Harga Produk Shaklee

Pages

Friday, 19 September 2014

Orkid Hutan Yang Pelik

Ini bunga orkid dari pokok orkid hutan yang emak saya tanam di kampung. Maaf, saya tak tahu pulak nama saintifiknya.  Emak saya kata dah lama pokok ni tak berbunga, ada lah dalam 5 tahun sejak kali terakhir dia berbunga. Tapi, sekali dia berbunga, memang berbaloi-baloi lah menunggu 5 tahun tu. Cuba tengok bunganya.


Hijau terang, macam bunga plastik! 

Bentuk dan warna dia unik sekali! Hijau terang. Sekali imbas macam alien pun ada. Hehe.. Ia memang macam alien kalau anda tahu cerita seterusnya.  Cuba tengok bunga ni pulak.

Meriah warna bunga orkid ni.

Ini pun bunga orkid dari pokok orkid hutan yang dah lama tak berbunga. In fact, tak pernah emak saya tengok bunga seperti ni! Sebab selama ni pokoknya mengeluarkan bunga berwarna hijau seperti gambar pertama!

Cop! Adakah saya mengelirukan anda? Senang cerita, bunga hijau dan bunga meriah ni datangnya dari satu pokok yang SAMA. Haa..alien kan? Macamana satu pokok boleh keluarkan bunga yang berbeza.  Tak percaya? Tengok gambar ni. Bunga yang panjang menjalar dan ada sekuntum di kanan gambar bunga yang berwarna hijau.


Okay, tengok gambar ni kalau tak jelas.

Satu pokok, dua bunga berbeza!

Harap anda percaya sekarang.  Nak senang, kita klasifikasikan je cerita pokok berbunga dua bunga yang berbeza ni ni sebagai cerita misteri Nusantara. Tapi ayah saya dah kemukakan hasil pemerhatian dan penjelasan saintifik beliau. Katanya,

Daripada bukti2 yang dilihat, jelas menunjukkan pokok orkid ini mengeluarkan dua jenis bunga serentak iaitu bunga jantan dan bunga betina.  Dalam kes pokok orkid Ma ni, bunga jantan ialah yang berwarna meriah tu. Rupanya menarik tapi tidak berbau.  Manakala bunga betina ialah yang berwarna hijau dan ia memiliki ciri2 bunga betina iaitu antara mempunyai bau manakala bung ajantan tidak berbau, berwarna menarik.  Kalau tak salah saya, bunga jantan kena cantik supaya menarik perhatian serangga yang berfungsi sebagai ejen pendebungaan datang kepadanya untuk menjayakan proses pendebungaan. So bunga jantan hensem kacak bergaya, bunga betina bersederhana, tidak tabarruj (berhias berlebih-lebihan).  Hmm, hikmah kejadian alam untuk manusia ambil iktibar dan pengajaran.

Mungkin ada yang dah tahu bahawa
  • pokok pun ada jantina jantan betinanya. Nak kenal apa jantinanya, tengok bentuk/jenis bunganya. 
  • kebiasaannya pokok hanya ada 1 jantina. Maka bunga hanya sejenis. Samaada bunga jantan, ataupun bunga betina. Contoh mudah, anda perasan tak bunga pokok betik ada 2 jenis. Kalau pokok betik yg keluarkan bunga jantan maka simpan aje lah angan2 nak makan buahnya. Takkan berbuah! Ha..ni saya dah googlekan gambar bunga betik. Tak payah la anda nak balik kampung semata-mata nak gi cari pokok betik. 
Bunga jantan, pokoknya tiada buah.

Pokok yang berbuah, bunganya betina.

Maka, pokok orkid Ma ini superb! Double alien. Sebab dia dua jantina. Hehe..pokok akhir zaman, bak kata akhbar Harian Metro. Ayah saya kemukakan teori, kemungkinan punca hal ini terjadi ialah, faktor usia/kematangan pokok, faktor suhu/cuaca atau baja yang mak saya gunakan pada pokok ini. Maka penjelasan Ayah berjaya melenyapkan hasrat saya untuk memanggil wartawan akhbar Metro ke rumah untuk buat liputan tentang orkid pelik ni. Hilang lah peluang nak keluar page depan Metro Ahad ni. Kami menantikan pemerhatian dan teori2 saintifik yang berikutnya dari ayah, Mr NCY. 

Pengajarannya, marilah berbudi kepada tanah, we never know what we gonna get.  Dan pengajaran ke dua, jangan mudah nak mensensasikan berita. Selidik dulu guna akal dan ilmu, tingkatkan prestasi elakkan kontrovosi. Hehe.


2 comments:

  1. Owh...serentak berbunga erk. Ada jantan nagn betina plak tu. Baru tau ☺

    Pasal tadika. Memang agak susah nak cari tadika yg serasi. Tawakal jer lah. Saya pon tgh survey utk hantar anak tadika tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..orkid ni kes2 terpencil,jarang2 berlaku. TQ fiza sudi ziarah =) Saya sekarang pening nak decide tadika mana.

      Delete