpi untuk mengorbankan anaknya. Ceramah di radio ikim memperincikan, ini menggambarkan bahawa ibadah korban adalah suatu ibadah yang sabgat diperlukan manusia.  Ianya ibadah yang kita buat semata-mata hanya kerana Allah. Tanda ketaatan seorang hamba. Ianya melibatkan pengorbanan harta - wang ringgit. Ianya tidak wajib, tapi sunat muakkad. Takkan kita berdosa jika tidak kita laksanakan. Tapi kita berusaha melaksanakannya sebab kita mahu menggembirakan Pencipta kita bahwa kita sanggup berkorban demi melaksanakan ibadah sangat-sangat Allah sukai. 

Ibadah wuquf pula berlangsung sehari sebelum Aidiladha iaitu pada 9 Zulhijjah.  Istimewanya ibadah wuquf di Arafah pula kerananya ianya kemuncak ibadah haji. Satu-satunya rukun haji yang perlu dilaksanakan sendiri dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Hatta kalau sakit sekalipun, mereka akan dibawa untuk berwukuf. Ianya gambaran kepada perhimpunan besar kita di padang mahsyar kelak. Aidiladha menandakan kemenangan para hujjaj yang telah selesai melaksanakan ibadah wuquf. 

Suasana wuquf. Jemaah Haji keluar dari khemah dan berdoa bermula masuk waktu Zohor hingga masuk Maghrib.

Rasulullah berwuquf di kaki Jabal Rahmah. Sebab itu Jabal Rahmah menjadi pilihan ramai jemaah haji ketika wuquf.

Takbir Raya pula menandakan para hujjaj yang telah selesai melontar jamratul Aqabah. Jemaah haji tidak boleh bertakbir sekiranya belum selesai melontar Jamratul Aqobah. Takbir berakhir pada hari 13 Zulhijjah pula.melambangkan jemaah haji telah selesai melontar di kesemua jamrah di ketiga-tiga hari melontar.

Gambar menunjukkan tiang jamrat yang lebar. Waktu sunat untuk melontar ialah waktu dhuha 10 Zulhijjah.

Kompleks melontar 5 tingkat - kurang kesesakan untuk melontar

Sememangnya banyak kemenangan yang dirayakan semasa Aidiladha. Dan ianya hanya akan benar2 dirasai oleh siapa yang memahami tiap ibadah yang terkandung di dalamnya. Mungkin menjadi tetamu Allah menunaikan haji bukannya sesuatu yang boleh kita buat setiap tahun namun kita masih ada ibadah korban. Sebaik-baik korban ialah yang kita lihat sendiri darah binatang korban kita mengalir. Untuk itu, kita kenalah awal-awal book bahagian korban awal2. Dalam kata lain, buat persediaan awal, bukannya seminggu sebelum Aidiladha menjelma.

Saya rasa, semangat meraikan Aidiladha akan lebih terasa bila kita buat amalan2 khusus yang disunatkan khusus untuk Aidiladha. Kepada anak2, saya terfikir perlara2 berikut boleh dibuat untuk menambah rasa excited untuk merayakan Aidiladha dan menghayati erti sebenar Aidiladha. 

Antaranya:-
1) Ajak menabung dari awal tahun Islam untuk tujuan berkorban nanti. Jadi bila menjelang Zulhijjah semestinya mereka terlebih2 bersemangat untuk melihat binatang korban hasil tabungan mereka semenjak awal.
2) Ajak anak berpuasa sunat 10 Zulhijjah. Ceritakan kepada mereka tentang ibadah wuquf.
3) Ajak anak-anak berdoa beraungguh2 ketika waktu wuquf jemaah haji di Arafah kerana ianya waktu mustajab doa. 
4) Berpakaian cantik di pagi raya dan solat sunat Aidiladha di masjid.
5 )Ajak anak bertakbir raya tiap kali lepas solat sehingga asar hari ke 13 Zulhijjah.

Moga2 dengan kita usaha kita untuk lebih menghayati Aidiladha menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Amin.

Friday, 3 October 2014

Dip N Dap

Ini cerita percubaan kali kedua saya main 'water color' dengan anak.  Kali pertama, disaster! Nanti di hujung entry ni saya kongsi ceritanya.

Di petang Ahad yang nyaman, saya sapu-sapu rumah. Lepas tu nampak kotak. Lepas tu terus teringat janji manisku dengan anak-anak. Lalu saya potong kotak, konon-konon buat bentuk bekas letak warna. Susun water color dan barang-barang yang sewaktu dengannya atas meja. Tak lupa 2 bekas besar air dalam bekas besar. Lalu saya panggil anak-anak untuk memulakan aktiviti. 


Kakak tolong adik
Kami guna painting brush yang beli kat Mr DIY. Masa 1st attempt kami guna batang pokok pisang (import jauh dari Semenyih) tapi tak menjadi. Kali ni guna yang moden, mudah dan cantik corakknya.  Kakak Auni lebih kreatif, dia cari berus gigi lama dan buat 'air spray'. Alhamdulillah..so far so good. Aman dan tenang dan gembira suasanannya. Maka saya tinggalkan mereka dan pergi sambung mengemas.


Seronok betul Haris main conteng-conteng
Tak lama lepas tu, tak sampai 10 minit je tinggal tiba-tiba Haris menangis.  Rupanya Haris kena marah dengan kakak sebab dia dah basahkan satu meja tu dengan air dalam jeluk air tu. Hohoho..art-class-turned-disaster version 2. 

Elok-elok dapur dah kemas, ruang tamu dah kemas ingatkan boleh berehat dah. Kena kemas dan mop semula ruang tamu. *___*  Tarik nafas panjang-panjang saya kemaskan semuanya. Art class ditamatkan dan saya ajak semua naik atas untuk solat Asar. 

Kemudian turun semula ke dapur dan nampak ini..

Hasil karya terpampang megah di pintu peti ais
Auni tampal hasil yang dia buat. Lukisan princess tu dia buat diam-diam lepas saya tamatkan kelas tadi. Lukisan Haris? Tak payah cari lah. Dah lunyai bersama-sama air yang dia tumpahkan tadi.  Lepas tu ada nota : Daripada Auni. *Mimi cair =)

Our wall of fame
It was indeed a good activity! Bukan je anak-anak happy dapat main dan berkreatif. Sebaliknya banyak pengajarannya pada saya juga.  Cubaan kali kedua ni berjaya dibuat dalam keadaan yang happy dan tenang. Happy ending.

Masa 1st attempt tu saya buat dalam keadaan kelam kabut, tak well prepared. Anak-anak pun tak dapat saya kawal. Buat aktiviti yang melibatkan air memanglah mencabar. Anak-anak memang sangat teruja dengan water color, mak pulak 'jangan' sana, 'jangan' sini sebab risau rumah sepah malas nak kemas. 

Ending 1st art class kami tu dengan sad ending. Ada yang merajuk lepas kena tegur dengan Mimi; lukisan tak habis buat, water color terbiar sepi takde siapa nak main. Huhuu. Sedih sebab dah buat anak-anak daripada rasa happy kepada tak happy. It should be fun activity but it's  not. 

Teringatkan bad experience tu la saya dapat bersabar dengan aksi Haris tumpahkan air. Sebab saya tak nak dah rosakkan kegembiraan mereka masa bermain.  Ya, jadi ibu kena banyak BERTENANG dan BERSABAR. Dan, kena pandai2lah pilih waktu yang sesuai kalau nak buat aktiviti mencabar dengan anak-anak. "Yang ko pergi ajak anak main cat pukul 10malam esoknya hari Isnin nak kerja siapa suruh? Tu cari pasal namanya!" <--- ni nota untuk diri sendiri je. Pengajaran daripada kelas pertama yang gagal tu.


Monday, 29 September 2014

Set Berpantang Jamu atau Supplement?


Nak ambil jamu atau ubat moden untuk berpantang? Biasanya jamu dikaitkan dengan cepat baiki peranakan, kembalikan bentuk badan seperti anak dara. Juga dikaitkan dengan beri kesan 'panas', yang selalunya menyebabkan bayi cirit birit, atau dikhuatiri bayi jadi demam kuning. Sebab risaukan dua perkara inilah ramai yang dah bertukar kepada ubat moden untuk berpantang.

TAPI..
siapa kata anda kena memilih antara dua tu?
siapa kata anda tak boleh ambil dua-dua?


Bawah ni testimoni dari kawan saya. Dia ambil dua dua.  Apa yang penting bagi saya bergantung kepada jenama pilihan kita.  Yang utama bagi saya ialah pilih bjenama yang boleh dipercayai. Iyalah, macam kita nak pilih kedai makan. Selain nak cari kedai yang makanannya sedap, mesti kita nak cari kedai yang persekitarannya bersih, tukang masaknya pun berpakaian kemas dan bersih. Macam tu juga jamu. Meskipun ramuannya tradusional, proses pembuatannya mesti mementingkan aspek kebersihan yang pembuatan yang diiktiraf demi menjamin keselamatan penggunanya nanti.
. 

Kawan saya ni tidak menafikan keberkesanan jamu dan juga berusaha memberi nutrient penting yang secukupnya untuk badan cepat pulih seperti sediakala dengan pengambilan supplement Shaklee. Satu pilihan yang bijak!  Antara kesan positif yang dirasa dengan pengambilan supplemen ialah badan rasa bertenaga dan luka cepat baik. Alhamdulillah.

Setiap bahan semulajadi yang digunakan dalam membuat supplement Shaklee telah diuji di makmal tak kurang dari 350 kali. Proses piawaian yang ketat ini menjamin keselamatan supplementnya serta memberi kesan yang baik kepada pengguna. Sebab tu makin ramai yang mengambil supplement Shaklee semasa berpantang.  Menarik lagi, supplement ni sesuai di makan sepanjang masa sebab fungsinya adalah untuk membekalkan nutrient yang dipelukan badan setiap masa - bukan sesuai dimakan semasa berpantang saja. Maka tak lah rugi kalau tak sempat habis makan masa berpantang!

Antara pilihan supplement untuk berpantang dengan Shaklee. PM saya untuk khidmat nasihat terbaik anda.
Rakan Nutrisi Anda,
- Faza -
sms/whatsapp: 012 335 3549

Friday, 26 September 2014

Kacang Pool Kuala Lumpur

Kacang Pool ni antara makanan Johor yang terkenal.  Saya pun baru je kenal kacang pool ni masa gi Johor awal tahun ni.  Adik saya lah yang cadangkan suruh cuba. Masa dengar nama tu,saya bayangkan ianya macam bubur kacang dan rasanya manis. Tapi bila adik saya cakap, makan cicah roti pastu ada telur mata kerbau, otak saya terus jem. Macamana pulak bubur kacang ada telur mata nih.. "Aishh..pelik nih. Tak mungkin sedap" Sebab pelik tu lah saya gigih meng'google', meng'foursquare' lokasi Kacang Pool Haji yang famous tu.

Taraaaaa.....!! Lepas siri lawatan ke flat perumahan serta bekas tapak balai bomba Larkin (thanks to Waze and google for this..haha) , kami sampai juga ke destinasi impian hati. Siapa-siapa yang menggunakan perkhidmatan Mr Google, ketahuilah bahawa kedai kacang pool haji yang femes ni dah bukan dekat balai bomba larkin. Kedai tu sekarang berada di Plaza Larkin.



Plaza Larkin, here we are!

Pertama kali bertentang mata dengan Kacang Pool original Johor mari..


Memang berbaloi tahan perut sebab sesat cari tempat. Roti tebal yang crispy. Kuah kacang dengan daging cincang berempah. Ditabur potongan bawang dan cili besar, perah asam limau- bless!  Plus, telur mata dengan kuning cair2..awww..meleleh air liur sambil menaip nih.

Penangan Kacang Pool Haji memang tak terhenti di situ. Tiap saat lepas balik KL tu, kami masih teringat-ingat. Haha..overrr..so misi pencarian Kacang Pool di Kuala Lumpur bermula.  Dipendekkan cerita selepas beberapa misi gagal, kami berjaya menjejak Kacang Pool di Kuala Lumpur! Err, Putrajaya to be extact, Pekan Sehari dekat Masjid Besi, Putrajaya setiap Selasa dan Jumaat.  Cuti Hari Malaysia yang lepas jatuh pada hari Selasa, maka kami meraikannya dengan Kacang Pool. 

Kacang Pool Putrajaya - rupa ada, rasa dah sipi2 dengan yang kat JB. 
Ha..cari gerai ni ya. Tempatnya berubah2. Kena tawaf la mencari.

Menarik betul Pekan Sehari Putrajaya. Macam-macam ada. Antara yang menarik perhatian kami Aiskrim goreng, char kuey teow dan Kambing Bakar!! Kami jumpa 3 gerai Kambing Bakar. Rasanya memang puashati. 


Anak-anak pulak excited dengan gerai2 yang jual baju dan mainan Frozen. Dan double happy sebab berjaya mencairkan hati Mimi untuk belikan patung Frozen. RM20 untuk 2 anak patung Anna Elsa yang cantik kualitinya - memang Mimi cairlah.. Then kami singgah solat di Masjid Besi. Wah, rasa boleh sesat ala2 kat masjidil haram pulak tempat parkingnya.

Iman tu girl ya..sejak rambut pendek susah hati dia kena justify dia girl. Tapi tengok gaya tu, tak ke bukan macam girl? Originally pakai skirt macam kakak, tapi kotor dah tinggal seluar..alahaiii..makin la macam boy.

Sempat buat kawan masa main-main kat tempat main kat Masjid Besi
From Masjid Besi with Love =)

Ok, untuk yang nak ke Johor Bahru dan rasa nak cuba kelazatan Kacang Pool, bawah ni alamat ke Plaza Larkin. Saya ambil dari sini. Siapa yang tak berkesempatan ke Johor, boleh ke Pekan Sehari Putrajaya setiap Selasa dan Jumaat. Atau, siapa yang tak boleh nak imagine dan tak sabar nak tau rasanya, boleh cuba Coney Dog 1901. Bagi saya, rasanya ala-ala kacang pool.

Restaurant name: Kacang Pool Haji
Address: K14, Selera Johor (next to Plaza Larkin)
Maphttp://goo.gl/maps/hIJR
GPS: 1.497875,103.743231
Hours: Daily 

Tuesday, 23 September 2014

Seminar Keluarga Sunnah 2.0

Seminar Keluarga Sunnah Bersama Ebbit Lew

Selama ni asyik dengar perkongsian Saudara Ebit Lew di radio ikim.fm. Alhamdulillah pada 14 September lepas saya dan keluarga dapat dengar perkongsian beliau secara 'live' di Seminar Keluarga Sunnah 2.0  yang dibuat di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia. 

Saya rasa ada lebih 2000 peserta yang hadir

Terima kasih tak terhingga kepada penganjur program yang prihatin dengan kekangan peserta program. Mereka sediakan tempat penjagaan anak-anak yang ada macam-macam aktiviti untuk occupied anak2 menunggu mak ayah yang seharian berkursus. Syukur sangat-sangat.

Tempat penjagaan anak-anak yang disediakan pengajur program.

"Tugas isteri adalah pengurus rumahtangga, dan mendidik anak".


"Para wanita kini ramai yang meninggalkan kubu masing-masing dan menyerahkannya kepada pembantu rumah.  Wanita berpendidikan tinggi namun keluar memberi tunjuk ajar kepada orang lain sedangkan tugas hakiki mendidik anak dilepaskan kepada pembantu rumah yang berpendidikan rendah.  Ini antara punca meningkatnya masalah remaja".


"Wanita harus bijak ilmu komunikasi".


Tiga perkara ini adalah fakta umum yang biasa saya dengar tapi hidayah untuk benar-benar menghayati serta memahaminya hanya saya perolehi ketika berada di dalam dewan besar UPM pada 14 September itu.

Saya ada terfikir bahawa saya tak perlu ke seminar sebab banyak perkongsian yang diberi pada hari tersebut mampu saya perolehi melalui cd ataupun baca tulisan oleh penceramah. Benar. Saya mungkin beroleh perkongsian tersebut tapi bukan hidayah Allah.  Barangkali asbab menghadiri majlis taman2 ilmu yang dipayungi para malaikat serta dihadiri insan2 yang disayangi Allah menjadi penyebab untuk saya beroleh kesedaran akan kepentingan tiga pesanan di atas.  

Bagi yang tak berkesempatan hadir, u can always turn to youtube. Dah banyak video dan audio ceramah Ebit Lew, Habib Zainal Abidin dan lain2. Itu juga yang saya buat selepas seminar, untuk refresh dan tambah pemahaman.

Overall, saya sangat puas hati dengan keseluruhan program. Perkara paling saya hargai ialah khidmat penjagaan anak-anak yang disediakan. Pelbagai aktiviti disediakan dan anak2 cuba dilayan sebaik dan semampu mungkin. Alhamdulilllah. Dapatlah saya dan suami ikut program dengan senang sebab hanya Haris dengan kami. Kakak-kakak excited nak gi main dengan kawan. Berikut antara point yang sempat saya catat. Sesi pertama bersama Ebit Lew tak sempat saya catat sebab sibuk menguruskan anak2.


Ebbit Lew

Beli buku tulisan Ebit Lew dan terus dapatkan authograph penulisnya.


" Jangan lihat apa yang diberi (isteri), tapi lihat siapa yang memberi (Allah). Isteri adalah anugerah yang Allah pilih dan beri kepada kita sebagai satu tanggungjawab." - Ebit Lew


Antara cerita menarik yang beliau kongsi ialah perkongsian seorang isteri tentang suaminya yang masih belum menunaikan ibadah wajibnya dengan sempurna.  Ebbit Lew berkongsi cerita latarbelakang keluarga beliau yang juga tidak sempurna menunaikan perintah agama. Perubahan terjadi di dalam keluarga semenjak beliau mengamalkan bacaan hadis di dalam rumahnya.  Suatu hari selepas beliau habis membaca hadis, ayahnya datang dan kata, "Ebit, tolong ajar ayah solat". Allahuakbar. 

Beliau beri cabaran kepada setiap peserta untuk mulakan amalan baca hadis setiap hari selama 40 hari di rumah, kemudian lihat perubahan yang bakal berlaku dalam rumah.  Selain itu beliau juga menyeru peserta untuk belajar menangis dan pohon bantuan Allah tiap kali buntu berhadapan dengan masalah. Beliau kata banyak keajaiban dan bantuan dari Allah yang akan datang kalau kita menangis dan minta sungguh-sungguh dari Allah.

Antara buku yang penuh dengan hadis dan potongan ayat Quran yang best beserta huraian.

Habib Ali Zainal Abidin.

  • Bersikap baik dalam semua keadaan: Suka dan duka. Bukan ketika dalam keadaan gembira sahaja. Bersikap baik kepada suami ketika suami tidak bersikap baik kepada isteri.
  • Kehidupan keluarga Rasulullah : paling romantis, berkasih sayang, maaruf sesama ahli keluarga. Keluarga contoh hasil didikan terus dari Allah.
  • Jabir r.a ditegur Rasulullah "hendaklah kamu berlemah lembut dengan 'al-khawarir' ( kaca yang mudah pecah)". Ketika itu Jabir jalan agak laju membuatkan isteri beliau yang berjalan bersama beliau tercungap2.


  • Siti Sofiya datang ketuk pintu rumah A'isyah untuk menghantar makanan kepada Rasulullah. A'isyah cemburu lalu berkata sesuatu yang kurang baik tentang Siti Sofiya. Walaupun A'isyah merupakan isteri yang disayangi Rasu..."Kalimah yang kamu katakan tadi, sekiranya dicampur dengan air di lautan, ianya akan merubah warna air laut (iaitu mengumpat)". Atas sebab sayang kepada A'isyah Rasullullah menegur terus. Bukannya romantik atau sayang isteri dengan tidak tegur kesalahan isteri. Bertegas tapi bukan dgn kekasaran. 
  • Siti Sofiyah anak kepada bangsawan Yahudi. Dia berkahwin dengan Rasulullah untuk mendapat kebebasan. Tiada orang yang dia paling benci ketika itu selain Rasulullah yang membuat sanak saudara dan ibu ayahnya terbunuh.  Namun di malam pertama perkahwinan, Rasulullah menerangkan sebab kenapa kaum keluarga Sofiya diperangi sehinggakan Sofiya jatuh cinta kepada Rasulullah.
  • Rasul juga menghadapi masalah khuluqi dalam rumahtangga namun beliau berhadapan dengan memperbaikinya kerana tugas beliau adalah memperbaiki akhlak manusia.  Antaranya sifat cemburu di kalangan isterinya. Contoh permaufakatan di antara Hafsah dengan Aisyah yang mengatakan mulut Rasulullah berbau busuk walhal. Masalah ke 2, masalah ekonomi. Juga berlaku dlm keluarga beliau.
  • Jgn cari kesalahan org lain namun cari penyelesaian utk menyelesaikan masalah org lain.
  • Apabila telah memasuki gerbang runahtangga hendaklah bersedia tanggungjawab yang ada.  Asas dalam rumah tangga ialah bersikap lemah lembut dalam permaslahan yg timbul.


Ust Pahrol Juoi

  • Biasakan memberi untuk menerima.
  • Besarkan pemberian suami walaupun sedikit insyaAllah cinta suami kepadamu akan bertambah.
  • Berikan kata2 yg menyenangkan ketika suamimu didalam keadaan yg moody crisis
  • Jadi lantai yang rendah kepada suami nanti suami akan jadi bumbung yg melindungi.
  • Jadilah tempat duduk yg lembut utknya, nescaya suami akan jadi penegak yg gagah utk melindungimu.
  • Krisis rumahtangga masih ada harapan utk diselamatkan sekiranya.suami masih bertangungjawab beri nafkah zahir. Hukum feqah nafkah batin sekurang2 dalam 4 hari.
  • Haram isteri menceritakan keaiban (material, fizikal atau apa saja) suami kepada orang lain.
  • Minta maaf sentiasa. Tak tunggu hari raya.
  • Orang yang paling bagus (suami) utk diberi kerja adalh org yang kuat(kesabaran) dan bijak. Isteri perlu ada akhlak yg baik dan ilmu penguruaan dalam rumahtangga.
  • Sabar. Lemah lembut.
  • Suami sebagai pelindung yg adil, pendidik yang menyanyangi.
  • Isteri sebagai pengurus-beri motovasi, dorongan dan kata2 semangat kepada suami. Kena ada kesabaran dan tahu teknik komunikasi.  

Perihal bersedekah. 

  • Lebih afdal memberi hutang daripada memberi sedelah sbb yg minta hutang sbb sgt memerlukan. Beri sedekah kepada org yg meminta sedekah.
  • Beri hadiah utk org yg x minta ianya menyuburkan mahabbah.
  • Beri sedekah afdal kepada ahli keluarga terdekat yang sangat dalam kesempitan. Tapi bila keperluan keluarga dah cukup, bersedekahlah kepada masyarakat. Sahabat tiada makanan di rumah tetapi beri makan kepada tetamu yang datang. Turun ayat al Quran tentang Allah meredhai keluarga tu.  Sedekah tu sangat luas, bukan setakat wang ringgit. Tolong orang dgn tenaga 4 kerat. Buang halangan di jln raya. 
Perkongsian berikut dari Ustaz Pahrol buat saya terkesima. Ya Allah, sampaikan hajat saya untuk bekerja dari rumah =(

" Wanita sekarang meninggalkan kubunya (untuk mendidik anak2 demi keluar bekerja, tinggalkan anak2 dengan pembantu rumah) sebab tu antara punca anak2 bermasalah. Ibu adalah madrasah pendidikan anak2.Quality time must come with quantity." - Ustaz Pahrol Juoi


Seterusnya kami solat di Masjid UPM. Anak-anak seronok main kat padang rumput kat situ. Ada pokok Kenanga yang rendang  Mimi pun suruh anak-anak main panjat pokok, among my favorite chilhood activity. Selain dapat pengalaman panjat pokok, anak2 dapat pengalaman kenal kerengga.  

Bila pulang, anak-anak bercerita keseronokan hari tu. Dalam perjalanan pulang, Auni kata, "Mimi, Auni suka sangat hari ni." Masa bercerita tentang kerengga pulak dia cakap, "Haa..kerengga tu yang gigit Auni masa kita pergi kursus hari tu kan?". Ya nak, masa KITA pergi kursus.  Alhamdulillah.

Model baju Nurhaya Collection =)
Moga besar nanti jadi mukmin yang professional. Amin