Harga Produk Shaklee

Pages

Monday, 29 September 2014

Set Berpantang Jamu atau Supplement?


Nak ambil jamu atau ubat moden untuk berpantang? Biasanya jamu dikaitkan dengan cepat baiki peranakan, kembalikan bentuk badan seperti anak dara. Juga dikaitkan dengan beri kesan 'panas', yang selalunya menyebabkan bayi cirit birit, atau dikhuatiri bayi jadi demam kuning. Sebab risaukan dua perkara inilah ramai yang dah bertukar kepada ubat moden untuk berpantang.

TAPI..
siapa kata anda kena memilih antara dua tu?
siapa kata anda tak boleh ambil dua-dua?


Bawah ni testimoni dari kawan saya. Dia ambil dua dua.  Apa yang penting bagi saya bergantung kepada jenama pilihan kita.  Yang utama bagi saya ialah pilih bjenama yang boleh dipercayai. Iyalah, macam kita nak pilih kedai makan. Selain nak cari kedai yang makanannya sedap, mesti kita nak cari kedai yang persekitarannya bersih, tukang masaknya pun berpakaian kemas dan bersih. Macam tu juga jamu. Meskipun ramuannya tradusional, proses pembuatannya mesti mementingkan aspek kebersihan yang pembuatan yang diiktiraf demi menjamin keselamatan penggunanya nanti.
. 

Kawan saya ni tidak menafikan keberkesanan jamu dan juga berusaha memberi nutrient penting yang secukupnya untuk badan cepat pulih seperti sediakala dengan pengambilan supplement Shaklee. Satu pilihan yang bijak!  Antara kesan positif yang dirasa dengan pengambilan supplemen ialah badan rasa bertenaga dan luka cepat baik. Alhamdulillah.

Setiap bahan semulajadi yang digunakan dalam membuat supplement Shaklee telah diuji di makmal tak kurang dari 350 kali. Proses piawaian yang ketat ini menjamin keselamatan supplementnya serta memberi kesan yang baik kepada pengguna. Sebab tu makin ramai yang mengambil supplement Shaklee semasa berpantang.  Menarik lagi, supplement ni sesuai di makan sepanjang masa sebab fungsinya adalah untuk membekalkan nutrient yang dipelukan badan setiap masa - bukan sesuai dimakan semasa berpantang saja. Maka tak lah rugi kalau tak sempat habis makan masa berpantang!

Antara pilihan supplement untuk berpantang dengan Shaklee. PM saya untuk khidmat nasihat terbaik anda.
Rakan Nutrisi Anda,
- Faza -
sms/whatsapp: 012 335 3549

Friday, 26 September 2014

Kacang Pool Kuala Lumpur

Kacang Pool ni antara makanan Johor yang terkenal.  Saya pun baru je kenal kacang pool ni masa gi Johor awal tahun ni.  Adik saya lah yang cadangkan suruh cuba. Masa dengar nama tu,saya bayangkan ianya macam bubur kacang dan rasanya manis. Tapi bila adik saya cakap, makan cicah roti pastu ada telur mata kerbau, otak saya terus jem. Macamana pulak bubur kacang ada telur mata nih.. "Aishh..pelik nih. Tak mungkin sedap" Sebab pelik tu lah saya gigih meng'google', meng'foursquare' lokasi Kacang Pool Haji yang famous tu.

Taraaaaa.....!! Lepas siri lawatan ke flat perumahan serta bekas tapak balai bomba Larkin (thanks to Waze and google for this..haha) , kami sampai juga ke destinasi impian hati. Siapa-siapa yang menggunakan perkhidmatan Mr Google, ketahuilah bahawa kedai kacang pool haji yang femes ni dah bukan dekat balai bomba larkin. Kedai tu sekarang berada di Plaza Larkin.



Plaza Larkin, here we are!

Pertama kali bertentang mata dengan Kacang Pool original Johor mari..


Memang berbaloi tahan perut sebab sesat cari tempat. Roti tebal yang crispy. Kuah kacang dengan daging cincang berempah. Ditabur potongan bawang dan cili besar, perah asam limau- bless!  Plus, telur mata dengan kuning cair2..awww..meleleh air liur sambil menaip nih.

Penangan Kacang Pool Haji memang tak terhenti di situ. Tiap saat lepas balik KL tu, kami masih teringat-ingat. Haha..overrr..so misi pencarian Kacang Pool di Kuala Lumpur bermula.  Dipendekkan cerita selepas beberapa misi gagal, kami berjaya menjejak Kacang Pool di Kuala Lumpur! Err, Putrajaya to be extact, Pekan Sehari dekat Masjid Besi, Putrajaya setiap Selasa dan Jumaat.  Cuti Hari Malaysia yang lepas jatuh pada hari Selasa, maka kami meraikannya dengan Kacang Pool. 

Kacang Pool Putrajaya - rupa ada, rasa dah sipi2 dengan yang kat JB. 
Ha..cari gerai ni ya. Tempatnya berubah2. Kena tawaf la mencari.

Menarik betul Pekan Sehari Putrajaya. Macam-macam ada. Antara yang menarik perhatian kami Aiskrim goreng, char kuey teow dan Kambing Bakar!! Kami jumpa 3 gerai Kambing Bakar. Rasanya memang puashati. 


Anak-anak pulak excited dengan gerai2 yang jual baju dan mainan Frozen. Dan double happy sebab berjaya mencairkan hati Mimi untuk belikan patung Frozen. RM20 untuk 2 anak patung Anna Elsa yang cantik kualitinya - memang Mimi cairlah.. Then kami singgah solat di Masjid Besi. Wah, rasa boleh sesat ala2 kat masjidil haram pulak tempat parkingnya.

Iman tu girl ya..sejak rambut pendek susah hati dia kena justify dia girl. Tapi tengok gaya tu, tak ke bukan macam girl? Originally pakai skirt macam kakak, tapi kotor dah tinggal seluar..alahaiii..makin la macam boy.

Sempat buat kawan masa main-main kat tempat main kat Masjid Besi
From Masjid Besi with Love =)

Ok, untuk yang nak ke Johor Bahru dan rasa nak cuba kelazatan Kacang Pool, bawah ni alamat ke Plaza Larkin. Saya ambil dari sini. Siapa yang tak berkesempatan ke Johor, boleh ke Pekan Sehari Putrajaya setiap Selasa dan Jumaat. Atau, siapa yang tak boleh nak imagine dan tak sabar nak tau rasanya, boleh cuba Coney Dog 1901. Bagi saya, rasanya ala-ala kacang pool.

Restaurant name: Kacang Pool Haji
Address: K14, Selera Johor (next to Plaza Larkin)
Maphttp://goo.gl/maps/hIJR
GPS: 1.497875,103.743231
Hours: Daily 

Tuesday, 23 September 2014

Seminar Keluarga Sunnah 2.0

Seminar Keluarga Sunnah Bersama Ebbit Lew

Selama ni asyik dengar perkongsian Saudara Ebit Lew di radio ikim.fm. Alhamdulillah pada 14 September lepas saya dan keluarga dapat dengar perkongsian beliau secara 'live' di Seminar Keluarga Sunnah 2.0  yang dibuat di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia. 

Saya rasa ada lebih 2000 peserta yang hadir

Terima kasih tak terhingga kepada penganjur program yang prihatin dengan kekangan peserta program. Mereka sediakan tempat penjagaan anak-anak yang ada macam-macam aktiviti untuk occupied anak2 menunggu mak ayah yang seharian berkursus. Syukur sangat-sangat.

Tempat penjagaan anak-anak yang disediakan pengajur program.

"Tugas isteri adalah pengurus rumahtangga, dan mendidik anak".


"Para wanita kini ramai yang meninggalkan kubu masing-masing dan menyerahkannya kepada pembantu rumah.  Wanita berpendidikan tinggi namun keluar memberi tunjuk ajar kepada orang lain sedangkan tugas hakiki mendidik anak dilepaskan kepada pembantu rumah yang berpendidikan rendah.  Ini antara punca meningkatnya masalah remaja".


"Wanita harus bijak ilmu komunikasi".


Tiga perkara ini adalah fakta umum yang biasa saya dengar tapi hidayah untuk benar-benar menghayati serta memahaminya hanya saya perolehi ketika berada di dalam dewan besar UPM pada 14 September itu.

Saya ada terfikir bahawa saya tak perlu ke seminar sebab banyak perkongsian yang diberi pada hari tersebut mampu saya perolehi melalui cd ataupun baca tulisan oleh penceramah. Benar. Saya mungkin beroleh perkongsian tersebut tapi bukan hidayah Allah.  Barangkali asbab menghadiri majlis taman2 ilmu yang dipayungi para malaikat serta dihadiri insan2 yang disayangi Allah menjadi penyebab untuk saya beroleh kesedaran akan kepentingan tiga pesanan di atas.  

Bagi yang tak berkesempatan hadir, u can always turn to youtube. Dah banyak video dan audio ceramah Ebit Lew, Habib Zainal Abidin dan lain2. Itu juga yang saya buat selepas seminar, untuk refresh dan tambah pemahaman.

Overall, saya sangat puas hati dengan keseluruhan program. Perkara paling saya hargai ialah khidmat penjagaan anak-anak yang disediakan. Pelbagai aktiviti disediakan dan anak2 cuba dilayan sebaik dan semampu mungkin. Alhamdulilllah. Dapatlah saya dan suami ikut program dengan senang sebab hanya Haris dengan kami. Kakak-kakak excited nak gi main dengan kawan. Berikut antara point yang sempat saya catat. Sesi pertama bersama Ebit Lew tak sempat saya catat sebab sibuk menguruskan anak2.


Ebbit Lew

Beli buku tulisan Ebit Lew dan terus dapatkan authograph penulisnya.


" Jangan lihat apa yang diberi (isteri), tapi lihat siapa yang memberi (Allah). Isteri adalah anugerah yang Allah pilih dan beri kepada kita sebagai satu tanggungjawab." - Ebit Lew


Antara cerita menarik yang beliau kongsi ialah perkongsian seorang isteri tentang suaminya yang masih belum menunaikan ibadah wajibnya dengan sempurna.  Ebbit Lew berkongsi cerita latarbelakang keluarga beliau yang juga tidak sempurna menunaikan perintah agama. Perubahan terjadi di dalam keluarga semenjak beliau mengamalkan bacaan hadis di dalam rumahnya.  Suatu hari selepas beliau habis membaca hadis, ayahnya datang dan kata, "Ebit, tolong ajar ayah solat". Allahuakbar. 

Beliau beri cabaran kepada setiap peserta untuk mulakan amalan baca hadis setiap hari selama 40 hari di rumah, kemudian lihat perubahan yang bakal berlaku dalam rumah.  Selain itu beliau juga menyeru peserta untuk belajar menangis dan pohon bantuan Allah tiap kali buntu berhadapan dengan masalah. Beliau kata banyak keajaiban dan bantuan dari Allah yang akan datang kalau kita menangis dan minta sungguh-sungguh dari Allah.

Antara buku yang penuh dengan hadis dan potongan ayat Quran yang best beserta huraian.

Habib Ali Zainal Abidin.

  • Bersikap baik dalam semua keadaan: Suka dan duka. Bukan ketika dalam keadaan gembira sahaja. Bersikap baik kepada suami ketika suami tidak bersikap baik kepada isteri.
  • Kehidupan keluarga Rasulullah : paling romantis, berkasih sayang, maaruf sesama ahli keluarga. Keluarga contoh hasil didikan terus dari Allah.
  • Jabir r.a ditegur Rasulullah "hendaklah kamu berlemah lembut dengan 'al-khawarir' ( kaca yang mudah pecah)". Ketika itu Jabir jalan agak laju membuatkan isteri beliau yang berjalan bersama beliau tercungap2.


  • Siti Sofiya datang ketuk pintu rumah A'isyah untuk menghantar makanan kepada Rasulullah. A'isyah cemburu lalu berkata sesuatu yang kurang baik tentang Siti Sofiya. Walaupun A'isyah merupakan isteri yang disayangi Rasu..."Kalimah yang kamu katakan tadi, sekiranya dicampur dengan air di lautan, ianya akan merubah warna air laut (iaitu mengumpat)". Atas sebab sayang kepada A'isyah Rasullullah menegur terus. Bukannya romantik atau sayang isteri dengan tidak tegur kesalahan isteri. Bertegas tapi bukan dgn kekasaran. 
  • Siti Sofiyah anak kepada bangsawan Yahudi. Dia berkahwin dengan Rasulullah untuk mendapat kebebasan. Tiada orang yang dia paling benci ketika itu selain Rasulullah yang membuat sanak saudara dan ibu ayahnya terbunuh.  Namun di malam pertama perkahwinan, Rasulullah menerangkan sebab kenapa kaum keluarga Sofiya diperangi sehinggakan Sofiya jatuh cinta kepada Rasulullah.
  • Rasul juga menghadapi masalah khuluqi dalam rumahtangga namun beliau berhadapan dengan memperbaikinya kerana tugas beliau adalah memperbaiki akhlak manusia.  Antaranya sifat cemburu di kalangan isterinya. Contoh permaufakatan di antara Hafsah dengan Aisyah yang mengatakan mulut Rasulullah berbau busuk walhal. Masalah ke 2, masalah ekonomi. Juga berlaku dlm keluarga beliau.
  • Jgn cari kesalahan org lain namun cari penyelesaian utk menyelesaikan masalah org lain.
  • Apabila telah memasuki gerbang runahtangga hendaklah bersedia tanggungjawab yang ada.  Asas dalam rumah tangga ialah bersikap lemah lembut dalam permaslahan yg timbul.


Ust Pahrol Juoi

  • Biasakan memberi untuk menerima.
  • Besarkan pemberian suami walaupun sedikit insyaAllah cinta suami kepadamu akan bertambah.
  • Berikan kata2 yg menyenangkan ketika suamimu didalam keadaan yg moody crisis
  • Jadi lantai yang rendah kepada suami nanti suami akan jadi bumbung yg melindungi.
  • Jadilah tempat duduk yg lembut utknya, nescaya suami akan jadi penegak yg gagah utk melindungimu.
  • Krisis rumahtangga masih ada harapan utk diselamatkan sekiranya.suami masih bertangungjawab beri nafkah zahir. Hukum feqah nafkah batin sekurang2 dalam 4 hari.
  • Haram isteri menceritakan keaiban (material, fizikal atau apa saja) suami kepada orang lain.
  • Minta maaf sentiasa. Tak tunggu hari raya.
  • Orang yang paling bagus (suami) utk diberi kerja adalh org yang kuat(kesabaran) dan bijak. Isteri perlu ada akhlak yg baik dan ilmu penguruaan dalam rumahtangga.
  • Sabar. Lemah lembut.
  • Suami sebagai pelindung yg adil, pendidik yang menyanyangi.
  • Isteri sebagai pengurus-beri motovasi, dorongan dan kata2 semangat kepada suami. Kena ada kesabaran dan tahu teknik komunikasi.  

Perihal bersedekah. 

  • Lebih afdal memberi hutang daripada memberi sedelah sbb yg minta hutang sbb sgt memerlukan. Beri sedekah kepada org yg meminta sedekah.
  • Beri hadiah utk org yg x minta ianya menyuburkan mahabbah.
  • Beri sedekah afdal kepada ahli keluarga terdekat yang sangat dalam kesempitan. Tapi bila keperluan keluarga dah cukup, bersedekahlah kepada masyarakat. Sahabat tiada makanan di rumah tetapi beri makan kepada tetamu yang datang. Turun ayat al Quran tentang Allah meredhai keluarga tu.  Sedekah tu sangat luas, bukan setakat wang ringgit. Tolong orang dgn tenaga 4 kerat. Buang halangan di jln raya. 
Perkongsian berikut dari Ustaz Pahrol buat saya terkesima. Ya Allah, sampaikan hajat saya untuk bekerja dari rumah =(

" Wanita sekarang meninggalkan kubunya (untuk mendidik anak2 demi keluar bekerja, tinggalkan anak2 dengan pembantu rumah) sebab tu antara punca anak2 bermasalah. Ibu adalah madrasah pendidikan anak2.Quality time must come with quantity." - Ustaz Pahrol Juoi


Seterusnya kami solat di Masjid UPM. Anak-anak seronok main kat padang rumput kat situ. Ada pokok Kenanga yang rendang  Mimi pun suruh anak-anak main panjat pokok, among my favorite chilhood activity. Selain dapat pengalaman panjat pokok, anak2 dapat pengalaman kenal kerengga.  

Bila pulang, anak-anak bercerita keseronokan hari tu. Dalam perjalanan pulang, Auni kata, "Mimi, Auni suka sangat hari ni." Masa bercerita tentang kerengga pulak dia cakap, "Haa..kerengga tu yang gigit Auni masa kita pergi kursus hari tu kan?". Ya nak, masa KITA pergi kursus.  Alhamdulillah.

Model baju Nurhaya Collection =)
Moga besar nanti jadi mukmin yang professional. Amin

Friday, 19 September 2014

Orkid Hutan Yang Pelik

Ini bunga orkid dari pokok orkid hutan yang emak saya tanam di kampung. Maaf, saya tak tahu pulak nama saintifiknya.  Emak saya kata dah lama pokok ni tak berbunga, ada lah dalam 5 tahun sejak kali terakhir dia berbunga. Tapi, sekali dia berbunga, memang berbaloi-baloi lah menunggu 5 tahun tu. Cuba tengok bunganya.


Hijau terang, macam bunga plastik! 

Bentuk dan warna dia unik sekali! Hijau terang. Sekali imbas macam alien pun ada. Hehe.. Ia memang macam alien kalau anda tahu cerita seterusnya.  Cuba tengok bunga ni pulak.

Meriah warna bunga orkid ni.

Ini pun bunga orkid dari pokok orkid hutan yang dah lama tak berbunga. In fact, tak pernah emak saya tengok bunga seperti ni! Sebab selama ni pokoknya mengeluarkan bunga berwarna hijau seperti gambar pertama!

Cop! Adakah saya mengelirukan anda? Senang cerita, bunga hijau dan bunga meriah ni datangnya dari satu pokok yang SAMA. Haa..alien kan? Macamana satu pokok boleh keluarkan bunga yang berbeza.  Tak percaya? Tengok gambar ni. Bunga yang panjang menjalar dan ada sekuntum di kanan gambar bunga yang berwarna hijau.


Okay, tengok gambar ni kalau tak jelas.

Satu pokok, dua bunga berbeza!

Harap anda percaya sekarang.  Nak senang, kita klasifikasikan je cerita pokok berbunga dua bunga yang berbeza ni ni sebagai cerita misteri Nusantara. Tapi ayah saya dah kemukakan hasil pemerhatian dan penjelasan saintifik beliau. Katanya,

Daripada bukti2 yang dilihat, jelas menunjukkan pokok orkid ini mengeluarkan dua jenis bunga serentak iaitu bunga jantan dan bunga betina.  Dalam kes pokok orkid Ma ni, bunga jantan ialah yang berwarna meriah tu. Rupanya menarik tapi tidak berbau.  Manakala bunga betina ialah yang berwarna hijau dan ia memiliki ciri2 bunga betina iaitu antara mempunyai bau manakala bung ajantan tidak berbau, berwarna menarik.  Kalau tak salah saya, bunga jantan kena cantik supaya menarik perhatian serangga yang berfungsi sebagai ejen pendebungaan datang kepadanya untuk menjayakan proses pendebungaan. So bunga jantan hensem kacak bergaya, bunga betina bersederhana, tidak tabarruj (berhias berlebih-lebihan).  Hmm, hikmah kejadian alam untuk manusia ambil iktibar dan pengajaran.

Mungkin ada yang dah tahu bahawa
  • pokok pun ada jantina jantan betinanya. Nak kenal apa jantinanya, tengok bentuk/jenis bunganya. 
  • kebiasaannya pokok hanya ada 1 jantina. Maka bunga hanya sejenis. Samaada bunga jantan, ataupun bunga betina. Contoh mudah, anda perasan tak bunga pokok betik ada 2 jenis. Kalau pokok betik yg keluarkan bunga jantan maka simpan aje lah angan2 nak makan buahnya. Takkan berbuah! Ha..ni saya dah googlekan gambar bunga betik. Tak payah la anda nak balik kampung semata-mata nak gi cari pokok betik. 
Bunga jantan, pokoknya tiada buah.

Pokok yang berbuah, bunganya betina.

Maka, pokok orkid Ma ini superb! Double alien. Sebab dia dua jantina. Hehe..pokok akhir zaman, bak kata akhbar Harian Metro. Ayah saya kemukakan teori, kemungkinan punca hal ini terjadi ialah, faktor usia/kematangan pokok, faktor suhu/cuaca atau baja yang mak saya gunakan pada pokok ini. Maka penjelasan Ayah berjaya melenyapkan hasrat saya untuk memanggil wartawan akhbar Metro ke rumah untuk buat liputan tentang orkid pelik ni. Hilang lah peluang nak keluar page depan Metro Ahad ni. Kami menantikan pemerhatian dan teori2 saintifik yang berikutnya dari ayah, Mr NCY. 

Pengajarannya, marilah berbudi kepada tanah, we never know what we gonna get.  Dan pengajaran ke dua, jangan mudah nak mensensasikan berita. Selidik dulu guna akal dan ilmu, tingkatkan prestasi elakkan kontrovosi. Hehe.


Monday, 15 September 2014

Tauhu Sambal Best in The World

Anda peminat Tauhu Sumbat atau makanan berasaskan tauhu? Head up to Semenyih. Ada sebuah kedai makan kampung-style yang menyediakan menu tauhu goreng cicah sambal cili yang sedap.

Bayangkan tauhu yang dalamnya selembut taufu fah dan luarnya garing dan ada sedikit 'flavour' seakan-akan ayam goreng.  Sesuatu yang garing di luar,dan lembut serta 'juicy' di dalam, dicicah dengan sos cili yang dihasilkan dari cili segar dengan rasa masam-masin-manis-pedas yang seimbang.  Dihidang bersama potongan timun segar yang rapuh. Heaven! 

Smile for camera sebelum kena ngappp...

Saya order 5 keping sebab tak nak makan benda lain. Nak makan ni je puas-puas. Tapi tak habis beb. =)


Ha..dah tak sabar nak mencuba? Sila ke pekan Semenyih. Kedainya nampak biasa-biasa aje. Cari SRJK(C) Kampung Baru Semenyih. Dekat-dekat situ ada Sek Kebangsaan Semenyih dan juga masjid (saya lupa namanya).

Kedai ni tepi jalan besar dan berada di simpang tiga jalan.

Dua pinggan Nasi Ayam, lima buku Tauhu Goreng, dua buku Cucur Udang, Dua gelas Barli Ais dan segelas Teh O Ais pada harga rm19! Memang berbaloi. 

Kedai tu berhadapan dengan padang hijau yang nampak dalam gambar ni.  Nampak tak dewan SRJK(C) Kampung Baru Semenyih tu? That's the landmark to get to this kedai ya.


Worth the visit. Kalau makan di kedai tak perlu beratur. Boleh order sekali dengan order air

Kami jumpa pokok pisang! Yeayyy

Main payung-payung dengan daun pokok pisang

Kids Craftivity

Pening nak rancang aktiviti untuk anak-anak? Cuba bawa pulang sesuatu yang unik kemudian beri kepada mereka.  Nanti ada je idea-idea kreatif mereka. Yang penting barang yang kita bawa tu seauatu yang jarang mereka jumpa.  Macam cawan kertas pakai-buang berbentuk kon ni. 


Saya jumpa cawan kon ni semasa program Teambuilding pejabat tempoh hari.  Masa tu lepas makan dengan kawan sepejabat yang memang sangat suka buat aktiviti dengan anak-anak dia. Jadi bila nampak cawan tu saya teringat kat dia. Lepas tu saya ambil untuk  dia dan untuk saya juga. Cuma, saya tak ada idea nak buat apa dengan cawan ni sebenarnya. Gatal juga nak bawa balik. Hehe. 

Bila sampai di rumah, saya tunjukkan cawan tu kepada anak2. Ternyata mereka teruja sebab ianya sesuatu yang tak pernah mereka jumpa.  Selang tak lama selepas tu, tiba2 anak ke 2, Iman datang dan tunjuk hasil kreativitinya nya....

Cawan dah bertukar jadi skirt!

Impressive! Saya pun tak terfikir dia boleh ada idea untuk buat kon tu jadi skirt kepada figura Hello Kitty ni.  Lepas tu Iman menghilang, katanya nak lukiskan corak pada skirt Hello Kitty tu.  Kakaknya Auni tak muncul lagi..tertunggu2 juga saya apa pulak idea Auni.

Complete suit for Mr Teddy by Auni

Tadaaaa...I'm one happy bear. Auni jadikan satu suit yang menarik untuk teddy bearnya. Siap ada reben2 di stoking teddy bear tu. Clapp! Clap!!!

Kemudian muncul lah Iman dengan ini..



Hello Kitty dah tukar pakai blazer

Kata Iman dia buatkan baju doktor untuk Hello Kitty nya. Tapi saya nampak lebih macam baju jururawat.  Pakai blazer putih dengan topi comel di kepala.  Oh lupa, Iman panggil semua petugas hospital (kecuali cleaner) sebagai doktor!

Hasil gabungan idea dua orang pereka fesyen cilik, Auni dan Iman. 



Alhamdulillah. Kids imagination is beyond adult imagination. Or perhaps, adult tu yang dah banyak sel2 putus? hahaa..saya la tuh. Tapi senang, lepas ni bawa balik je benda pelik2 yang nampak menarik untuk anak-anak and let them surprise us with their creativity. Or shall we call it, CRAFTIVITY? *ehemm..trying to be creative here.


Friday, 12 September 2014

Cerita Makan-Makan

Cerita Makan-Makan

Food, that's describe me.  My definition of HAPPINESS. Lepas tu komplen cakap gemuk. And that's why i suka sangat baca blog mamatiamia sebab lepas gi blog ni mesti banyak je idea nak masak/makan apa.  Well, blog mamatiamia tu memang best pun!

Hari tu lepas tengok orang makan lobster kat rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, otak saya start la kreatif fikir nak cari kat mana.  And suddenly terfikirkan satu kedai Thailand kat Sungai Tua.  Restoren tu best sebab ada pondok untuk satu keluarga makan. Lepas tu kat situ ada otak-otak yang sedap! So, ke situ lah kita tuju malam tu untuk dinner.

Bila sampai kedai, Auni yang akan pilihkan tempat duduk

Ada zirafah comel. Bontot buat dari tempurung kelapa. Badan dari buluh, kot.
Mula-mula Auni nak duduk kat pondok lain. Tapi Baba tak setuju sebab situ secluded sikit, dekat dengan pokok dan banyak nyamuk. Mimi pun tak setuju sebab jauh dengan restoren (payah nak panggil waiter untuk tambah order nanti..hahaha).  Akhirnya kami pilih pondok yang paling hujung. Berdepan dengan tempat solat yang bersih dan selesa. Dan dekat dengan water fountain, ralik Haris tengok air terjun dan ikan. 


Baba Hensem. Haris tak hensem.
Haris Hensem. Baba tak hensem. 

Masa order, Mimi minta tomyam. Then Auni menyampuk, "Nak yang udang besar tu Mimi. Yang macam dalam tv tu". Well, we think alike my girl =) Selera kita pun selalu sama. Sebab tu Auni selalu cakap nak order makanan yang sama dengan Mimi. So here what we ordered that night.

Tomyam Udang Galah. 4 bintang! Ada santan sikit so tomyam pekat and creamy. Nyumm!

Bawal Sweet Sour. 3 binatang je. Mimi buat lagi sedap. Tapi ikan dia best,garing.


Somtam. Antara yang TERBAIK! Semua just nice. Gambar blur, rasa dia tak.

One happy customer. Lauk best macamana pun, Iman maintain makan nasi kosong.  Tapi bila kena paksa makan ikan, bertambah2 pulak makannya, tapi makan ikan aje lah.
Total bill, tak sampai RM50. Murah!! Sebab kita order air macam-macam jugak.  Lepas bayar, Baba cakap, "Esok boleh datang sini lagi". Hahaa..kenyang perut, senang hati.  Highly recommend lah kedai ni sebab complete pakej: makanannya sedap, ambience & tempat makan yang best, ada bilik solat yang selesa, dan MURAH!!!

Tapi saya tak ingat la nama kedai nya. Kedai ni belah kiri jalan on the way ke kawasan air terjun Ulu Yam, sebelum stesen minyak PETRONAS. Err..kalau nak tahu jugak kedainya nanti saya kena gi semula lah. Kalau ada orang nak tahu lah.

Wednesday, 10 September 2014

Haji: Jemputan dari Penguasa Alam

Ibadah Haji


Ibadah Haji merupakan kemuncak ibadah dari rukun Islam yang lima.  Ianya suatu jemputan istimewa dari Allah buat hambaNya :  Dhuyufurrahman atau Tetamu Allah.

Musim haji kali ni saya agak beremosi.  Air mata mudah mengalir bila dengar berita berkaitan haji. Dan lagi, ada tiga orang yang dekat dengan saya yang menjadi Tetamu Allah dan akan meninggalkan anak pada usia 2 tahun lebih. Sama dengan umur Iman ketika saya tinggalkan dulu.  Air mata saya pulak yang terlebih2 mengalir dulu daripada mereka. Sebab saya faham perasaan berat di dalam hati mereka. Perasaan yang tak mampu dirungkai. Perasaan yang saya lawan dengan kata pada diri sendiri "Ini suatu jemputan dari Allah. Semestinya Allah rancangkan semua yang terbaik untukku pada masa sekarang dan akan datang. Anak2 ku pasti di bawah jagaan Allah".

Anak ke dua, Iman, saya tinggalkan tanpa saya latih dia untuk putus susu.  Berpisah dia dengan saya itulah perpisahan diri dengan susu ibu. Alhamdulillah segalanya Allah mudahkan. Saya bengkak susu sekali saja semasa di Madinah. Allah mudahkan urusan tetamunya. Tetamu Allah, semestinya layanan teristimewa kerna Dia-lah yang memerintahkan supaya melayan tetamu sebaiknya.

Hanya beg ini yg boleh di bawa ke Masyair (Arafah-Mudzalifah-Mina)

Rindu


Semasa di sana, ada saya telefon anak-anak untuk melepas rindu. Tapi ia bukan sesuatu yang baik untuk anak2. Rindu saya mungkin sedikit terubat namun emosi anak2 saya tergugat.  Sedang elok mereka belajar untuk meneruskan kehidupan tanpa baba dan mimi di sisi tiba2 bilamana saya menelefon, perasaan sedih ditinggalkan tu timbul kembali.  Sudahnya saya belajar kuatkan semangat. Perasaan memuncak teringatkan anak adalah selepas ibadah haji sudah selesai.  Siksa rasa nak menunggu hari berlalu untuk pulang. Tapi ia satu perasaan yang merugikan. Pulang ke tanah air beerti berpisah dengan bumi berkah yang kita tak tentu samada akan berpeluang menjejaknya lagi atau tidak.

Seperkara lagi pengalaman bermakna ketika di sana adalah tentang kebergantungan total hanya kepada Allah. Setiap masa, tiap ketika dalam apa keadaan sekalipun, sama ada sedar atau tidak, tiap kejadian adalah atas izin Allah. Kita hamba yang lemah, adalah sangat2 mengharapkan kasih sayang dan perlindungan Allah.  Maka, doa. Doa. Doa.  Doa mohon pada Allah untuk semua perkara. Hatta sekecil-kecil hajat untuk dapatkan tempat solat di masjid pun doa. "Ya Allah, Kau berikan aku tempat solat yang terbaik dan selesa untukku beribadah ya Allah.  Depan hajarul aswad, ya Allah".

Berdoa


Berdoa setiap detik, untuk setiap perkara mohon Allah kurniakan yang terbaik.  Intipati yang saya dapat daripada buku Travelog Haji oleh Profesor Mohd Kamil Ibrahim.   Dan ianya antara pesanan utama yang saya bawa ke sana.  Dan kuasa berdoa memang LUARBIASA! Tabung Haji tetapkan insan lain sebagai roomate, namun Allah tentukan insan lain, YANG TERBAIK!

Pesan suami saya, amalan2 baik dan ibadah2 sunat yang kita lakukan di Tanah Haram, bukan khusus semasa di sana sahaja. Ianya sesuatu yang perlu dipraktikkan sepanjang masa, di seluruh bumi Allah. Aduh, satu teguran tajam yang sangat benar dari suami ketika saya bersedih tak dapat berlama-lama beribadah di Masjidil Haram.

Berdoa mohon yang specifik pada Allah.  Bijaksana dalam merencana ibadah sepanjang di sana. Jaga pertuturan. Baik sangka dan berfikiran yang baik-baik. Jaga perhubungan sesama manusia kerana akhlak itu terjemahan kepada iman kita. Ianya dibawah nilaian Allah. 


Mungkin ini antara pengajaran atau pesanan yang boleh saya kongsikan untuk teman yang bakal ke sana.  Selain tu, ikhtiarkan juga untuk menjaga kesihatan kerana ibadah haji merupakan ibadah yang majoritinya melibatkan pergerakan fizikal. Dahulu sebelum saya kenal Shaklee, saya bawa bekalan Multivitamin, Vitamin C dan COQ10 yang dibeli di farmasi.  Sebab kurang ilmu dan jurujual di farmasi pun tak dapat nak cadangkan apa supplement yang perlu saya bawa, maka itulah yang saya beli.

Haji Ibadah Fizikal - Jaga Kesihatan

Sekarang, dah ada ilmu sikit dan rasa seronkm nak berkongsi bila ada orang tanya jenis supplement yang perlu di bawa ketika di sana. Antaranya yang selalunya saya cadangkan adalah Nutriferon, ianya untuk tingkatkan antibodi melawan penyakit.  Seterusnya Vitalea-multivitamin untuk bekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk menyokong kesihatan badan. Ia juga jadikan badan kita bertenaga.  Saya juga sangat menggalakan bawa Performance Drink dan B Complex. Ini untuk mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelak kelesuan dalam cuaca panas ketika di sana. B Complex beri tenaga untuk kita beribadah dan moga-moga fikiran tenang, takde stress-stress bila berhadapan ujian di sana.  Untuk yang sakit-sakit lutut atau urat, saya cadangkan bawalah Ostematrix dan juga Advance Joint Health.  Ostematrix tu selain legakan sakit2 badan/pinggang, ia jadikan kita tidur lena dan bangun pagi dalam keadaan segar serta mudahkan urusan qada' hajat. Ini antara cadangan yang ada di fikiran saya setakat ni. Lain orang, lain keperluannya. Boleh hubungi saya untuk cadangan supplement yang sesuai.

Moga-moga tulisan ini memberi manafaat kalaupun tak banyak, sedikit kepada siapa yang membacanya. Feel free to share. 


fazariah.ncy@gmail.com
Shaklee Independent Distributor
COD Gombak-KLCC-Selayang
Antara supplement cadangan untuk bakal haji/hajah.