Harga Produk Shaklee

Pages

Thursday, 17 April 2014

Finance for Kids 101

Tajuk gempak habis =) Saje nak ambil feel nak menulis seciput pengalaman dan method yang dah berjaya di'apply' pada anak.

Setiap hari saya bekalkan Auni rm3 untuk duit belanja dia ke sekolah. Sebenarnya rm2 pun dah cukup sebab dia ada kupon makanan yang dia akan guna untuk beli makanan tengahari dia. Rm2 tu untuk dia beli sosej ke atau air kotak sebab sekolah dia dari pukul 8 sampai 4. Saya beri dia rm3 dengan pesanan,"Lagi rm1 ni Auni simpan, jangan guna. Balik rumah Auni masuk dalam tabung. Barulah duit Auni dalam bank bertambah nanti..bla..bla..". Sebulan dua berlalu, tak pernah berbaki duit belanja dia. Tiap kali ditanya, Auni akan justify bagitau dia terliur tengok kawan makan ni. Dia teringin makan tu.

First Methode: Carrot and Stick

Suatu hari saya bawa balik Garret Popcorn untuk anak-anak.  Auni demand sikit, dia tak nak popcorn biasa yang rm belas2 ringgit sebekas tu (maaf, saya lupa harganya). Auni sentiasa nak yang ada kacang. Yang itu harganya rm20++ sebekas. Keesokannya dia minta saya belikan lagi popcorn kacang untuk dia. Saya dapat idea. Saya bagitau, "Mimi boleh beli, tapi dengan duit Auni sendiri. Duit belanja sekolah tiap-tiap hari tu Auni simpan rm1 untuk beli popcorn". Maka bermula lah episod Auni menabung. Tiap-tiap hari dia akan tanya dah cukup ke belum duit untuk beli popcorn. Episod ni berlangsung selama sebulan ya sebab simpan rm1 sehari dan harga sebungkus popcorn kacang adalah rm20++. Ada masa saya rasa kesian dan hampir-hampir belikan dia popcorn tu tapi, cekalkan hati demi sebuah pembelajaran. *ayat BM A1 nih

Sebulan kemudian, pada suatu Sabtu yang indah dan Baba tiada di rumah sebab ada kelas ganti, Mimi decide that, this is the day! Hari yang dinanti-nantikan Auni. So here we go, the four of us =) Cuak jugak nak outing ke KLCC dengan 3 budak aktif ni. So pagi-pagi saya breakfast dengan ESP, dalam handbag dah prepare B Complex dan juga sebotol mealshake campur ESP sebagai bekalan.

Alhamdulillah, sampai KLCC dapat pula parking yang betul-betul naik ekskalator dan nampak Garret ni. Tengok muka excited Auni bila tercium bau Garret dan nampak kedainya. 
Sampai. Pilih.Bayar. Yeayy!! Auni made it =)

Masa bayar tu, saya biarkan Auni bayar sendiri dengan duit seringit. Biar dia rasa hasil kesabaran dia menabung.

Bayar dengan duit seringit-seringit. Hasil titik peluh menabung selama sebulan lebih.

That happy face. Priceless.
Lepas tu jalan-jalan la sekitar KLCC.

Besarnya Bunny polkadot nih

Haris masih kagum dengan Polkadot Bunny

Dua selipar Jelly Bunny 


First time berjalan dengan 3 budak ni tanpa Baba. Mimi sangat risau tak mampu handle. 

Kagum tengok 'komputer' orang dulu-dulu


for kids, ada special smoothies dalam special tumbler


Ending dengan lunch di KFC

Second Method: Prevention, Visualisation & Practical

Lepas dapat beli Gerret Popcorn tu, tak ada dah episod Auni menabung. Drive untuk menabung dah tak ada sebab apa yang dia nak dah tercapai. Suatu hari dalam kereta saya terfikir untuk ajar dia tentang konsep 'Duit Emergency'. Saya explain kenapa perlu ada duit emergency. Contohnya mungkin suatu hari guru minta kutip duit untuk beli barang-barang untuk kecerian kelas, atau mungkin suatu hari saya lupa bekalkan dia dengan duit belanja, maka dia ada duit Emergency untuk dia berbelanja pada hari tersebut.  Keesokkannya bila ditanya, memang Auni dah mula menabung duit Emergency. Tiap-tiap hari dia buat laporan tentang duit seringgit dia dah makin banyak. Dan 'amazingly' ada sesetengah hari dia hanya berbelanja rm1 di sekolah. Katanya dia dah kenyang makan makanan yang dibeli dengan kupon makanan. Jelas Auni dah tak ikut nafsu beli apa yang dia nak.  Nak dijadikan cerita, selepas seminggu Auni menabung duit Emergency suatu hari Babanya yang ditugaskan hantar Auni ke sekolah. Dan boleh agaklah kan apa yang terjadi. Hehe..Baba lupa bagi duit belanja. Bila Baba sms saya cakap dia kena ke sekolah Auni untuk bagi duit belanja,saya katakan tak perlu sebab Auni ada duit Emergency. Alhamdulillah, memang hari tu Auni survive dengan duit Emergency. Kejadian hari tu menjadikan Auni lebih faham dan menghargai konsep duit Emergency. Sehingga kini Auni masih kekal dengan tabiat menabung sebab konsep duit Emergency ternyata lebih relevant untuk menanam sifat menabung yang berkekalan.

Saturday, 12 April 2014

Pengalaman Ujibakat


What a lovely Saturday we had today kids! Its all started from Pn Zainon's whatsapp asking for any volunteer to join the TV9 kids programme. Thinking that its an oppurtunity not to be missed and great new experience for the kids, Mimi quickly volunteered Iman and Auni. 

Mimi hanya membayangkan ini satu pengalaman baru sehebat pengalaman di Kidzania untuk Auni dan Iman. Bezanya kali ini ianya merupakan produksi rancangan televisyen yang sebenar. Tanpa Mimi tahu bahawa ianya adalah ujibakat. Bila Ustaz Hassan tanya siapa yang akan diujibakat, Mimi terus melopong. Anyway, here we are, at Sri Pentas!! 


Turut bersama ialah anak jiran yang juga kawan baik Auni Iman, Ina namanya.

Kita sampai di sana sekitar jam 9 pagi. Sampai je kita dihidangkan dengan makan dan minum pagi yang lazat. Alhamdulillah, very thoughtful orang MediaPrima nih. Usai isi borang, mulalah sessi uji4bakat. Auni dapat giliran ke 5. Bila Auni lihat kawan-kawan lain diujibakat, Auni nampak risau. Bila sampai giliran Auni, Auni gelabah, sebijik macam Mimi. Mimi hanya senyum-senyum dan tunjuk 'Good' dekat Auni. Mimi tak nak 'pressure' Auni coz I really want you to learn something and gain as much as experience during the session. Pandai pulak abang jurukamera dan kakak-kakak produksi memujuk dan bersembang-sembang dengan Auni untuk hilangkan gabra Auni.  Mungkin sebab sebelum ujibakat bermula, Auni dah sembang-sembang dengan jurukamera tu, maka jurukamera tu lebih kurang dah tau Auni ni macamana.    Alhamdulillah Auni kuat semangat dan berjaya kuasai rasa takut. You've try very hard and I'm so proud of you. Jadikan pengalaman ni sebagai sumber kekuatan untuk Auni menghadapi cabaran di hari muka. To be the winner, you have to.conquer your own fear first. And this you've made it!

Iman dan lukisannya. Kalau tak beri  buku dan pen dekat Iman, tak berhenti Iman main lompat-lompat kat bantal bean tu.
Iman pulak, tak buat ujibakat. Sebabnya ada orang kata Iman terlalu kecik. Tidak sesuai untuk program tu. Masa ujibakat bermula, Iman keluar dari studio dengan muka redup sambil cakap "Orang tu kata Iman budak kecik, tak boleh masuk TV".  Mujur kejap je redup tu dah hilang dari muka Iman. 

Its a real 'Kidzania'!
Di penghujung ujibakat, anak-anak di suruh berlakon sekejap bersama Atuk iaitu Yang Dihormati Ustaz Datuk Hasan Din Al Hafiz. Krew nak tengok keserasian Atuk dengan cucu-cucunya.  Alhamdulillah, it turn out well. Atuk memang pandai bersembang dan melayan cucu-cucu sehinggakan mereka tak sedar mereka sedang dirakam.  Iman seperti biasa, suka buat photobomb. Atuk bersembang dengan cucu-cucu atas sofa, Iman sibuk buat lukisan di meja meja tepi sofa.  Atuk tanya, "Dalam kubur ada apa?" Iman dengan selamba dan lantang jawab, " Ada cacing!" Atuk balas, "Dalam kubur ada wakil Allah. Siapa wakil Allah dalam kubur?" Senyap. Cucu-cucu tiada yang jawab. "Malaikat" jawab Iman si photobomber.  Hahahaa..sudahnya Atuk cadangkan Iman dimasukkan juga untuk ujibakat.

The kids really enjoy their moment with Atuk. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, banyak sangat pengajaran dan pengalaman yang kita timba hari ni. Mimi nak kongsi di sini untuk panduan Auni dan Iman di kemudian hari.


1. Choice. Chance. Changes
Mimi terbaca kata-kata motivasi berkenaan 3C yang ditampal di lrt KLCC. Kata-katanya lebih kurang macam ni: Pilihlah untuk mengambil peluang (Chance). Dengan itu kita akan buat perubahan (Changes). The words keep playing in my mind masa naik lrt tu. Mimi balik rumah dan share dengan Baba kata-kata tu. Sekiranya kita mengharapkan berlaku sesuatu perubahan dalam hidup kita, langkah pertama yang perlu kita ambil adalah dengan membuat pilihan dahulu. Kalau kita nak berjaya, buat pilihan (Choice) yang membawa kita ke arah itu serta rebutlah peluang tersebut. Dah buat semua tu baru lah kita boleh harapkan berlakunya perubahan! Masa baca mesej Pn Zainon dalam whatsapp group taska Iman tu, Mimi teringat 3C inilah maka terus Mimi beri nama Auni dan Iman. Follow your instict, jangan fikir banyak. Bila hati Mimi rasa ragu-ragu betul ke ni, Mimi terus fikir dan letak kenyakinan ianya sesuatu yang baik. Bila Mimi terfikir siapalah nak jaga Haris masa nak bawa Auni Iman ke Seri Pentas, terus Mimi cakap dalam hati, "Mesti ada jalannya. Kalau tak ada siapa yang boleh jaga,takpe dengan Haris sekali kita pergi". Instead of finding excuses, we find solution.Okay Auni Iman? 

1,2,3 Action!!

Hai kawan-kawan, nama saya Auni. Bersama saya dalam rancangan....Pesan Atukkk..

2. The Power of Imagination
Suatu hari, dalam perbualan di telefon Nenek suruh Mimi bagi Auni dan Iman tengok rancangan Pesan Atuk. Nenek cakap, nenek suka sangat tengok program tu sambil membayangkan cucu-cucunya yang menjadi tetamu dalam program tersebut. Subhanallah, siapa sangka imaginasi Nenek tu jadi kenyatan meskipun hanya melalui ujibakat. So, ingat tu Auni dan Iman, jaga apa yang Auni dan Iman fikirkan setiap masa. Fikirkan perkara yang baik-baik aje. Keluarkan kata-kata yang molek sentiasa. Sebab mana kita tahu di saat kita berfikir atau berkata-kata tu, adalah saat yang mustajab doanya. Setiap lintasan hati atau kata-katanya pada masa tu mungkin dimakbulkan. "Auni anak solehah. Iman ahli syurga", things like that. InsyaAllah.

Photobomb..that's my middle name.
3. Jangan sesekali Patah Semangat dengan Kata-kata Orang
Meskipun orang kata Iman tak boleh masuk ujibakat dan  buat Iman sedih, Alhamdulillah Iman masih boleh maintain ceria dan 'Be Your Self". Iman jadi diri sendiri yang ceria dan tegur krew-krew lain. Bagus. Mimi harap anak-anak Mimi boleh kekalkan sikap macam ni. Jangan sesekali patah semangat atau terpengaruh dengan kata-kata negetif dari orang luar. Kata-kata negetif tu tidak patut jejaskan semangat dan siapa diri anak-anak Mimi yang sebenarnya. Beginilah kehidupan anak-anak. Kita tak mampu nak menghalang atau mengawal kata-kata orang. Tapi kita mampu mengawal emosi kita serta cara kita menerima sesuatu perkara. Orang yang berjaya adalah seorang yang melihat sesuatu masalah atau ujian sebagai suatu Cabaran. Bila diberi kata-kata negetif, terimanya sebagai suatu cabaran dan jadilah macam ikan di laut. Isinya tetap tawar meskipun hidup di lautan yang masin. Masih kekal jati diri tidak terpengaruh dengan persekitaran luar yang tidak sihat.

TQ Iman tolong snapkan gambar Mimi. Cukup untuk disimpan jadi kenangan. Blur pulak tu, I like!


Hai pelawat!
Above all, its all about grabbing the oppurtunity. Raaaamai lagi anak-anak yang layak untuk turut sama sertai ujibakat ni. Auni dan Iman sama sahaja dengan anak-anak lain, tiada yang lebih tiada yang kurang. Bezanya, Auni dan Iman Allah beri peluang untuk bertemu dengan orang yang tepat pada masa yang tepat. So anak-anak, tiap masa doalah moga-moga sentiasa ditemukan Allah dengan insan-insan dan peluang-peluang terbaik. Sentiasa fikir positif dan sentiasa doa mohon anugerah terbaik dari Allah. Dia sentiasa mendengar. Dan, Dia suka mendengar doa hamba-hambaNya. Doa Mimi, anak-anak Mimi dikurniakan kehidupan yang TERBAIK di dunia dan akhirat.
Auni. Ina. Iman