Harga Produk Shaklee

Pages

Thursday, 7 May 2015

Connecting The Dots

"Life is all about connecting  the dots " -Steve Jobs.

Pertama kali saya dengar anologi daripada pengasas Apple inilah, melalui youtube iaitu ucapan beliau kepada graduan universiti. That was long long ago.

Dulu saya tak berapa faham. Sekarang Alhamdulillah, diberi kefahaman.  Bila kita menyakini analogi ini, kita akan sentiasa bersikap positif dalam apa jua peristiwa yang berlaku dalam hidup kita. Apatah lagi kita umat Muhammad, yang diajar bahawa, tiada apa-apa yang Allah jadikan itu sia-sia. Everything happen for a reason. Yang mana, ending setiap peristiwa itu adalah kebaikan. Sebab, Allah takkan sekali-kali tidak adil atau bersifat kejam terhadap hambaNya. Bahkan Dia lah Yang Maha Menyayangi,  Maha Pemurah, Maha Pemberi.

Cuma mungkin, kita bingung bila berhadapan dengan ujian hidup yang kita rasa amat berat untuk diterima. Yang mungkin tanpa sengaja terlafaz, "Why me?". Istiqfar dan cepat ingat, everything happen for a reason. And life is all about connecting the dots. The best is yet to come where this sour experience is one of the episode  to complete the beautiful journey. The happy ending. Kuncinya, Sabar dan Syukur, serta tanam sikap positif. Segala rezeki telah ditentukan Ilahi dan tiada suatupun yang Allah takdirkan untuk menganiya kita bahkan untuk menaikkan darjat kita. Di dunia (mungkin) dan yang pastinya akhirat --tempat perhentian yang abadi. InsyaAllah.

Tuesday, 31 March 2015

Tips Menghadapi GST

Tips GST Untuk Surirumah

Menunggu perlaksanaan GST mengalahkan tunggu nak sambut Aidilfitri. Mana taknya, setahun sebelum 1 April 2015, badan kerajaan dan swasta dah pulun buat sistem untuk 'menyambut' kedatangannya.  Separa surirumah seperti saya pula berdebar menunggu harga barangan lepas GST. Eh,tapi kempen dalam tv heboh cakap tiada kenaikan harga barang. #mitosjekot. Sekadar nak kongsi 3 cerita yang mungkin boleh jadi panduan sempena menyambut kedatangan GST yang ditunggu-tunggu *ikon-gelak-keluar-air-mata pliss



Weekend lepas saya menyibukkan diri borong beli barang rumah. 'Things like' diapers anak, sabun pencuci dan rakan2, susu anak. Stok untuk 2 bulan je pun. Tak mampu jugak nak buat stok setahun. Konon2 at least kurangkan sikit impak gst di awal 2 bulan ni. But 'seriously', sakit hati rasa memikirkan gst ni. Saya feeling saya buat penjimatan hebat lah sebab gi borong dekat pasaraya yang terkenal murahnya, NSK. Balik rumah saya ternampak pelembut pakaian jenama Softlan Magic Moment yang suami beli di Pasaraya Speedmart. Eh, saya dah beli ni kat NSK. Bila bandingkan harga,  harganya di NSK RM7.50 lepas tu di Speedmart pula hanya RM5.99. Hamboi..beza harga kedua produk yang sama ni sudah melebihi 6% GST. Ini belum GST lagi, kalau lepas GST? Tak tahulah.

Pagi tadi pulak saya buat ujikaji sempoi masa basuh pinggan. Saya memang guna pencuci pinggan Shaklee. Dikatakan setitik je pencuci ni tapi sangat berkuasa meninggalkan kotoran. Selama ni saya tak pernah la guna setitik. Paling kurang 3 titik yang dicampur dengan pencuci pinggan lain yang tak power. Pagi tadi timbul keinginan nak buat eksperimen pulak. Saya bancuh setitik dishwash Shaklee dalam sebesen air. Lepas tu saya masukkan pinggan mangkuk adalah dalam 15 biji dalam besen tu.  Sebelum letak tu saya dah lalukan air la kat kotoran sambal udang dan nasi lemak yang lekat di pinggan mangkuk (ewah, nak cakap juga masak nasi lemak semalam). Dan, saya gunakan kain sapu tangan (yang selalu dapat hadiah majlis kenduri kawin tu) untuk menyental. Dan hasilnya, memang amazing. Betul lah yang Shaklee claim bahawa setitik pun sangat power!

Ujikaji Shaklee Dishwash yang sangat menjimatkan

Petang pulak saya gi kedai mainan budak-budak. Hadiah untuk Haris lepas kena sedut kahak lepas tu siap berdarah bagai. Jap, side track jap. Saya gi Klinik Wangsa yang Dr Nadir Khan tu. Kat Internet memang dia popular sebagai pengamal teknik sedut kahak budak. Sehari sebelum tu saya dah pergi tapi tak dapat register. Saya sampai di klinik pukul 3 tapi appointment dah penuh sampai pukul 5! Dah jadi macam klinik kanak-kanak specialist in batuk kahak la pulak. Hasilnya pada Haris? Hmm, ok lah,keluarlah lendir2 dan sedikit kahak hijau. We'll see. Tapi masa menunggu kat kaunter nak ambil ubat, ada sorang makcik tu bagitau, dia memang bawa anak dia yang sekarang dah umur 30 tahun sampailah ke cucu-cucu dia ke klinik Dr Nadir Khan ni.  Ok, selesai side track. Sambung cerita mainan semula. Masa nak bayar tiba2 harga mainan tu mahal RM10 daripada harga yang display kat mainan. Bila saya tanya kenapa beza, dia cakap sistem dah capture harga baru dan dia tengah nak 'adjust' harga tu. Ahemmm...kenaikan harga hampir 10% okay! I bet tu harga lepas GST nanti. Esok lusa saya nak gi check harga mainan tu balik. Hamboi-hamboi..melampau sangat aih pekedai nih.

So, dari 3 cerita ni saya nak simpulkan 3 panduan di bawah.

Tiga Panduan Menghadapi GST 


Pertama, SELIDIK harga barangan. Kalau boleh memang kena simpan perbandingan harga barangan yang kita selalu guna di rumah. Tak semestinya kita beli di pasaraya yang 'tagline' dia cakap pasaraya murah, harga jimat etc etc, harganya betul-betul jimat. Dengar kata Pasaraya Mydin tanggung GST. Mungkin ni bakal jadi pasaraya pilihan untuk saya beli barang rumah lepas ni. Tapi ingat, kena ada list harga. 

Kedua, pilih barangan yang boleh membantu anda berjimat. Macam pencuci pinggan Shaklee Dish Wash yang saya guna tu. Tapi kalau dah beli barang yang macam tu, kena ikut la arahan barang tu betul-betul. Jadi untuk teknik jimat sabun cuci pinggan, anda mungkin boleh amalkan cara yang saya buat. Bancuh dalam besen besar - buang kotoran - rendam pinggan dalam besen - dan guna kain lap. Eh, saya pernah share Dishwash ni hebat boleh buang kotoran degil pada kenderaan. Boleh check entry ni

Tips ketiga, kena bandingkan harga barang yang kedai pamer dengan harga yang dia key-in masa nak bayar DAN wajib tahu jenis barangan yang kena GST. Lepas ni memang kena 'check' resit lepas bayar. Ambil masa until 'study' harga terutamanya ruangan GST. Untuk senarai harga barangan yang dikenakan GST, boleh rujuk sini.

Sharing last, bff saya pesan, GST yang perlu kita risaukan sepatutnya yang di bawah ni =) Yup, 'after all' kehidupan yang kekal abadi di akhirat kalau nak bahagia, kita tak boleh ada GST ni.