Harga Produk Shaklee

Pages

Monday, 12 May 2014

Vitamin Aiskrim

May for Mealshakes! Bila dapat tahu produk promosi beli 6 percuma 1 Shaklee bulan ni adalah Mealshake, respon pertama saya pasti, "YEAYYY!!"

Ada baaaanyak sebab kenapa saya suka sangat Mealshake ni. Saya kongsi di sini berberapa sebabnya.

Pertama, selepas Omega Guard, Mealshake adalah supplement kedua kesukaan anak-anak saya. Dek rasanya yang lazat, anak-anak saya gelarkannya vitamin Aiskrim. Saya rasa setiap ibu pasti gembira kalau anaknya gemarkan makanan berkhasiat.  

Mealshake ni ada 24 vitamin, mineral dan zat yang perlu dalam bentuk MINUMAN ! Kalau anak-anak yang liat nak makan multivitamin dalam bentuk kapsul, Mealshake lah penyelesaiannya. 

Saya mula beri anak saya Mealshake 3 bulan yang sudah. Ditakdirkan, seminggu lepas mula ambil Mealshake anak kedua saya kena Hand Foot and Mouth Disease (HFMD). Iman demam panas sehari, esoknya hilang demam dan mula keluar bintik. Iman mula tak selera makan sebab mulutnya penuh ulser. Hari ke 2 adiknya pulak berjangkit. Dipendekkan cerita anak-anak kena HFMD selama 3 hari je. Alhamdulillah cepat sembuhnya. Mungkin pengambilan Mealshake dan Omega Guard (selain ubat doktor) cepatkan  proses sembuh. Oh ya, saya juga beri anak Nutriferon.

Selain tu, Mealshake ni boleh dijadikan breakfast anak yang lengkap. Bagi ibu yang sibuk, campurkan sesudu teh Mealshake dalam minuman pagi anak. InsyaAllah dalam masa yang sekejap kita dapat sediakan minum pagi yang lazat penuh nutrisi penting untuk anak.
Moga terus membesar dengan sihat dan riang

Rasanya sebolehnya semua ibu nak elak anaknya dari jatuh sakit. Tanpa kita sangkal, memang semuanya kuasa Allah. Apa yang kita boleh buat ialah, berusaha seboleh mungkin untuk tingkatkan tahap kesihatan anak, kekebalan badan anak dalam melawan penyakit dengan melengkapkan nutrisi harian yang badan mereka perlukan. Itulah ikhtiar saya melalui Mealshake ni.

Apa itu Mealshake? 

Antara komentar popular daripada ibu-ibu selepas beri anak makan Mealshake ialah:-
• anak jarang demam dan selsema
• masalah kahak kurang
• masalah eczema anak berkurangan malah keadaan anak bertambah baik
• anak yang ada asthma dah jarang kena attack sebab selsema pun dah jarang kena.
Semuanya dengan izin Allah, alhamdulillah.

Mealshake ni untuk kanak-kanak sahaja? Takk...saya rasa Mealshake terkenal sebagai supplement untuk anak-anak mungkin kerana sifatnya dalam bentuk minuman ni. Sebab selalunya golongan anak-anaklah yang susah nak telan kapsul. Golongan dewasa yang susah nak telan kapsul pun boleh cuba Mealshake sebagai alternative.

Mealshake juga bagus untuk mereka yang berusaha untuk tambah selera makan, nak tambah berat badan serta golongan warga berusia yang perlukan zat dan nutrien tambahan.

Dengar cerita ada yang cakap  Mealshake ni juga bagus bagi mereka yang teringin nak dapatkan kulit yang cantik. Tak pelik..sebab mealshake kaya dengan protein untuk hasilkan sel kulit yang baru serta kaya dengan b complex, selenium serta zat besi yang tambah darah-ultimately beri kesan glowing pada wajah.

May 2014, peluang untuk anda buat stok Mealshake untuk anak-anak dan mereka yang memerlukan. Kenapa? Sebab beli 6 percuma 1. Penjimatan hebat tu. Kalau tambah satu lagi supplement, dah dapat keahlian Shaklee percuma. Dah dapat beli supplement Shaklee pada harga ahli, seumur hidup. Percayalah, anda takkan menyesal beri anak anda Mealshake bila tengok kesannya pada anak. Malah, mungkin timbul rasa menyesal sebab lambat bertindak sebelum ni. Tak apa, it's better late than never. Tapi promo percuma 1 sampai hujung bulan ini sahaja ya! 

Rakan Nutrisi Anda,
~ Faza ~
Shaklee Independent Distributor.



No comments:

Post a Comment