Harga Produk Shaklee

Pages

Thursday, 7 May 2015

Connecting The Dots

"Life is all about connecting  the dots " -Steve Jobs.

Pertama kali saya dengar anologi daripada pengasas Apple inilah, melalui youtube iaitu ucapan beliau kepada graduan universiti. That was long long ago.

Dulu saya tak berapa faham. Sekarang Alhamdulillah, diberi kefahaman.  Bila kita menyakini analogi ini, kita akan sentiasa bersikap positif dalam apa jua peristiwa yang berlaku dalam hidup kita. Apatah lagi kita umat Muhammad, yang diajar bahawa, tiada apa-apa yang Allah jadikan itu sia-sia. Everything happen for a reason. Yang mana, ending setiap peristiwa itu adalah kebaikan. Sebab, Allah takkan sekali-kali tidak adil atau bersifat kejam terhadap hambaNya. Bahkan Dia lah Yang Maha Menyayangi,  Maha Pemurah, Maha Pemberi.

Cuma mungkin, kita bingung bila berhadapan dengan ujian hidup yang kita rasa amat berat untuk diterima. Yang mungkin tanpa sengaja terlafaz, "Why me?". Istiqfar dan cepat ingat, everything happen for a reason. And life is all about connecting the dots. The best is yet to come where this sour experience is one of the episode  to complete the beautiful journey. The happy ending. Kuncinya, Sabar dan Syukur, serta tanam sikap positif. Segala rezeki telah ditentukan Ilahi dan tiada suatupun yang Allah takdirkan untuk menganiya kita bahkan untuk menaikkan darjat kita. Di dunia (mungkin) dan yang pastinya akhirat --tempat perhentian yang abadi. InsyaAllah.